Font size
WorksheetsKekal Form 2 BM - pantun budi
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berikut merupakan rangkap 1 bagi Pantun Budi.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Berikut merupakan rangkap 2 bagi Pantun Budi.
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Berikut merupakan rangkap 3 bagi Pantun Budi.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Berikut merupakan rangkap 5 bagi Pantun Budi.
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai menari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Berikut merupakan rangkap 4 bagi Pantun Budi.
Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.
Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Berikut merupakan rangkap 6 bagi Pantun Budi.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
lndah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.
Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Berikut merupakan rangkap 6 bagi Pantun Budi.
Padang Temu Padang baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.
Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Tema bagi Pantun Budi yang paling tepat ialah?
Masyarakat Melayu amat mementingkan adat resam dan tutur kata.
Orang yang berbudi Bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan bangsa.
Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.
Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang tidak bijak.
Yang manakah merupakan persoalan bagi Pantun Budi?
Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
Ketinggian darjat seuatu bangsa dinilai daripada bahasa yang dituturkannya.
Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.
Kebijaksanaan seseorang dipandang rendah oleh masyarakat.
Jumlah baris dalam serangkap pantun?
3
4
5
6
Jumlah suku kata tiap baris pantun
10 - 12
6 - 10
8 - 10
4 - 7
Baris satu dan dua dalam pantun ialah...
Makna
Isi
Pembukaan
Pembayang
Baris tiga dan empat dalam pantun ialah...
Sampiran
Sajak
Maksud
Pembukaan
Bagai cincin dengan permata.
Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?
Anafora
Personifikasi
Peribahasa
Repetisi
Padang Temu Padang baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.
Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan oleh "Bijak bertemu dengan jauhari"?
Anafora
Personifikasi
Peribahasa
Repetisi
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?
Anafora
Personifikasi
Peribahasa
Repetisi
Berikut merupakan beberapa contoh unsur alam yang digunakan.
air; laut; tanjung; bunga melati;batu.
Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?
Penggunaan unsur alam
Personifikasi
Peribahasa
Repetisi
Pengajaran bagi Pantun Budi
Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia.
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.
Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.
Kita mestilah berhati-hati dalam bertutur, jika tersilap buruk padahnya.
Apakah unsur gaya bahasa ini?
Bunga melati bunga di darat
epifora
anafora
metafora
repetisi
Antara berkut yang manakah ialah nilai-nilai yang terdapat dalam Pantun Budi?
Nilai kebijaksanaan
Nilai kasih sayang
Nilai mengenang jasa
Nilai berbudi bahasa
