NEW
Font size
WorksheetsSOALAN SAINS TING 4 KSSM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Rajah menunjukkan satu contoh peralatan kecemasan. Apakah alatan kecemasan ini?
Penyiram kecemasan
Pembilas mata
Kabinet aliran laminar
Kebuk wasap
Rajah menunjukkan beg plastik yang digunakan untuk menyimpan sisa biologi. Apakah jenis bahaya yang diwakili oleh simbol pada beg plastik tersebut.
merengsa
radioaktif
biobahaya
menghakis
Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menguruskan tumpahan merkuri?
Pasir
Sulfur
Air
Alkohol
Apakah fungsi penyiram kecemasan di dalam makmal?
Melindungi mata dari bahan toksik
Melindungi badan daripada bahan kimia
Melindungi hidung dari zarah halus
Membersihkan badan dari tumpahan bahan kimia
Rajah menunjukkkan label dari Jabatan Bomba dan penyelamat pada alat pemadam api. Apakah yg dimaksudkn dengan tarikh luput tersebut?
tarikh pembuatan alat pemadam kebakaran
tarikh penukaran bekas alat pemadam kebakaran
tarikh alat pemadam boleh diguna dgn baik
tarikh untuk menukar pemadam kebakaran dengan jenis lain
Antara bahan api atau punca kebakaran berikut, yg manakah tergolong dlm kebakaran jenis A?
Natrium
Plastik
petrol
Gas metana
apakah kaedah paling sesuai untuk mengurus bahan sisa biologi seperti jarum?
Tanam dalam tanah
Guna semula
Kitar semula
Buang dalam bekas sisa tajam
antara berikut bahan manakah yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki?
Asid nitrik
Naftalena
Natrium Klorida
Sisa pepejal
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya bahagian badan seseorang terbakar?
Guna air untuk memadam api
sembur dengan buih
selimutkan dengan selimut kebakaran
Guna pasir untuk memadamkan api
Antara berikut yang manakah perlu dikendalikan di dalam kebuk wasap?
Etanol
Air suling
Larutan ammonia
Asid hidroklorik pekat
Antara kenderaan berikut yang manakah bukan kenderaan hijau?
Kereta solar
Kereta elektrik
Kapal terbang
Kereta api elektrik
Sektor yang manakah tidak terlibat dalam Teknologi Hijau?
Sektor tenaga
Sektor pengangkutan
Sektor kewangan
Sektor pertanian dan perhutanan
Antara yang berikut yang manakah ditekankan dalam bidang ekonomi dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan?
Mempromosikan kecekapan tenaga
Memulihara alam sekitar
Meningkatkan kualiti hidup rakyat
Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
Apakah gas yang terbebas apabila sisa pepejal menjalani proses penguraian?
Oksigen
Metana
Karbon dioksida
Karbon monoksida
Antara yang berikut yang manakah isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?
Kesan pembakaran bahan api fosil
Kumbahan, sisa kimia dan sampah sarap
Penerokaan hutan
Pembakaran terbuka
Malaysia menggalakkan penggunaan bahan api bio daripada minyak kelapa sawit dalam pengangkutan hijau. Apakah isu sosiosaintifik yang timbul akibat penggunaan api ini?
Pencemaran udara meningkat
Bilangan kenderaan bermotor semakin meningkat
Kos penyelenggaraan kenderaan meningkat
Harga makanan melambung naik akibat harga minyak masak yang meningkat
Apakah kebaikan yang diperolehi dalam penggunaan kenderaan berkuasa solar?
Mengurangkan kos penyelenggaraan
Meningkatkan kecekapan tenaga pekerja
Mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya
Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
Antara yang berikut yang manakah bukan merupakan aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor pertanian?
Najis haiwan dan sisa pertanian digunakan untuk menghasilkan tenaga bio.
Menggunakan baja kimia untuk meningkatkan kesuburan tanah
Mengamalkan kaedah kawalan biologi
Mengamalkan penanaman vertikal
Antara berikut yang manakah bukan kesan pemanasan global?
Meningkatkan paras air laut
Menyebabkan perubahan iklim
Mengubah taburan hujan
Memusnahkan habitat flora dan fauna
Apakah kebaikan menggunakan kereta hibrid berbanding kereta biasa?
Membebaskan banyak karbon dioksida
Membebaskan sedikit karbon dioksida
Menggunakan bateri
Menggunakan sumber tenaga yang boleh baharu
Antara berikut yang manakah yang memerlukan kita lakukan resusitasi kardiopulmonari?
Mangsa mengalami kekejangan kaki
Mangsa diserang serangan jantung tiba-tiba
Mangsa terjatuh tangga dan terseliuh kaki
Mangsa sesak nafas tercekik tulang ikan
Berikut menunjukkan prosedur yang terlibat dalam resusitasi kardiopulmonari. Yang manakah menunjukkan susunan prosedur yang betul?
P=>S=>Q=>R
R=>Q=>S=>P
Q=>S=>P=>R
Q=>P=>S=>R
Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yg tidak sedarkan diri?
Dongakkan kepala dan tolakkan dagu ke atas
Dongakkan kepala dan tujahkan rahang
Tolakkan dagu ke atas
Tujahkan rahang
Mengapakah CPR penting?
