wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PDCA GRAVITI

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Daya graviti pada satelit yang berada di permukan bumi dengan jejari R ialah F.


Apakah daya graviti terhadap satelit tersebut yang berada pada ketinggian 2R dari permukaan bumi?

a)

12F\frac{1}{2}F

b)

14F\frac{1}{4}F

c)

13F\frac{1}{3}F

d)

19F\frac{1}{9}F

2.

Mengapakah bumi kekal dalam orbit mengelilingi Matahari?

a)

Daya tarikan graviti oleh Matahari pada Bumi adalah sama magnitud tetapi bertentangan arah dengan tarikan graviti oleh Bumi pada Matahari.

b)

Daya tarikan graviti oleh Matahari pada Bumi bertindak sebagai daya memusat.

c)

Daya tarikan graviti oleh Matahari pada Bumi boleh diabaikan.

d)

Daya tarikan graviti pada Bumi oleh Matahari diimbangi daya memusat pada Bumi.

3.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang daya graviti?

a)

Daya graviti suatu planet pada suatu objek berkadar langsung dengan jisim planet sahaja

b)

Jarak antara dua objek memberi kesan yang lebih besar pada tarikan graviti berbanding dengan kesan jisim

c)

Daya graviti berkadar songsang dengan jarak antara dua objek

d)

Daya graviti berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara dua objek

4.

Pecutan graviti pada permukaan bumi ialah g.


Andaikan Bumi dimampatkan sehingga diameternya menjadi separuh daripada diameter asal. Pecutan graviti bumi pada permukaannya ialah

a)

2g

b)

4g

c)

12g\frac{1}{2}g

d)

14g\frac{1}{4}g

5.

Antara yang berikut, yang manakah adalah benar tentang pecutan graviti di sebelah luar permukaan bumi?

a)

Seragam di semua titik di sebelah luar permukaan bumi

b)

berkadar langsung dengan jarak dari pusat bumi

c)

berkadar songsang dengan jarak dari pusat bumi

d)

berkadar songsang dengan kuasa dua jarak dari pusat bumi

6.

Suatu objek berjisim 1 kg mempunyai berat 10 N pada permukaan bumi yang berjejari, r.


Jika objek tersebut diletakkan pada ketinggian , r dari permukaan bumi,

a)

beratnya ialah 5 N

b)

jisimnya ialah 0.5 kg

c)

beratnya ialah 2.5 N

d)

jisimnya ialah 0.25 kg

7.

Antara yang berikut yang manakah TIDAK benar tentang daya memusat?

a)

Sentiasa bertindak berserenjang dengan arah sesaran.

b)

Salah satu contohnya ialah daya graviti menarik bulan ke bumi

c)

sentiasa bertindak ke arah pusat bulatan

d)

apabila kelajuan peredaran berkurang, daya memusat bertambah

8.

berat seorang budak lelaki di permukaan bumi dalam kawasan khaltuistiwa ialah 500 N.


Akibat putaran bumi, beratnya

a)

akan melebihi 500 N di kedua-dua kutub bumi

b)

kurang daripada 500 N di kedua-dua kutub bumi

c)

akan kekal sama pada mana-mana tempat di permukaan bumi.

9.

Apakah akan berlaki jika tiba-tiba daya tarikan graviti bumi pada satelit menjadi sifar?

a)

satelit akan berhenti bergerak

b)

satelit akan jatih ke bumi

c)

satelit akan meneruskan gerakan dalam garis lurus yang merupakan garisan tangen kepada orbit asalnya

10.

tempoh satu objek bergerak dengan kelajuan seragam, v dalam bulatan mengufuk berjejari R ialah

a)

2πRv\frac{2\pi R}{v}

b)

v2πR\frac{v}{2\pi R}

c)

2πv\frac{2\pi}{v}

d)

v2π\frac{v}{2\pi}

11.

antara yang berikut, yang manakah merupakan salah satu kenyataan daripada Hukum Gerakan Planet Kepler?

a)

objek yang bergerak akan kekal bergerak.

b)

planet bergerak dalam orbit berbentuk elips dengan Matahari berada pada fokusnya

c)

arah pergerakan planet yang berhampiran Matahari adalah berlawanan dengan arah peredaran planet yang jauh dari Matahari.

12.

Jika halaju orbit sebuah planet ialah 20 kms-1 ketika berada pada jarak purata dari matahari, antara yang berikut yang manakah merupakan kemungkinan besar halaju orbitnya ketika berada paling dekat dengan matahari?

a)

20kms-1

b)

10kms-1

c)

15kms-1

d)

25kms-1

13.

Hukum Kepler kedua menyatakan bahawa

a)

paksi major adalah sama dengan jarak purata planet dari matahari

b)

kuasa dua tempoh orbit sebuah planet berkadar langsung dengan kuasa tiga paksi major

c)

orbit planet mengelilingi Matahari adalah elips dengan Matahari sebagai fokus

d)

garisan dari sebuah planet ke matahari sentiasa mencakupi kuas yang sama dalam selang masa yang sama

14.

Masa diambil untuk sebuah planet melengkapkan peredaran mengelilingi Matahari dikenali sebagai

a)

hari

b)

bulan

c)

tahun

d)

tempoh orbit

15.

kedudukan bagi sebuah planet berada paling hampir dengan Matahari ketika mengorbit Matahari dikenali sebagai

a)

perihelion

b)

fokus

c)

aphelion

d)

pusat

16.

Apakah yang dinyatakan dalam Hukum Kepler Ketiga tentang halaju objek dalam orbit yang besar berbanding dengan objek dalam orbit yang kecil?

a)

halaju adalah lebih laju dalam orbit yang besar

b)

halaju adalah malar tanpa mengira saiz orbit

c)

halaju adalah lebih perlahan dalam orbit yang lebih besar

d)

tiada hubungan antara halaju dan saiz orbit

17.

Hukum Kepler Pertama menyatakan bahawa laluan setiap planet mengelilingi matahari ialah ........................................

dengan Matahari berada pada salah satu titik fokusnya.

a)

bulatan

b)

elips

c)

bujur

18.

Sebuah satelit bumi di dalam orbit bulatan bergerak ke orbit bulatan yang mempunyai jejari yang lebih besar.


Antara yang berikut, yang manakah kuantiti bagi satelit tersebut akan bertambah magnitudnya disebabkan oleh gerakan ke orbit baharu?

a)

daya graviti

b)

tenaga keupayaan graviti

c)

pecutan graviti

19.

Antara yang berikut yang manakah kuantiti yang TIDAK semestinya sama bagi semua satelit geosegerak yang mengorbit mengelilingi bumi?

a)

jisim

b)

tempoh orbit

c)

arah peredaran

d)

satah orbit

20.

Sebuah roket sedang bergerak menjauhi bumi.


Antara yang berikut, yang manakah yang mengenai daya graviti pada roket dan tenaga keupayaan graviti adalah benar?

a)

Daya graviti berkurang, tenaga keupayaan graviti bertambah

b)

daya graviti bertambah, tenaga keupayaan graviti bertambah

c)

daya graviti bertambah, tenaga keupayaan graviti berkurang