Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPI SEJARAH TAHUN 4 : UNIT 4 SEJARAH TEMPAT TINGGAL

Total questions: 59

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia?

a)

Kerana manusia boleh berbangga dengan kecantikan rumah masing-masing.

b)

Kerana manusia dapat hidup dalam keadaan selamat di dalam rumah.

c)

Kerana rumah mempunyai bekalan elektrik.

d)

Kerana senang menyimpan barang-barang di dalam rumah.

2.

1) Nombor Rumah

2) Nama Jalan

3) _____________

4) Nama Bandar

5) Nama Negeri

Maklumat nombor tiga ialah _____________.

a)

nombor telefon

b)

nombor baris

c)

keluasan

d)

poskod

3.

Aplikasi berikut memerlukan alamat lengkap untuk memastikan urusan yang lancar KECUALI

a)
b)
c)
d)
4.

Terdapat pelbagai jenis bentuk muka bumi seperti kawasan tanah tinggi, tanah __________, pesisir laut dan pinggir sungai.

a)

rata

b)

pamah

c)

rendah

d)

penyu bertelur

5.

Bentuk muka bumi tersebut ialah ___________.

a)

tanah tinggi

b)

hutan belantara

c)

pinggir sungai

d)

tanah pamah

6.

Bentuk muka bumi tersebut sesuai untuk aktiviti penanaman padi iaitu ___________.

a)

tanah berpaya

b)

tanah berair

c)

tanah pamah

d)

tanah rendah

7.

Tanaman komersial seperti kelapa sawit dijalankan di kawasan bentuk muka bumi yang sesuai iaitu ______________.

a)

tanah tinggi

b)

pesisir laut

c)

tanah pamah

d)

berbukit-bukau

8.

Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai sejarah dan ___________penting yang pernah berlaku untuk diingati dan dipelajari.

a)

bangunan

b)

aktiviti

c)

lokasi

d)

peristiwa

9.

Nama Tanjung Puteri merupakan nama asal __________ selepas ditukar oleh Sultan Abu Bakar.

a)

Kota Bharu

b)

Wakaf Bharu

c)

Johor Bahru

d)

Kampung Baru

10.

Kuala Lumpur dahulunya terkenal sebagai tempat ___________ bijih timah.

a)

penjualan

b)

perlombongan

c)

penghasilan

d)

penghantaran

11.

________________ terkenal sebagai lokasi pelancongan dan lagenda Mahsuri.

a)

Pulau Sipadan

b)

Pulau Pangkor

c)

Pulau Langkawi

d)

Pulau Redang

12.

Tokoh setempat ialah individu yang banyak menyumbang _________ dan bakti kepada komuniti.

a)

wang

b)

harta

c)

suara

d)

jasa

13.

Gambar menunjukkan antara tokoh-tokoh setempat yang banyak menyumbang jasa kepada orang ramai. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada sifat mereka?

a)

Kita mestilah membazir harta benda kita.

b)

Kita hendaklah berbuat baik tanpa mengira latar belakang seseorang.

c)

Kita mesti berusaha mengenali ramai orang

d)

Janganlah kita memandang rendah orang lain.

14.

Apakah tanda penghargaan kita terhadap tokoh setempat?

a)

Memberi sokongan moral terhadap usaha mereka.

b)

Menghalang aktiviti mereka.

c)

Menyebarkan maklumat palsu.

d)

Menghasut orang lain untuk membenci mereka.

15.

Sebagai jiran yang baik hati, apakah tindakan anda sekiranya jiran anda ditimpa masalah?

a)

Mendiamkan diri.

b)

Menyebarkan kisah mereka kepada orang lain.

c)

Mengejek kekurangan mereka.

d)

Membantu mereka sedaya upaya.

16.

Tempat tinggal merupakan ________________ asas manusia.

a)

kehendak

b)

keperluan

17.

Maklumat yang terdapat pada alamat ialah ____________________________________________.

a)

nombor rumah, nama jalan, poskod, nama bandar dan nama negeri

b)

nombor telefon, nama jalan, poskod, nama bandar dan nama negeri

18.

Bentuk muka bumi setiap kawasan mempengaruhi _________________.

a)

kegiatan masyarakat

b)

sikap masyarakat

19.

Kolam Air Panas Poring terletak di daerah ________________ , Sabah.

a)

Ranau

b)

Keningau

c)

Kota Kinabalu

d)

Tawau

20.

__________________________ menceritakan asal usul nama tempat dan peristiwa penting yang pernah berlaku.

a)

Kawasan tempat tinggal

b)

Sejarah tempat tinggal

21.

Kita perlu menghargai kawasan tempat tinggal supaya ________________.

a)

perasaan iri hati wujud

b)

perasaan bangga wujud

22.

Individu yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti dikenali sebagai ____________________.

a)

tokoh setempat

b)

pemimpin setempat

23.

Berikan dua cara untuk mengekalkan keindahan alam sekitar di kawasan tempat tinggal anda.

a)

Menjaga kebersihan

b)

Membiarkan air bertakung

c)

Merosakkan kemudahan awam

d)

Mengamalkan sikap bergotong-royong

24.

Apakah kemudahan yang terdapat di kawasan Rumah Panjang Sungai Mamut? (ms 46)

a)

sekolah dan hospital

b)

sekolah dan klinik kesihatan

c)

tadika dan klinik kesihatan

d)

hospital dan taman rekreasi

25.

Apakah kemudahan yang terdapat di kawasan tempat tinggal Lukman Hakim? (ms 46)

a)

sekolah, hospital dan taman rekreasi

b)

sekolah, farmasi dan kolam renang

c)

sekolah, klinik kesihatan dan taman rekreasi

d)

sekolah dan taman permainan

26.

Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai bentuk muka bumi yang berbeza-beza seperti....... (ms 48)

a)

tanah rata, tanah berbukit, pesisir laut dan sungai.

b)

tanah tinggi, tanah pamah, tepian pantai dan tepian sungai.

c)

tanah tinggi, tanah rata, tanah lumpur dan tanah bukit.

d)

tanah tinggi, tanah pamah, pesisir laut dan pinggir sungai.

27.

Apakah keistimewaan tempat tinggal Peter Jackson? (ms 49)

a)

Kolam Air Panas Poring dan ladang penternakan lembu yang terletak di Mesilau, Kundasang.

b)

Kolam Air Panas Poring dan ladang penternakan kambing di Kundasang

c)

Kolam air terjun dan ladang penternakan lembu yang terletak di Mesilau, Kundasang.

d)

Kolam Air Panas di Kundasang dan ladang penternakan di Poring.

28.

Pilih pernyataan yang betul bagi sejarah Miri. (ms 50)

a)

Miri pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan keluarga Brooke.

b)

Miri berkembang maju kerana industri petroleum sejak tahun 1990.

c)

Miri diiktiraf sebagai bandar raya pada tahun 2005.

d)

Nama asal Miri ialah "Ranahon".

29.

Pilih pernyataan yang betul bagi sejarah Johor Bahru. (ms 51)

a)

Nama asal Johor Bahru ialah Tanjung Puteri.

b)

Tanjung Puteri diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim.

c)

Sultan Abu Bakar menukar nama Tanjung Puteri kepada Johor Bahru pada tahun 1896.

d)

Nama Tanjung Puteri ditukar kepada Johor Bahru oleh Sultan Abu Bakar.

30.

Apakah maksud tokoh setempat ? (ms 52)

a)

Individu yang tidak memberi sumbangan kepada komuniti.

b)

Individu yang kurang menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti.

c)

Individu yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti.

31.

Siapakah tokoh setempat yang tersenarai di dalam buku teks? (ms 52-53)

a)

Junaydie bin Sihan

b)

Muhammad Azali Kalki bin Abdullah

c)

Siti Jaharah binti Matassan

d)

Abd Halim bin Aris

32.

Apakah maksud malim gunung? (ms 52)

a)

Orang yang bertugas sebagai penunjuk arah angin semasa pendakian gunung.

b)

Orang yang bertugas sebagai tukang masak semasa pendakian gunung.

c)

Orang yang bertugas sebagai penunjuk jalan semasa pendakian gunung.

d)

Orang yang bertugas sebagai pemegang beg semasa pendakian gunung.

33.

Maklumat yang ada pada alamat ialah

a)

nombor rumah.

b)

nama jalan.

c)

poskod.

d)

Tiada

e)

nama negeri.

34.

Apakah kawasan tempat tinggal Florence Jessy?

a)

Tinggal di kawasan pedalaman bahagian Miri, Sarawak

b)

Bentuk muka bumi kawasan tempat tinggalnya tidak berbukit-bukau

c)

Membolehkan tanaman komersial seperti kelapa sawit diusahakan

d)

Batu berbentuk kuda laut di Pantai Tusan dan keunikan gua batu kapur di Taman Negara Mulu

e)

Di situ Florence sertakan gambar tempat-tempat menarik di kawasannya

35.

Apakah pula kawasan tempat tinggal Lukman Hakim?

a)

Tinggal di Johor Bahru, Johor

b)

Bentuk muka bumi di Johor Bahru ialah pinggir laut dan tanah pamah

c)

Keistimewaan yang terdapat di Johor Bahru ialah Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura serta pelabuhan antarabangsa Tanjung Pelepas

d)

Tiada

e)

Di kawasan tempat tinggal Lukman juga dibangunkan kawasan perindustrian dan perkilangan

36.

Dan apakah kawasan tempat tinggal Peter Jackson?

a)

Tinggal di Ranau, Sabah

b)

Bentuk muka bumi di Ranau ialah tanah tinggi dan sungai

c)

Tiada

d)

Kawasan tanah tinggi dijadikan kawasan tarikan pelancongan dan pertanian

37.