Ia menyediakan bekalan darah dan oksigen yg kecil ke otak dan organ penting
Ia menghalang aorta daripada runtuh
Ia mengekalkan degupan jantung
Ia menghalang serangan jantung
Berapakah kekerapan tekanan dada dilakukan yang diikuti dengan dua kali hembusan mulut ke mulut?
10 kali
20 kali
30 kali
40 kali
Berapakah kedalaman yang perlu dilakukan semasa proses tekanan pada dada?
sekurang-kurang 2.5cm
sekurang-kurang 5 inci
sekurang-kurang 5cm
sekurang-kurang 7inci
Rajah yang manakah betul bagi kedudukan tangan semasa tekanan di dada dilakukan?
Apakah kadar tekanan pada dada dilakukan semasa mengendalikan CPR ini?
40 tekanan perminit
60 tekanan per minit
80 tekanan per minit
100 tekanan per minit
Alat pemadam api jenis air boleh memadam kebakaran jenis
A
B
D
F
Simbol berikut ada simbol
bahan radioaktif
bahan mudah terbakar
bahan mengakis
bahan toksik
Apakah nama alat keselamatan ini?
Gogal
Baju makmal
Topeng muka
Pembilas mata
Apakah nama alat keselamatan ini?
Pembilas mata
Gogal
Penyiram keselamatan
Topeng muka
Alat keselamatan yang manakah fungsinya untuk melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap (seperti ammonia) serta debu?
Bahan berikut adalah bahan .......
meruap
sisa organik
reaktif
buangan radioaktif
Cara pengurusan Sisa A perlu ....
dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya
dibungkus rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejukbeku sebelum dilupuskan
dinyahkontaminsi secara autoklaf
dimasukkan ke dalam bekas khas dan bekas itu disimpan di tempat yang selamat sebelum dilupuskan
Antara termometer berikut,yang manakah sesuai untuk menyukat suhu badan tanpa bersentuhan dengan badan?
Termometer rektal
Termometer inframerah
Termometer klinikal
Termometer makmal
Apakah julat suhu yang boleh dicatatkan oleh sebuah termometer klinikal?
35 C kepada 42 C
0 C kepada 42 C
0 C kepada 100 C
-10 C kepada 110 C
Antara faktor berikut, yang manakah boleh menyebabkan suhu badan rendah yang tidak normal?
Jangkitan
Terdedah panas yang melampau
Senaman
Terdedah kepada keadaan sejuk melampau
Kelakuan yang manakah di bawah haruslah dielakkan semasa mengambil bacaan tekanan darah?
Lengan tangan disokong sepenuhnya pada paras jantung
Pesakit berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum ujian
Pesakit boleh mengambil kopi dan minuman yang beralkohol sebaik sebelum ujian
Pesakit duduk dengan sokongan belakang dan kaki pada lantai yang rata.
Hisham mempunyai jisim badan 44kg dan tinggi 1.51m.Apakah indeks jisim badan (BMI) Hisham?
1.51
19.3
29.1
44
Antara yang berikut ,yang manakah merupakan amalan yang betul untuk menambah berat badan?
Ambil sarapan yang berpelawas tinggi
Mengamalkan gizi yang sihat berdasarkan Piramid Makanan Malaysia
Kurangkan minuman bergula dan makanan terproses
Melakukan senaman yang intensif
Mengapakah termometer klinik perlu digoncang sebelum digunakan?
Untuk menghilangkan haba
Untuk menghilangkan kotoran
Untuk membersihkan termometer
Untuk mengembalikan merkuri kepada kedudukan asalnya
Mengapakah suhu badan manusia meningkat melebihi 37 C semasa demam?
Suhu optimum bagi badan manusia
Mencegah pertumbuhan patogen
Meningkatkan kadar peredaran darah
Mengurangkan risiko kecederaan
Pada bahagian badan manakah denyutan nadi biasanya diukur?
Pergelangan tangan
Tapak tangan
Kepala
Pipi
Antara yang berikut ,yang manakah tekanan darah normal?
140/100 mmHg
130/90 mmHg
120/80 mmHg
90/50 mmHg
Apakah kadar denyutan nadi normal bagi orang dewasa,dalam seminit?
50-60
60-80
90-100
110-120
Jika BMI anda ialah 18.0 kgm-2,apakah status BMI anda?
Kurang berat
Normal
Berat berlebihan
Obes
Antara yang berikut, manakah padanan yang betul terhadap sektor dan fungsinya dalam Teknologi Hijau?
Sektor ICT: Fokus kepada penambahbaikan prasarana
Sektor Perindustrian dan pembuatan: Fokus kepada program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga
Sektor Bangunan: Fokus kepada pengawalan kadar gas karbon dioksida di udara
Sektor Pengangkutan: Fokus untuk meminimumkan pembangunan sisa dan air sisa
Antara yang berikut, manakah aktiviti yang menimbulkan isu sosiosaintifik terhadap alam sekitar?
Memotong rumput
Memburu binatang
Penebangan hutan
Menjala ikan di laut
Antara yang berikut, manakah kesan daripada pembebasan gas rumah hijau?
I. Peningkatan suhu
II. Banjir kilat
III. Kemarau
IV. Tanah runtuh
I dan II sahaja
II dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
