wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERNIAGAAN 27/4/2021

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, penyataan yang manakah menerangkan maksud visi dengan tepat?

a)

Merupakan sebab perniagaan ditubuhkan

b)

Merupakan matlamat organisasi yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek

c)

Merupakan apa yang ingin dicapai oleh organisasi dalam jangka masa panjang

d)

Merupakan dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang

2.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan objektif dengan tepat?

a)

Menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

b)

Menjadikan garis panduan dalam pengurusan organisasi

c)

Matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Tujuan atau matlamat utama organisasi dibentuk

3.

Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?

I Kedai Runcit Rahman

II Syarikat Pertama Berhad

III Majlis Perubatan Malaysia

IV Persatuan Warisan Negeri Johor

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

IIII dan IV

4.

Di manakah sesebuah organisasi bermotifkan untung perlu didaftarkan?

a)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

c)

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

d)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

5.

Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. Apakah maksud spesifuk?

a)

Jangka masa untuk sesuatu objektif dicapai perlu dinyatakan secara tepat

b)

Objektif yang dibentuk perlu dinyatakannya dengan jelas dan bersistem

c)

Objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik

d)

Objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh masa yang diberikan

6.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?

I Dibuat secara umum

II Boleh diterjemahkan

III Mempunyai satu tarikh tertentu

IV Mempunyai sasaran yang boleh dicapai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Encik Jasmi telah menubuhkan perniagaan kraftangan di Merlimau, Melaka pada 1 Julai 2017


Apakah visi yang sesuai bagi perniagaan Encik Jasmi?

a)

Jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan

b)

Melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan

c)

Menghasilkan pengeluaran sebanyak 200 unit sebulan

d)

Untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi

8.

Antara berikut, yang manakah bukan penetapan organisasi perniagaan ?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Tujuan

9.

" Merupakan penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang "

Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan di atas ?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Tujuan

10.

Penetapan visi, misi dan objektif bagi organisasi bermotifkan untung (OBU) ialah kerana ?

a)

untuk kebajikan ahli, masyarakat dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai

b)

Tertumpu kepada kepentingan orang ramai

c)

Perniagaan itu mempunyai objektif untuk memaksimumkan keuntungan supaya dapat memuaskan kehendak pelanggan

d)

Memaksimumkan kepuasan diri

11.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) merujuk kepada ?

a)

Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)

b)

Pertubuhan Sukarela

c)

Agensi Sukarela

d)

Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)

12.

Antara berikut, yang manakah bukan visi Syarikat Jakel ?

a)

Sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan dalam menjadi pengalaman membeli-belah digedung jakel sesuatu yang unik dan tidak dapat dilupakan

b)

Menjadikan Jakel sebagai pembekal tekstil terbesar di Malaysia bagi memenuhi keperluan tempatan sama ada di sektor kerajaan atau korporat

c)

Memberi perkhidmatan jualan serta informasi oleh seorang pelanggan dengan mengira status

d)

Menyambut pelanggan dengan layanan dan senyuman

13.

Apakah penetapan misi Syarikat Jakel ?

a)

Memberi perkhidmatan yang terbaik dan memastikan pelanggan akan sentiasa yakin dan gembira

b)

Sentiasa menjaga nama baik syarikat

c)

Berterusan operasi

d)

Sentiasa menjaga pelanggan

14.

Apakah objektif Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia ?

a)

Menjadi NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang efektif dalam menganjurkan program-program untuk anak-anak yatim seluruh Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang

b)

Mengukuhkan jati diri dan potensi diri anak-anak yatim dengan melengkapkan mereka melalui pembudayaan amalan nilai-nilai murni

c)

Mengukuhkan kemahiran untuk menghadapi cabaran masa depan melalui penganjuran program-program latihan

d)

Menjadi pusat khidmat setempat menyalurkan maklumat pendidikan dan bantuan kepada masyarakat dan anak-anak yatim yang memerlukan

15.

Apakah visi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia ?

a)

Menjadi NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang efektif dalam menganjurkan program-program untuk anak-anak yatim seluruh Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang

b)

Mengukuhkan jati diri dan potensi diri anak-anak yatim dengan melengkapkan mereka melalui pembudayaan amalan nilai-nilai murni

c)

Mengukuhkan kemahiran untuk menghadapi cabaran masa depan melalui penganjuran program-program latihan

d)

Menjadi pusat khidmat setempat menyalurkan maklumat pendidikan dan bantuan kepada masyarakat dan anak-anak yatim yang memerlukan

16.

"Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik "


Apakah yang menerangkan petikan di atas ?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Tujuan

17.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan pembentukan visi, misi dan objektif (VMO) sesebuah organisasi?

a)

Dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi

b)

Merupakan asas pembentukan strategi perniagaan

c)

Dijadikan asas untuk mendapat pembiayaan luar

d)

Dibentuk untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi

18.

Manakah rumus yang digunakan untuk mengira titik pulang modal (TPM)?

a)

Jumlah hasil = Jumlah kos

b)

Kos tetap = Kos berubah

c)

Jumlah hasil melebihi jumlah kos

d)

Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos

19.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kos tetap pengeluaran? (Pilih dua jawapan)

a)

Kos bahan mentah

b)

Kos air dan elektrik

c)

Sewa kilang

d)

Gaji pekerja

20.

Apakah matlamat utama penjual barangan elektrik menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan barang di rumah pelanggan?

a)

Memenuhi keperluan undang-undang

b)

Untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan

c)

Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Menarik minat pengguna melanggan di kedainya