wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3. Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan kolonial yang membawa kepada kepelbagaian yang ada di Malaysia pada hari ini KECUALI:

a)

Portugis

b)

British

c)

Belanda

d)

Jepun

2.

* Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik lain tanpa menggugat budaya masing-masing.

* Bebas mengamalkan budaya masing-masing.


Pernyataan berikut merujuk kepada proses hubungan etnik :

a)

Segregasi

b)

Amalgamasi

c)

Asimilasi

d)

Akomodasi

3.

Warisan menggambarkan jati diri dan cara hidup satu-satu bangsa dan kelompok.


Manakah antara berikut BUKAN kategori warisan tidak ketara?

a)

Bangunan

b)

Adat

c)

Budaya

d)

Kesenian

4.

Nilai warisan peradaban China turut mempengaruhi etika dan peradaban Malaysia hari ini. Manakah antara berikut membawa maksud Nilai Kesusilaan menurut peradaban China.

a)

Ren

b)

Zhi

c)

Yi

d)

Li

5.

Manakah antara berikut SALAH mengenai aspek yang menyumbang kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka:

a)

Undang-undang Laut Melaka digunakan untuk menjaga keselamatan Laut Melaka

b)

Mengamalkan konsep pemerintahan tertutup

c)

Mempunyai sistem Pelabuhan yang cekap

d)

Berlaku interaksi dengan pelbagai budaya seperti Timur Tengah, China dan India

6.

Alam Melayu antara wilayah yang menjadi tempat tumpuan kedatangan pedagang dan penjajah, apakah faktor utama kedatangan penjajah British ke Alam Melayu?

a)

Kekayaan, keagamaan dan kebahagiaan

b)

Keselamatan, keagamaan dan kekayaan

c)

Kekayaan, kemegahan dan keagamaan

d)

Keamanan, kemegahan dan kegamaan

7.

Pernyataan berikut merujuk kepada pembentukan pola masyarakat pluralistik selepas kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, KECUALI:

a)

Kewujudan proses modenisasi

b)

Pemisahan sistem pendidikan mengikut komuniti etnik

c)

Kemasukan pedagang secara sukarela

d)

Proses migrasi warga asing secara sukarela

8.

Husna merupakan pelajar fakulti Muzik di UiTM. Semenjak kecil beliau telah diberi didikan agama dan penghayatan Islam oleh ibu dan ayahnya. Walaupun Husna bukan pelajar yang berada di bidang pengajian Islam, Husna mampu menjaga penampilan diri dan menjaga batas pergaulan.


Berdasarkan kenyataan di atas, apakah ciri yang sesuai dipadankan dengan Husna?

a)

Hurriyyah

b)

‘Iffah

c)

‘Adl

d)

Syaja’ah

9.

Apakah istilah dalam peradaban India yang menyatakan tentang kejujuran dan kebenaran yang merupakan antara perkara yang dititik beratkan bagi melambangkan peribadi seseorang?

a)

Satya

b)

Karma

c)

Dharma

d)

Nirvana

10.

Virus korona yang menyerang dunia sekarang tidak mengenal kelompok masyarakat yang ada. Gejala ini perlu dibanteras oleh semua pihak supaya tidak berleluasa dengan menganggap setiap individu sebagai barisan hadapan (frontliners) seperti pepatah Melayu:

a)

Melentur buluh biarlah dari rebung

b)

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

c)

Orang berbudi kita berbahasa

d)

Air dicincang takkan putus