Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Moral Unit 7 Ting.4F

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan perikemanusiaan?

a)

sifat yang wajar dan bertimbang rasa

b)

tindakan yang waras

c)

sifat yang wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan mengasihani.

d)

membentuk masyarakat yang padu

2.

Yang manakah antara yang berikut merupakan perbuatan berperikemanusiaan? Pilih lebih dari satu jawapan.

a)

melayan pekerja dengan baik

b)

mempunyai sikap empati dan simpati dengan jiran

c)

memaki hamun sesuka hati kepada orang

d)

menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan.

3.

Apakah kepentingan sifat berperikemanusiaan ini?

a)

menzalimi haiwan dan tumbuhan

b)

memukul sesuka hati untuk puaskan hati yang tengah marah

c)

Melahirkan masyarakat yang harmoni

d)

tekanan jiwa dan emosi

4.

Yang manakah contoh tindakan yang menggambarkan sifat berperikemanusiaan?

a)

mencuri kereta disebabkan benci dengan jiran sebelah

b)

melaporkan kes penderaan anak jiran kepada pihak berkuasa

c)

memarahi pekerja tanpa sebab

d)

buat tidak tahu dengan orang yang dalam kesesusahan.

5.

Apakah KESAN pengabaian sikap berperikemanusiaan dalam kehidupan? Pilih lebih dari satu jawapan.

a)

menzalimi haiwan dan tumbuhan

b)

menjadi mementingkan diri sendiri dan materialistik

c)

menyantuni OKU dengan ikhlas

d)

membantu orang yang memerlukan bantuan

6.

Kes pembuangan bayi merupakan contoh perbuatan yang berperikemanusiaan.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Semua nilai yang membentuk tingkah laku berperikemanusiaan ini akan melahirkan masyarakat yang peka, prihatin dan saling menolong.

a)

Salah

b)

Betul

8.

Ramesh ternampak seekor anjing ketika bersiar-siar di taman. Dengan sengaja, dia terus membaling batu ke arah anjing tersebut dan melarikan diri.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Nyatakan tiga perlakuan berperikemanusiaan?

a)

Membantu mangsa bencana alam.

b)

Menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan.

c)

Menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) dengan ikhlas.

d)

Memberikan sumbangan kepada orang miskin dan mengharapkan penghargaan.

10.

Yang manakah bukan kepentingan berperikemanusiaan?

a)

Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang.

b)

Persepakatan dalam masyarakat dapat dikukuhkan.

c)

Keselamatan masyarakat terjamin.

d)

Melahirkan masyarakat yang suka mendapat bantuan daripada orang lain.

11.

Nyatakan tiga nilai universal yang patut anda amalkan untuk membantu mangsa penderaan tersebut.

a)

Saya mengamalkan nilai kasih sayang.

b)

Saya mengamalkan nilai rasional.

c)

Saya mengamalkan nilai baik hati.

d)

Saya mengamalkan nilai kejujuran.

12.

Pilih gambar yang menunjukkan kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan

a)
b)
c)
d)
13.

Pilih gambar yang menunjukkan contoh perlakuan berperikemanusiaan

a)
b)
c)
d)
14.

Nyatakan tiga cara memberi perlindungan kepada kanak-kanak

a)

mengadakan kempen anti penderaan kanak-kanak

b)

melaporkan kes penderaan kepada pihak berkuasa

c)

menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991

d)

menghukum dengan tidak memberi makanan

15.

Nyatakan tiga nilai yang harus diamalkan oleh anak yang mengabaikan ibu bapa.

a)

Anak harus mengamalkan nilai bertanggungjawab.

b)

Anak harus mengamalkan nilai kasih sayang.

c)

Anak harus mengamalkan nilai berterima kasih.

d)

Anak harus mengamalkan nilai kebebasan.

16.
Sikap berperikemanusiaan perlu ada pada setiap individu dalam menjalani _____ yang sesuai dengan norma masyarakat.
a)
kehidupan
b)
kemalangan
c)
keselamatan
d)
kesesuaian
17.
Apabila nilai kemanusiaan diabaikan, manusia terdorong mengambil tindakan _____.
a)
negatif
b)
positif
c)
seronok
d)
tenang
18.

Penderaan kanak-kanak merupakan salah satu isu yang sering terjadi pada masa kini. Ramalkan kesan sekiranya perlakuan berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak terhakis dalam masyarakat.

a)

Menimbulkan tekanan jiwa dan emosi kepada kanak-kanak yang didera.

b)

Menyebabkan pendera akan semakin seronok melakukan penderaan.

c)

Menjejaskan sumber pendapatan sesebuah keluarga.

d)

Mengurangkan beban kos kepada kerajaan.

19.

Majikan di sebuah syarikat X telah memberhentikan pekerjanya tanpa notis. Majikan tersebut juga tidak membayar gaji terakhir dan pampasan terhadap para pekerjanya.

a)

Berperikemanusiaan

b)

Tidak Berperikemanusiaan

20.

Situasi: Terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik dan bahan berbahaya ke dalam sungai. Kesannya, banyak hidupan marin mati dan habitat musnah.

a)

Berperikemanusiaan

b)

Tidak Berperikemanusiaan