WorksheetsImarah Ramadan 2021
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Puasa bukanlah sesuatu yang membebankan dan perlu dikhuatiri. Selain daripada melatih rohani supaya menjadi lebih bersih, ia juga terbukti mendatangkan lebih banyak faedah daripada sudut kesihatan.
Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting.
Antara kenyataan berikut adalah BENAR dalam pemilihan makanan KECUALI……………
menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat
memperoleh semua nutrien yang diperlukan
membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa
membantu berjimat cermat dan mengukuhkan ekonomi keluarga
Ada pelbagai jenis tembikai sama ada warna merah atau kuning. Ada juga rock melon atau tembikai wangi dan tembikai susu. Ianya merupakan sumber serat dan kaya dengan air (90 peratus) dan baik untuk yang berpuasa kerana membantu ……………………..
menghilangkan sakit perut dan gastrik
menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut
menambahkan tenaga
melemahkan tenaga batin
Ibnu Majah meriwayatkan:
‘Daripada datuknya Suhaib katanya aku pernah datang menemui nabi SAW dan di hadapan baginda SAW terdapat roti dan tamar. Lalu baginda SAW bersabda sila duduk dekat makanan tersebut dan makanlah. Maka aku pun mengambil makanan tersebut dan memakan kurma. Nabi SAW bersabda engkau memakan tamar sedangkan engkau sakit mata? Lalu aku menjawab aku menguyah untuk mata yang satu lagi (mata yang tidak sakit). Maka tersenyumlah nabi SAW.’ (Riwayat Ibnu Majah).’
Hadis ini secara tidak langsung menerangkan:
mereka yang mengalami penyakit tertentu tidak sesuai memakan makanan tertentu.
boleh makan apa sahaja semasa berpuasa asalkan makanan yang sesuai dan memberikan tenaga
makanan untuk menahan lapar
elakkkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Buah tamar sememangnya mempunyai khasiat tertentu seperti gula ringkas dan kandungan garam mineral yang tinggi seperti kalsium, potassium, magnesium dan lain-lain. Ianya boleh dimakan oleh individu yang sihat.
Antara berikut pesakit yang manakah perlu kawal makan buah tamar secara berlebihan ialah yang mempunyai masalah…………
kulit
saraf
sistem pernafasan
buah pinggang
Antara adab ketika berbuka puasa ialah membaca doa seperti yang diamalkan Baginda SAW. Ibnu Umar berkata, “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca doa yang bermaksud: “Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat sudah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.” (Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Shaum)
Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa iaitu pahala orang yang berpuasa itu tidak dikurangkan walau sedikit pun.” (Riwayat Tirmizi)
Ketika berbuka puasa, amalkan ........
makan terlalu banyak hingga kekenyangan
melepaskan geram dengan makan berbagai jenis makanan
makan secara sederhana
tidak makan langsung sekadar seteguk air sahaja
Khasiat madu dalam penjagaan kesihatan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi dan ianya juga berupaya merawat pelbagai jenis penyakit yang ada. Ia juga merupakan antara makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Anda boleh amalkan pada bulan puasa dalam mengekalkan kesegaran tubuh badan dan mencegah pelbagai maslah kesihatan sepanjang Ramadan. Dalam melaksanakan ibadah, kita perlu pastikan tubuh badan kita segar dan tidak mengalami gangguan sepanjang ibadah agar kita lebih fokus untuk beribadah kepada-Nya.
Madu diperkaya dengan mineral, vitamin, magnesium serta kalsium yang mampu merawat penyakit…………..
Diabetik
Gastrik
Hipertension
Insomnia
Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan :.
Karbohidrat kompleks
Tenaga
Protein tinggi
Berlemak
Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi …………………………………..
Kandungan gula yang tinggi
Asid amino yang diperlukan oleh badan
Serat, vitamin dan mineral
Lemak tepu yang tinggi
Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan oleh yang berikut KECUALI…….
Kurang minum air
Kurang mengambil makanan yang berserat
Banyak mengambil makanan yang terproses
Kurang pengambilan minuman yang mengandungi kafein.
KEHADIRAN Ramadan pastinya amat dinanti-nantikan semua umat Islam memandangkan bulan ini menjadi lubuk mendapatkan pahala hasil daripada amalan yang dilakukan.
