wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ayah mengeluh kehampaan sambil menyarung kain pelekatnya yang telah ..........

a)

lusuh

b)

pudar

c)

kusam

d)

luntur

2.

Buku-buku lama yang disimpan di dalam almari itu .......... oleh tikus.

a)

digigit

b)

digerit

c)

ditelan

d)

dimakan

3.

Pemandangan sawah padi yang luas .......... di kampung nenek indah nian.

a)

terbuka

b)

terpapar

c)

terlentang

d)

terbentang

4.

Datuk sering menceritakan pengalaman .........nya semasa zaman penjajahan Jepun kepada saya.

a)

duka lara

b)

jerih perih

c)

pahit getir

d)

susah senang

5.

Peniaga atas talian itu baru sahaja ......... barang-barang yang dipesan oleh pelanggannya.

a)

mengeposkan

b)

mengposkan

6.

Ibu bapa amat bimbang akan jangkitan .......... kepada anak-anak kecil mereka.

a)

selsema

b)

selesema

7.

Puan Mastura perlu menyiapkan .......... berkaitan dengan pembalakan haram selewat-lewatnya minggu depan.

a)

kertas graf

b)

kertas taip

c)

kertas kerja

d)

kertas saring

8.

Murid-murid tidak seharusnya bersikap ________ ketika menjawab soalan peperiksaan agar mereka tidak melakukan kesilapan.

a)

kasar

b)

gentar

c)

gopoh

d)

pantas

9.

Puan Masyitah _______ tepung untuk membuat kek bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak bongsunya.

a)

mengayak

b)

menyaring

c)

menggoyang

d)

menggoncang

10.

Proses _________ undi bagi pilahan raya kecil di kawasan itu berjalan dengan lancarnya.

a)

penyebaran

b)

pemarkahan

c)

pemerhatian

d)

pembuangan

11.

Anak Puan Norlita telah meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu tetapi beliau masih tidak dapat menerima ______ itu.

a)

penyataan

b)

pernyataan

c)

kenyataan

d)

menyatakan

12.

Gambar di atas menunjukkan isi kelapa yang sedang _______.

a)

dikaut

b)

diparut

c)

dikorek

d)

dicungkil

13.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.

Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

a)

dan

b)

atau

c)

walaupun

d)

kerana

14.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Izzah seorang yang sangat pendiam.

Apiqah pula seorang yang sangat peramah

a)

dan

b)

kerana

c)

manakala

d)

sungguhpun

15.

Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik-beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat di atas.

a)

Laksana pahat dengan penukul

b)

Baik berjagung-jagung sementara menunggu padi belum masak

c)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

d)

Bagai dakwat dengan kertas

16.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Murid-murid yang tidak suka membaca pelbagai bahan bacaan perlu mengubah sikap mereka agar mereka tidak cetek ilmu pengetahuan.

a)

seperti kacang lupakan kulit

b)

iku hati mati, ikut rasa binasa

c)

seperti katak di bawah tempurung

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

17.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

berlindung

c)

berhenti

d)

berehat

18.

________ roti sudah memadai untuk sarapan kami bertiga.

a)

Sebungkus

b)

Sebuku

c)

Sebutir

d)

Sebuah

19.

Farhana mewarisi kemahiran ___________ biola daripada ibunya yang merupakan guru muzik.

a)

menggosok

b)

menggesek

c)

memetik

d)

memintal

20.

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

a)

prasyarat

b)

prasarana

c)

prasejarah

d)

prasekolah