wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendawaian Elektrik (Wireman G1)

Total questions: 22

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah BUKAN amalan keselamatan semasa membuat kerja pemasangan elektrik.

a)

Notis bahaya tidak perlu jika litar dimatikan dengan cara yang betul.

b)

Menyemai sikap yang baik dan beretika semasa bekerja

c)

Penebatan kabel dalam keadaan baik dan tahan lama.

d)

Punca bekalan disambung dengan kemas dan rapi.

2.

Berikut adalah BUKAN kaedah perlindungan daripada sentuhan secara langsung (direct contact).

a)

Mengadakan penghadang

b)

Kabel berpenebat sepenuhnya

c)

Pemasangan pemutus litar arus baki.

d)

Pemasangan pemutus lebihan arus beban

3.

Terdapat 2 unit motor elektrik 3 fasa yang dikenali sebagai M1 dan M2, disambung kepada bekalan 415V. Jika M1 berkadar 10 kuasa kuda, cari nilai kuasa M2 jika arus berkadaran 17.3A di dalam litar tersebut. (faktor kuasa = 0.9).

a)

5hp

b)

8hp

c)

10hp

d)

12hp

4.

Di dalam faktor kuasa, VAR adalah unit untuk

a)

Kuasa regangan

b)

Kuasa sebenar

c)

Kuasa ketara

d)

Kuasa aktif

5.

Antara berikut yang manakah BUKAN peralatan elektrik tiga fasa yang menggunakan penghidup talian terus (DOL starter).

a)

Penyaman udara (air conditioner)

b)

Ketuhar domestic (domestic oven)

c)

Motor pengepam air (water pump.

d)

Pemampat angin (air compressor)

6.

Apakah sebab pelindung lebihan arus litar lambat bertindak memutuskan litar apabila berlakunya lebihan arus?

a)

Rintangan bumi rendah

b)

Tiada galangan gelung bumi

c)

Nilai galangan gelung bumi tinggi

d)

NIlai galangan gelung bumi rendah

7.

Apakah jenis alat ini?

a)

Papan agihan (distribution board)

b)

Penghubung neutral (neutral link)

c)

Fius perkhidmatan (cut out fuse)

d)

Pemutus litar arus baki (RCCB)

8.

Antara berikut yang manakah BUKAN alat bantu yang boleh mendapatkan bacaan arus di dalam litar.

a)

Jangka arus berskala (scaled ammeter)

b)

Alatubah arus (current transformer)

c)

Jangka pengapit (clamp meter)

d)

Jangka voltan (voltage meter)

9.

Apakah kebaikan rintangan di dalam litar?

a)

Pengaliran electron bergesel dengan pengalir

b)

Mengawal pengaliran arus di dalam litar

c)

Memberi kesan haba pada pengalir

d)

Kesusutan voltan dan arus.

10.

Apakah fungsi penyentuh magnetic (magnetic contactor) pada penghidup motor arus ulang alik?

a)

Mengawal motor daripada terhidup secara automatic selepas gangguan bekalan.

b)

Mengawal kelajuan dan menunjukkan bacaan kelajuan motor.

c)

Mengawal daripada berlakunya lebihan arus.

d)

Mengawal daripada berlakunya litar pintas.

11.

Antara berikut yang manakah BUKAN aksesori yang membawa arus.

a)

Ros siling (ceiling rose)

b)

Suis 1 kutub ( 1 pole switch)

c)

Kotak pvk 3 hala (3 way pvc box)

d)

Penyesuai soket alir keluar berbilang (multi socket outlet adapter)

12.

Kenyataan yang manakah BUKAN berkenaan dengan motor elektrik

a)

Satu mesin yang menjanakan tenaga elektrik

b)

Satu mesin yang menghasilkan tenaga mekanikal.

c)

Satu mesin yang berasaskan aruhan electromagnet

d)

Satu mesin yang menyumbang kepada kejatuhan faktor kuasa.

13.

Fungsi geganti beban lampau (overload relay) pada sesebuah motor arus ulang alik adalah untuk

a)

Mengawal motor daripada terhidup secara automatik selepas gangguan bekalan.

b)

Memutuskan litar apabila berlaku arus beban lampau.

c)

Mengawal daripada berlakunya litar pintas.

d)

Menghadkan arus pada motor.

14.

Motor aruhan sangkar tupai berkuasa tinggi selalunya dihidupkan dengan kadar voltan yang kurang kerana

a)

Untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi

b)

Untuk mendapat kecekapan yang tinggi

c)

Untuk mendapat arus permulaan yang tinggi

d)

Untuk mengelakkan dari arus permulaan yang tinggi

15.

Turbin disambungkan secara mekanikal ke penjana untuk menghasilkan tenaga elektrik dan diputarkan hasil daripada

a)

Pengaliran stim daripada dandang

b)

Pengaliran arus air daripada empangan

c)

Kesan sel matahari dengan tindak balas kimia

d)

Peniupan angin semula jadi secara berterusan

16.

Pilih kenyatan yang TEPAT berkenaan dengan motor segerak (synchronous motor).

a)

Bahagian stator – bekalan arus ulang alik (AC)

b)

Berfungsi dari lagging power factor ke unity

c)

Bahagian rotor – bekalan arus terus (DC)

d)

Kelajuan adalah tetap

17.

Beban diasingkan daripada litar apabila melakukan ujian penebatan kerana

a)

Ia akan memberikan bacaan rintangan beban

b)

Tidak dapat membezakan di antara litar yang baik atau rosak

c)

Berkemungkinan kerosakan beban disebabkan menerima voltan yang tinggi

d)

Jika beban itu berintangan rendah, bacaan menunjukkan seolah-olah adanya litar pintas

18.

Antara berikut yang manakah alat pensuisan yang sesuai untuk digunakan pada litar utama bagi bekalan 3 fasa.

a)

Pengasing tiga kutub

b)

Pengasing dua kutub

c)

Suis fius dua kutub

d)

MCCB tiga kutub

19.

Rajah ini adalah sebahagian aksesori yang digunakan di dalam sistem pendawaian. Pilih kenyataan yang BETUL

a)

Sebagai kotak simpang

b)

Dipasang di permukaan siling

c)

Dibenamkan ke dalam dinding

d)

Tempat alat pensuisan dipasang

20.

Ib ≤ In ≤ Iz

Berdasarkan kepada rumusan, lz merujuk kepada

a)

Kadaran arus beban.

b)

Kadaran arus pemutus litar.

c)

keupayaan pengalir pembawa arus.

d)

Kadar galangan di dalam litar.

21.

Untuk motor 3 - 10 kuasa kuda

voltan permulaan 58% dari voltan penuh


Merujuk kenyataan di atas, apakah jenis pemula (starter) yang dimaksudkan?

a)

Pemula talian terus (DOL)

b)

Pemula bintang – delta (star-delta)

c)

Pemula auto alatubah (auto-trans)

d)

Pemula perintang rotor (rotor resistance)

22.

Rajah ini menunjukkan terminal pada motor 3 fasa. Turutan label untuk terminal a, b, dan c ialah

a)

U2, V2, W2

b)

W2, U2, V2

c)

V2, U2, W2

d)

V2, W2, U2