Bagi orang yang sihat, menahan makan dan minum selama sekitar 13 jam bukanlah satu masalah besar. Malah, ramai yang mampu kekal cergas.
Namun puasa bagi golongan yang uzur atau menghidap penyakit kronik adalah satu cabaran. Inilah sebabnya Islam memberi keringanan kepada mereka. Namun begitu, mereka masih perlu berpuasa mengikut kemampuan masing-masing,
Antara penyakit yang dikenalpasti berlaku pada bulan puasa ialah seperti berikut kecuali……………..
Diabetik
Pedih hulu hati
Sakit hati
Sembelit
Amalan bersahur amat penting untuk ….........
Membantu kecantikan tubuh badan
Mengurangkan rasa lapar semasa seharian berpuasa
Mengelakkkan makan pada waktu siang hari
Membantu menambahkan tenaga sewaktu berpuasa
Puasa seharusnya tidak menjadi halangan anda untuk tetap melakukan senaman demi menjaga kecergasan badan. Bersenam ketika puasa juga boleh menjadi peluang bagi anda untuk lebih banyak membakar kalori sehingga boleh menurunkan berat badan. Sudah tentu ini merupakan satu perkara yang positif. Namun, sebaiknya jangan sembarangan bersenam di bulan puasa. Apakah yang perlu difikirkan apabila anda ingin melakukan aktiviti bersenam ketika berpuasa?
Melakukan senaman pada awal pagi.
Melakukan senaman berlebihan pada bila-bila masa.
Bersenaman dengan berlari 100 meter.
Perhatikan masa dan intensiti senaman semasa berpuasa agar senaman tersebut tidak
mengganggu puasa anda atau menyebabkan dehidrasi
ANALOGI pemikiran kita lazimnya selalu memikirkan bahawa bulan puasa merupakan masa terbaik untuk menurunkan berat badan.
Ramai mengandaikan lebih 14 jam berpuasa dengan tidak menjamah walau setitik air pun memberi jaminan bahawa proses diet sedang berlaku sekali gus mencerahkan harapan untuk kurus. Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan berat seseorang naik secara mendadak pada bulan puasa. Tiga perkara itu ialah seperti berikut KECUALI ………………………
Makan banyak ketika sahur
Jumlah had makanan yang dimakan pada bulan puasa sama sahaja seperti hari-hari biasa.
Tidur semula lepas sahur
Minum banyak air manis
Antara berikut adalah beberapa manafaat puasa untuk kesihatan KECUALI…………….
detoksifikasi berlaku di mana racun yang tersimpan pada lemak tubuh anda dicairkan dan dikeluarkan dari tubuh anda.
cara berkesan untuk menjana semula jadi sel imun atau
sel ketahanan badan anda.
badan anda tidak mendapat tenaga dari makanan yang anda ambil; makanan tersebut disimpan dalam bentuk glukosa pada hati dan otot.
glukosa yang tersimpan dalam badan tidak digunakan, jadi pembakaran lemak tidak berlaku untuk menghasilkan sumber tenaga.
Berikut ialah keistimewaan bulan Ramadan kecuali .........
bulan pengampunan
bulan diturunkan al-Quran
bulan terjadinya Perang Badar
terdapat dalamnya lailatulqadar
Haram berpuasa pada hari ....
I) 30 Syaaban
II) 11 Zuhijjah
III) 10 Muharam
IV) Hari Ahad sahaja
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Dalil kewajipan puasa ini adalah dari surah
Ali Imran
Al-Maidah
Al-Baqarah
Al-Mu'minun
Terdapat tiga golongan uzur syarie yang menghalang berpuasa iaitu
Sakit yang memudharatkan
Gila walaupun seketika
Haid atau nifas
Pitam sepanjang hari
Berikut adalah perkara sunat ketika puasa kecuali ...
Menjamu orang lain berbuka
Membaca doa berbuka
Melewatkan berbuka
Solat terawih dan witir
Pilih jenis-jenis puasa yang di makruhkan dalam Islam.
Puasa hari syak
Puasa sepanjang tahun
Puasa hari Ahad sahaja
Puasa kaffarah
