wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4. Pemantapan Kesepaduan Nasional

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Kesepaduan Nasional didukung dan mesti dimantapkan melalui 3 proses rangkaian KECUALI?

a)

Perpaduan yang diidamkan

b)

Penyatupaduan yang diusahakan

c)

Kesatuan yang dibincangkan

d)

Kesepaduan yang dicapai

2.

Manakah antara berikut merupakan pernyataan yang BENAR bagi tahap hubungan kaum bersifat akomodasi?

a)

Amir memakai baju melayu manakala Muthu memakai dhoti sewaktu pesta budaya di pejabat

b)

Lee Chong Wei memakan chicken chop di sebuah restoran

c)

Kanang anak Langkau berjuang menentang komunis

d)

Makanan di restoran Mamak disediakan dalam pelbagai jenis dan rasa

3.

Kesepaduan bermaksud keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi masih lagi terdapat perbezaan antara masyarakat. Apakah bentuk perbezaan wujud dalam konsep kesepaduan tersebut?

a)

Inflasi sosial

b)

Diskriminasi sosial

c)

Integrasi Sosial

d)

Defisit sosial

4.

Variasi kaum dan agama melahirkan diversity ritual dan amalan kepercayaan. Bagaimanakah cara terbaik bagi menangani isu ini?

a)

Menafikan hak dan kepercayaan kaum lain

b)

Titik perbezaan kaum dan kepercayaan diterima dan berlapang dada

c)

Melupakan sebentar identiti kepercayaan sendiri dan menyertai kaum lain

d)

Menghapuskan kaum lain agar tidak berlaku lagi sebarang konflik

5.

Pilih kenyataan yang TEPAT dalam konteks hubungan etnik daripada perspektif Kesepaduan Sosial


i. Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah yang telah membentuk struktur sosial, ekonomi dan politik

ii. Masyarakat Malaysia menjalin kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian

iii. Kesepaduan sosial rakyat Malaysia terbina melalui proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi

iv. Kesepaduan sosial rakyat Malaysia terbentuk melalui interaksi harian berdasarkan Takrifan Harian dan Takrifan Autoriti

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

6.

Apakah istilah yang digunakan sebelum menggunakan istilah “Perpaduan” di negara ini?

a)

Penyatuan

b)

Kesepaduan

c)

Kesatuan

d)

Penyatupaduan

7.

Manakah antara berikut merupakan tujuan utama dalam membangunkan Teras Utama Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas2018)?

a)

Usaha mengukur tahap penyatuan dalam kepelbagaian

b)

Usaha mengukur tahap perpaduan dalam kepelbagaian

c)

Usaha mengukur tahap penyatupaduan dalam kepelbagaian

d)

Usaha mengukur tahap kesatuan dalam kepelbagaian

8.

Pilih kenyataan yang TEPAT bagi detik perpaduan dan detik perbezaan

i. Mengadakan Majlis Perkahwinan

ii. Sokongan dalam sukan

iii. Menikmati cuti umum pelbagai perayaan

iv. Hadir menonton filem di pawagam

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

9.

Bagaimana kesepaduan sosial dalam aspek Bahasa dapat di capai?

a)

Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu kepada semua kaum

b)

Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa-bahasa lain boleh digunakan

c)

Mewajibkan penggunaan pelbagai Bahasa supaya pelbagai kaum boleh berintraksi antara satu sama lain

d)

Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris supaya pelbagai kaum dapat berintraksi melalui kedua-dua Bahasa ini dengan baik

10.

Pilih kenyataan yang TEPAT bagi kesepaduan sosial dalam aspek agama?

i. Mengehadkan kepada kepercayaan tertentu dalam beragama di negara ini

ii. Saling menghormati agama yang dianuti oleh pelbagai kaum di negara ini

iii. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi mengikut Perlembagaan dan agama lain boleh diamalkan

iv. Mewajibkan semua kaum menganuti agama tertentu supaya kesepaduan dapat dicapai bersama

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas