Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Biologi T4 Pengangkutan Bahan Merentas Membran Plasma

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan contoh pengangkutan pasif?

a)

resapan ringkas

b)

osmosis

c)

resapan berbantu

d)

pengangkutan aktif

2.

Adakah pengangkutan pasif memerlukan tenaga?

a)

Ya

b)

Tidak

3.

Pengangkutan apakah yang melibatkan pergerakan molekul dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah?

a)

Pengangkutan pasif

b)

Pengangkutan aktif

4.

Pengangkutan apakah yang melibatkan pergerakan molekul dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi?

a)

Pengangkutan pasif

b)

Pengangkutan aktif

5.

Molekul manakah yang boleh meresap melalui dwilapisan fosfolipid?

a)

Asid lemak

b)

Gliserol

c)

Glukosa

d)

Asid amino

e)

Oksigen

6.

Osmosis merupakan proses pengangkutan pasif secara resapan melibatkan molekul air sahaja. Benar atau salah?

a)

Benar

b)

Salah

7.

Keupayaan air tinggi bermaksud kepekatan bahan terlarut adalah tinggi. Benar atau salah?

a)

Benar

b)

Salah

8.

Manakah antara yang berikut terlibat dalam proses resapan berbantu?

a)

Membran dwilapisan fosfolipd

b)

Protein liang

c)

Protein pembawa

d)

Glikoprotein

9.

Adakah proses resapan berbantu memerlukan tenaga?

a)

Ya

b)

Tidak

10.

Resapan berbantu melibatkan protein pengangkut, iaitu protein liang dan protein pembawa mengangkut bahan-bahan dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah. Pernyataan ini menunjukkan bahawa ....

a)

resapan berbantu menuruni kecerunan kepekatan

b)

resapan berbantu menentang kecerunan kepekatan

11.

Apakah A?

a)

Protein liang

b)

Protein pembawa

12.

Apakah B?

a)

Protein liang

b)

Protein pembawa

13.

Manakah antara berikut boleh merentasi melalui A?

a)

Ion kalium

b)

Glukosa

c)

Karbon dioksida

d)

Asid lemak

14.

Manakah antara berikut boleh merentasi melalui B?

a)

Ion kalium

b)

Glukosa

c)

Karbon dioksida

d)

Asid lemak

15.

Protein pembawa mempunyai tapak spesifik dan hanya boleh bergabung dengan molekul tertentu sahaja. Benar atau salah?

a)

Benar

b)

Salah

16.

Protein liang mempunyai liang atau terusan untuk membolehkan molekul kecil terlarut serta ion tertentu melaluinya. Benar atau salah?

a)

Benar

b)

Salah

17.

Pengangkutan manakah yang memerlukan tenaga?

a)

Pengangkutan pasif

b)

Pengangkutan aktif

18.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan ciri pengangkutan aktif?

a)

Pergerakan molekul menentang kecerunan kepekatan.

b)

Memerlukan tenaga daripada molekul ATP.

c)

Memerlukan protein pembawa spesifik yang mempunyai tapak spesifik.

d)

Membawa molekul daripada kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.

19.

Pengangkutan aktif melibatkan....

a)

pengumpulan molekul

b)

penyingkiran ion

c)

pergerakan air

d)

pengangkutan oksigen

20.

Protein pembawa yang terlibat dalam pengangkutan aktif dikenali sebagai....

a)

pengangkut

b)

pembawa

c)

penyingkir

d)

pam