wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata-kata Hikmat

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Biar putih tulang, jangan putih Mata

a)

keuntungan dan kekuatan seseorang ada masa meningkat atau menurun.

b)

merendah diri lebih baik daripada menyombong

c)

lebih baik mati daripada menanggung malu

d)

sementara menunggu yang lebih baik buatlah sesuatu yang mendatangkan faedah.

2.

Naik tangga dari bawah

a)

Untuk mencapai kedudukan yang tinggi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dari peringkat bawah; kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba.

b)

Keadaan hidup yang amat susah; azab sekali

c)

Orang muda mestilah ingat bahawa kematian tidak berlaku dalam kalangan orang tua sahaja; setiap orang akan mati

d)

Merampas peluang orang lain; mendahului orang lain

3.

Nak kaya berdikit- dikit, nak ramai bertabur–urai

a)

Tidak menghiraukan masalah orang lain, hanya mementingkan urusan diri sendiri sahaja

b)

Menyuruh seseorang melakukan sesuatu yang mustahil akan dilakukannya

c)

Jimat cermat punca kekayaan, murah hati punca tuah

d)

Keadaan yang tidak tetap kerana sakit dan susah

4.

Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna

a)

Adat atau kepercayaan yang masih kekal menjadi amalan

b)

Fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian

c)

Bimbang kehilangan barang yang dimiliki tetapi

d)

Keputusan dan pertimbangan tidak seimbang

5.

Pandu laju mara dituju

a)

Hilang tempat bergantung

b)

Urusan jual beli tanpa sekatan

c)

Mendengar hati-hati

d)

Memandu laju menyebabkan kemalangan

6.

Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia

a)

Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan Bantu-membantu antara satu sama lain

b)

Tak usah takut kerana kita sama-sama mempunyai kekuatan dan alatannya; jangan takut pada kawan yang setaraf

c)

Wanita yang secara umumnya bersifat malu dan lemah lembut, mampu menyumbang idea dan tenaga kepada pembangunan negara.

d)

Perempuan yang suka menghabiskan harta lelaki secara menipu

7.

Bertangguh Pencuri Masa

a)

Kerja bertangguh tidak membawa manfaat kepada diri sendiri

b)

Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya

c)

Tidak dapat berjimat cermat walaupun pendapatan yang lumayan

d)

Suka mencuri

8.

Kata mesti dikota

a)

Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya

b)

Setiap janji hendaklah ditunaikan

c)

Cara- cara orang dalam kota bercakap berbeza dengan orang di kawasan pinggir kota

d)

Tidak tahu hendak memulakan percakapan

9.

Hidup Ini Adalah Suatu Perlumbaan

a)

Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan melalui pembacaan

b)

Sesuatu perkara yang dilaksanakan atas persetujuan ramai akan membawa kebaikan

c)

Kita terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dalam kehidupan ini.

10.

Berbilang dari esa, mengaji dari alif.

a)

Jika berani memerintah hendaknya berani melakukan juga.

b)

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.

c)

Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak.

11.

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

a)

Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal.

b)

Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak.

c)

Jika berani memerintah hendaknya berani melakukan juga.

12.

Biar berkelahi dahulu, jangan berkelahi kemudian.

a)

Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal.

b)

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.

c)

Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak.

13.

Biar mati anak, jangan mati adat.

a)

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.

b)

Sekiranya inginkan kemewahan, mestilah sedia berusaha

c)

Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban ATAU Sangat taat pada adat; adat yang ada tidak boleh dilanggar.

14.

Bahasa menunjukkan bangsa.

a)

Baik buruk sifat dan tabiat orang dapat dilihat dari tutur kata atau bahasanya.

b)

Masa itu sangat berharga.

c)

Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal.

15.

Masa itu emas.

a)

Baik buruk sifat dan tabiat orang dapat dilihat dari tutur kata atau bahasanya.

b)

Masa itu sangat berharga.

c)

Insan yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa menjadi pedoman dan panduan orang lain serta boleh dikongsi bersama masyarakat di sekelilingnya.

16.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

a)

Suatu kelompok/kaum/bangsa akan menjadi kuat dan maju apabila tidak berpecah belah ATAU Sesuatu akan berhasil apabila dikerjakan bergotong-royong (bersama-sama).

b)

Sekiranya inginkan kemewahan, mestilah sedia berusaha ATAU Jika seseorang ingin beroleh keuntungan dalam satu pekerjaan, hendaklah ia dapat menanggung kesusahan.

c)

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.

17.

Ibu selalu menasihati kami supaya mengikuti _____________________________________ agar kami tidak hidup susah pada masa akan datang.

a)

adat periuk berkarak, adat lesung berdedak

b)

berbilang dari esa, mengaji dari alif

c)

biar mati anak, jangan mati adat

18.

Pihak sekolah telah memberi bantuan kepada Abu sekeluarga kerana kehidupan mereka ibarat

.

a)

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

b)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

c)

berani kerana benar, takut kerana salah

d)

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

19.

Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan merupakan pemain badminton yang hebat. Mereka dikatakan

a)

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

b)

kalah menjadi abu, menang menjadi arang

c)

lembu punya susu, sapi dapat nama

d)

biar putih tulang, jangan putih mata

20.

Berani menjual, berani membeli, berani pegang berani tanggung.

a)

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.

b)

Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak.

c)

Jika berani memerintah hendaknya berani melakukan juga.