wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sains Tahun 5 - Haiwan

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, haiwan yang manakah mempunyai ciri khas sperti haiwan dalam rajah di atas untuk melindungi diri daripada musush?

a)

Buaya

b)

Tenggiling

c)

Ikan buntal

d)

Ulat gonggok

2.

Antara berikut, haiwan yang manakah berhibernasi?

a)
b)
c)
d)
3.

Apakah tujuan haiwan bermigrasi?

a)

Bergerak dalam kumpulan

b)

Melindungi diri daripada musuh

c)

Melindungi diri daripada cuaca melampau

d)

Mencari kawasan baharu selepas kawasan lama kehabisan makanan

4.

Rajah di atas menunjukkan tingkah laku haiwan X apabila dalam keadaan berbahaya. Haiwan yang manakah mempunyai tingkah laku yang sama seperti haiwan X?

a)

Lipan

b)

Kurita

c)

Tikus

d)

Kala Jengking

5.

Antara berikut, yang manakah mewakili tingkah laku yang betul untuk melindungi diri daripada musuh?

a)

P : Mengeluarkan dakwat hitam

Q : Mengeluarkan bau busuk

b)

P : Berpura-pura mati

Q : Menyamar

c)

P : Mengeluarkan bau busuk

Q : Mengeluarkan dakwat hitam

d)

P : Menyamar

Q: Berpura-pura mati

6.

Rajah di atas menunjukkan seekor unta. Apakah fungsi bonggol pada unta?

a)

Membolehkannya bergerak dengan cepat

b)

Memudahkan manusia menunggang

c)

Melindungi diri daripada musuh

d)

Menyimpan makanan dalam bentuk lemak

7.

Haiwan yang manakah suka berendam dalam lumpur?

a)

Lembu

b)

Kerbau

c)

Tupai

d)

Kuda

8.

Antara yang berikut, aktiviti manakah yang merujuk pada kemandirian spesies?

a)
b)
c)
d)
9.

Jadual di atas menunjukkan bilangan telur bagi haiwan-haiwan X, Y dan Z. Antara berikut, pernyataan yang manakah betul?

a)

Haiwan X, Y dan Z perlu menjaga telurnya

b)

Haiwan Y perlu mengeram telurnya

c)

Haiwan X perlu memberi anakanya makanan

d)

Haiwan Y perlu bertelur banyak

10.

Rajah di atas menunjukkan keadaan seekor ibu ayam daan anak-anaknya. Mengapakah ibu ayam berkeadaan demikian?

a)

Untuk membiak

b)

Memberi anaknya makan

c)

Memastikan kemandirian spesies

d)

Mengajar anaknya menyerang musuh

11.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan kemandirian spesies kepada haiwan?

a)

Untuk mendapatkan tempat tinggal

b)

Untuk mendapatkan sumber air

c)

Untuk mengelakkan kepupusan

d)

Untuk menyerang musuh

12.

Rajah di atas menunjukkan satu keadaan yang berlaku antara dua jenis haiwan. Pernyataan manakah yang betul menerangkan keadaan di atas?

a)

Pembiakan haiwan

b)

Kepupusan haiwan

c)

Interaksi antara hidupan

d)

Hidupan melindungi spesiesnya

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan rantai makanan?

a)

Memastikan kemandirian spesies haiwan

b)

Hubungan makanan antara hidupan

c)

Memberi anak makanan

d)

Hubungan antara haiwan dan tumbuhan

14.

Rajah di atas menunjukkan satu siratan makanan. Apakah yang akan berlaku jika bilangan populasi helang bertambah?

a)

Bilangan ular bertambah

b)

Bilangan pipit bertambah

c)

Bilangan tikus bertambah

d)

Bilangan belalang bertambah

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan?

a)

Gabungan dua atau lebih rantai makanan

b)

Jenis makanan yang dimakan oleh haiwan

c)

Kepentingan sumber makanan

d)

Habitat sesuatu hidupan.

16.

Berdasarkan rajah di atas, yang manakah merupakan pengeluar

a)

Rusa

b)

Lembu

c)

Rumput

d)

Harimau

17.

Berapakah bilangan rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan di atas?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

18.

Antara haiwan berikut, yang manakah tidak menjaga telur dan anaknya?

a)

Ayam

b)

Penyu

c)

Penguin

d)

Buaya

19.

Rajah di atas menunjukkan seekor haiwan. Apakah kegunaan bahagian P?

a)

Menakutkan musuh

b)

Menyimpan makanan

c)

Mengekalkan suhu badan

d)

Melindungi diri daripada dicederakan

20.

Rajah di atas menunjukkan siratan makanan dalam satu habitat. Berapakah bilangan haiwan herbivor yang terlibat dalam siratan makanan ini?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4