wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UHIS1022 | BAB 3 & 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Falasi formal ialah apabila tidak menggunakan peraturan-peraturan yang betul di dalam logik induktif dan deduktif.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Premis 1: Semua manusia mempunyai jantung.

Premis 2: Janna seorang manusia.

Kesimpulan: Janna mempunyai jantung.


Kaedah penghujahan tersebut merujuk kepada...

a)

Induktif

b)

Deduktif

c)

Falasi formal

d)

Falasi tidak formal

3.

Berikut merupakan kepentingan ilmu logik dalam memastikan akal menerima dengan baik sesuatu pemikiran, KECUALI

a)

Memperkuatkan daya ingatan dalam mengingati semua input yang ada

b)

Membezakan proses berfikir yang benar daripada yang salah

c)

Menajamkan akal fikiran dan membina kebenaran dalam berfikir

d)

Memelihara akal daripada kesalahan dalam berfikir

4.

Berikut merupakan kedudukan manusia mengikut pandangan al-Quran, KECUALI

a)

Makhluk yang paling indah bentuk kejadiannya

b)

Makhluk yang diberi kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

c)

Makhluk paling mulia antara makhluk lain

d)

Makhluk yang paling awal diciptakan

5.

Antara berikut, merupakan tanggungjawab manusia terhadap Allah s.w.t, KECUALI

a)

Melaksanakan semua suruhan-Nya

b)

Melaksanakan segala larangan-Nya

c)

Menyembah Allah s.w.t dengan ikhlas

d)

‘Amar makruf nahi munkar

6.

Falasi strawman ialah:

a)

Hujahan dianggap salah kerana pihak lawan gagal membuktikannya benar, atau sebaliknya

b)

Sokongan kepada hujahan dengan menagih simpati

c)

Kebenaran hujahan disandarkan kepada autoriti atau pengaruh seseorang

d)

Mengubah hujah yang sebenar dengan mereka-reka kefahaman yang palsu

7.

Semua logam lebur bila dipanaskan. Kuprum adalah sejenis logam. Kesimpulannya kuprum lebur apabila dipanaskan. Kaedah penghujahan tersebut dinamakan kaedah deduktif.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Berikut merupakan pernyataan TIDAK BENAR tentang penciptaan manusia menurut pandangan pelbagai agama, KECUALI

a)

Matlamat penciptaan manusia menurut agama Hindu ialah untuk mencapai Nirvana

b)

Matlamat kehidupan manusia menurut agama Buddha ialah untuk mencapai Moksha

c)

Kitab Bible menerangkan bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan ialah daripada debu tanah

d)

Tujuan manusia diciptakan oleh Allah dalam agama Islam ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah sebagai hamba dan membuat kerosakan di bumi

9.

Sesuatu rumusan yang dibuat daripada kajian yang bersifat KHUSUS kepada UMUM dinamakan

a)

Induktif

b)

Deduktif

c)

Falasi formal

d)

Falasi tidak formal

10.

Berikut adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sesama insan, KECUALI

a)

Memelihara semua hal ehwal rumahtangga jiran

b)

Membantu mereka yang memerlukan pertolongan

c)

Menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia

d)

Menyembunyikan keburukan dan keaiban orang lain