Apakah sejarah tempat tinggal Florence Jessy, Lukman Hakim dan Peter Jackson?

a)

Miri pernah dikuasai oleh kesultanan Brunei dan keluarga Amir.

b)

Tanjung Puteri adalah nama asal Johor Bahru.

c)

Ranau pula berasal daripada perkataan "Ranahon" yang bermaksud kawasan sawah padi.

d)

Miri berkembang maju kerana industri petroleum sejak tahun 1910.

e)

Tanjung Puteri diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1855.

38.

Tokoh setempat ialah individu yang banyak berjasa untuk kemajuan setempat

a)

Betul

b)

Salah

39.

Kita perlu menghargai tempat tinggal agar kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar.

a)

Betul

b)

Salah

40.

Kita harus bekerjasama menjaga tempat tinggal kita.

a)

Betul

b)

Salah

41.

Kita perlu mengenali tokoh setempat kerana jasa dan pengorbanan yang dilakukan beliau untuk meningkatkan kemajuan tempat tinggal kita.

a)

Betul

b)

Salah

42.

Tujuan alamat rumah yang tertera pada kad undangan perkahwinan seperti gambar di sebelah adalah untuk ________________

a)

memudahkan para tetamu jemputan untuk mencari rumah pengantin

b)

hiasan semata-mata

c)

mencantikkan kad perkahwinan

d)

memastikan rumah pengantin selamat dari bencana

43.

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Ia menjadi ikon pelancongan ____________ yang terkenal dalam kalangan para pendaki gunung tempatan dan antarabangsa.

a)

tanah pamah

b)

tanah tinggi

c)

pulau

d)

pesisir laut

44.

Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan..........

a)

saiz rumah seseorang

b)

taraf hidup seseorang

c)

lokasi tempat tinggal seseorang

d)

bilangan ahli keluarga seseorang

45.

Sesuatu alamat yang lengkap memiliki ciri-ciri berikut KECUALI.....

a)

Nombor Rumah

b)

Nombor Telefon

c)

Nama Jalan

d)

Poskod

46.

Antara alamat berikut, manakah yang menunjukkan alamat yang betul dan lengkap?

a)

Jalan Bunga Raya, No.12, Perak Darul Ridzuan, Batu Gajah, 31000.

b)

31000 Batu Gajah, Taman Batu Gajah Perdana

c)

Perak Darul Ridzuan, Batu Gajah, No.23 Jalan Melur

d)

No.5, Jalan Bunga Raya, Taman Bunga Raya, 31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan

47.

Apakah kepentingan alamat tempat tinggal?

a)

Memudahkan urusan pos

b)

Menunjukkan kemewahan diri

c)

Menghebah-hebahkan alamat tempat tinggal kepada sesiapa sahaja

d)

Menunjukkan darjat diri

48.

Malaysia dikurniakan dengan pelbagai bentuk muka bumi yang indah dan menarik. Bentuk muka bumi berikut terdapat di Malaysia KECUALI...

a)

tanah tinggi

b)

tanah pamah

c)

padang pasir

d)

pesisir laut

49.

Bagi memastikan kawasan tempat tinggal kita sentiasa aman dan sejahtera, kita hendaklah......

a)

membiarkan sampah dan semak samun tidak diuruskan dengan baik

b)

tidak bertegur sapa dengan jiran tetangga

c)

menjaga kebersihan, keselamatan dan mewujudkan hubungan yang baik sesama komuniti

d)

tidak melaporkan kepada pihak berkuasa apabila berlakunya kes jenayah

50.

Apakah fungsi Tanjung Pelepas?

a)

Tapak Warisan Dunia

b)

Pelabuhan antarabangsa

51.

Apakah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara?

a)

Gunung Jerai

b)

Gunung Kinabalu

52.

Tambak Johor yang terletak di Johor Bahru menghubungkan Johor dengan

a)

Thailand

b)

Singapura

53.

Antara yang berikut, yang manakah terkenal di Ranau?

a)

Taman Negara Mulu

b)

Kolam Air Panas Poring

c)

Tanjung Pelepas

54.

Di manakah kubu pertahanan Mat Salleh menentang British dibina?

a)

Tanjung Puteri

b)

Ranau

55.

___________________ termasuk dalam salah satu keperluan asas manusia.

a)

Tempat tinggal

b)

Telefon bimbit

c)

Kereta

56.

Setiap kawasan tempat tinggal pasti mempunyai _________________.

a)

balai polis

b)

alamat

c)

hospital

57.

Maklumat yang ada pada alamat antaranya ialah

a)

nombor rumah

b)

nama jalan

c)

warna rumah

d)

poskod

58.

Mengapakah kita perlu menghargai kawasan tempat tinggal?

a)

mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri

b)

mempunyai nama yang terkenal

c)

mempunyai ramai pelancong luar

59.

Tempat tinggal juga boleh dijadikan tarikan pelancong, sumber ekonomi dan ___________________________.

a)

peluang pendidikan

b)

peluang pekerjaan

c)

peluang mendapatkan makanan yang enak