wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ayat aktif dan ayat pasif

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Puan Lim sedang menjahit baju Wendy.

a)

Puan Lim dan Wendy sedang menjahit baju.

b)

Baju Puan Lim dijahit oleh Wendy.

c)

Baju Wendy sedang dijahit oleh Puan Lim.

d)

Baju Puan Lim sedang dijahit oleh Wendy.

2.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


Durian dan manggis itu dibeli oleh ayah Mei Mei.

a)

Mei Mei membeli durian dan manggis itu untuk ayahnya.

b)

Mei Mei membeli durian dan manggis itu bersama-sama dengan ayahnya.

c)

Ayah Mei Mei membeli durian dan manggis itu.

d)

Durian dan manggis itu dibeli oleh ayah untuk Mei Mei.

3.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Kakak melarang adik menconteng dinding itu.

a)

Adik dilarang menconteng dinding oleh kakak itu.

b)

Kakak dilarang oleh adik menconteng dinding itu.

c)

Adik dilarang menconteng dinding itu oleh kakak.

d)

Adik melarang kakak menconteng dinding itu.

4.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Saya melukis gambar itu semalam.

a)

Gambar itu saya lukis semalam.

b)

Gambar itu akan saya lukis semalam.

c)

Gambar itu melukis saya semalam.

d)

Lukisan pada gambar saya itu dilukis semalam.

5.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Cikgu Sim menyuruh Siew Ching menyusun buku-buku di atas rak buku.

a)

Siew Ching meminta izin daripada Cikgu Sim untuk menyusun buku-buku di atas rak buku.

b)

Siew Ching disuruh oleh Cikgu Sim mengemas buku-buku di atas rak buku.

c)

Buku-buku di atas rak buku telah disusun oleh Siew Ching dan Cikgu Sim.

d)

Buku-buku di atas rak buku Cikgu Sim telah disusun oleh Siew Ching

6.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Julia membawa pulang buah manggis yang dibeli oleh Pak Ali di pasar tani.

a)

Buah manggis yang dibeli oleh Julia di pasar tani dibawa pulang oleh Pak Ali.

b)

Buah manggis Pak Ali yang dibeli di pasar tani dibawa pulang oleh Julia.

c)

Buah manggis yang dibeli oleh Pak Ali di pasar tani dibawa pulang oleh Julia.

d)

Pak Ali meminta Julia membawa pulang buah manggis yang dibelinya di pasar tani.

7.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


Motosikal Ali telah dibaiki oleh mekanik itu.

a)

Mekanik itu akan membaiki motosikal Ali.

b)

Mekanik itu telah membaiki motosikal Ali.

c)

Motosikal mekanik itu telah dibaiki oleh Ali.

d)

Motosikal itu telah dibaiki oleh Ali dan mekaniknya.

8.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


Dua ekor ikan yang besar itu diperoleh oleh Muzammil sewaktu dia memancing di sungai.

a)

Muzammil yang besar itu memperoleh dua ekor ikan sewaktu memancing di sungai itu.

b)

Muzammil memperoleh dua ekor ikan yang besar itu sewaktu memancing di sungai.

c)

Dua ekor ikan diperoleh oleh Muzammil selama memancing di sungai yang besar itu.

d)

Dua ekor ikan diperoleh oleh Muzammil yang berbadan besar itu sewaktu memancing di sungai.

9.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Ghani memakai songkok yang berwarna hitam itu.

a)

Berwarna hitam songkok kepunyaan Ghani.

b)

Songkok yang berwarna hitam itu dipakai oleh Ghani.

c)

Songkok yang berwarna hitam akan dipakai oleh Ghani.

d)

Songkok itu dipakai oleh Ghani kerana berwarna hitam.

10.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Sara menconteng buku sekolah Sufina.

a)

Buku sekolah telah diconteng oleh Sara.

b)

Buku sekolah Sufina diconteng oleh Sara.

c)

Buku sekolah Sara diconteng oleh Sufina.

d)

Buku sekolah Sufina diconteng oleh kakaknya.