NEW
Font size
Worksheetse-CAT BSKM 6 (Bab 12: GEREJA MEMBANTU KITA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Gereja membantu saya membuat pilihan yang betul apabila saya tetap mempertahankan iman sebagai seorang Katolik.
Betul
Salah
2. Gereja membantu saya membuat pilihan yang tepat apabila saya meninggalkan gereja kerana kecewa dalam percintaan.
Betul
Salah
3. Gereja menyediakan pelbagai perintah untuk menyusahkan umat Kristian.
Betul
Salah
4. Terdapat sepuluh perintah Tuhan dalam Kitab Perjanjian Lama.
Betul
Salah
5. Selain daripada sepuluh Perintah Tuhan terdapat juga tiga perintah lain yang menjadi panduan kepada umat Kristian.
Betul
Salah
6. Seseorang yang belum dibaptis dalam gereja Katolik tidak diperbolehkan untuk menerima Sakramen Komuni Suci.
Betul
Salah
7. Tiada keperluan bagi pihak kerajaan unutk menyediakan panduan SOP bagi tujuan mencegahkan penularan Covid-19.
Betul
Salah
8. Kita boleh membantu Gereja dengan memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga,wang dan...............
a) masa
b) diri
c) kesempatan
9. Seorang Katolik digalakkan agar berpuasa dan berpantang pada...............dan.................
a) Rabu Abu , Jumaat Agung
b) Khamis Putih , Sabtu Suci
c) Rabu Abu , Sabtu Suci
10. Seorang Katolik yang berumur..................tahun ke atas adalah wajib untuk berpuasa pada Hari Rabu Abu dan Hari Jumaat Agung kecuali mereka yang sedang sakit.
a) 12
b) 13
c) 14
11. Cara lain seseorang boleh membantu Gereja ialah dengan.......................... atau meluangkan masa dengan menggunakan kebolehannya untuk melayani pelbagai kelompok atau pelayanan di paroki.
a) berpuasa
b) berdoa
c) berdiam diri
12. Peraturan-peraturan Gereja boleh membantu kita hidup sebagai anak-anak...............
a) dunia
b) Allah
c) manusia
13. Dengan patuh kepada ibu bapa maka saya telah memenuhi Perintah Tuhan yang .......
a) Kedua
b) Ketiga
c) Keempat
14. Perintah-perintah Allah dapat membantu kita untuk melakukan perkara yang baik dan ...........................Allah.
a) menjauhi
b) mendekati
c) menyalahi
15. Sebagai umat Katolik saya harus mengambil bahagian dalam merayakan Sakramen Rekonsiliasi sekurang-kurangnya ...........
a) sekali setahun
b) sekali sebulan
c) sekali seminggu
16. Peristiwa Maria diangkat ke Surga adalah merupakan peristiwa mulia yang ke.............
a) Kedua
b) Ketiga
c) Keempat
17. Tabut Perjanjian Baru menurut ajaran gereja Katolik ialah merujuk kepada
a) Yesus Kristus
b) Para Orang Kudus
c) Bonda Maria
18. Pentekosta juga disebut sebagai....................adalah Hari Raya Kristiani yang memperingati peristiwa pencurahan Roh Kudus ke atas para rasul.
a) Minggu Ungu
b) Minggu Putih
c) Minggu Merah
19. Semasa Perayaan Ekaristi pada minggu panggilan petikan Injil dipetik daripada Injil
a) Matius
b) Markus
c) Yohanes
20. Minggu panggilan dalam kalender liturgi Gereja Katolik biasanya diadakan pada masa................
a) Adven
b) Prapaskah
c) Paskah
