Font size
WorksheetsAyat Perintah
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
Apakah maksud ayat perintah ?
Ayat yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindakan.
Ayat yang mempunyai lebih daripada dua ayat tunggal.
Ayat bertujuan untuk menanyakan sesuatu.
Ayat yang bertujuan menyatakan sesuatu perkara.
Pilih 2 pernyataan yang betul tentang ayat perintah.
Ayat perintah mempunyai 4 jenis iaitu ayat silaan, suruhan, permintaan, dan larangan.
Ayat perintah bertujuan menimbulkan sesuatu tindakan.
Ayat perintah mempunyai kata tanya.
Ayat perintah bertujuan menanyakan sesuatu.
"Jangan buka pintu stor itu." Kata ayah kepada Amin kerana risau akan kehadiran ular.
Pilih jenis ayat perintah yang ditebalkan dengan betul.
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat permintaan
Ayat suruhan
"Carikan Ensiklopedia Sains Alam dalam rak itu." Kata Profesor Arif kepada Christina.
Pilih jenis ayat perintah yang ditebalkan dengan betul.
Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat permintaan
Ayat larangan bertujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Pilih 2 pernyataan yang betul tentang ayat perintah jenis ayat larangan.
Mempunyai kata "jangan" dan "usah" dalam ayat.
Boleh ditambahkan dengan partikel "lah" bertujuan menyampaikan ayat dengan lebih lembut.
Bertujuan meminta pertolongan.
Mempunyai kata tanya
"Sila tanggalkan kasut sebelum masuk." Kata seorang pustakawan kepada murid kelas St Veronica 5.
Pilih pernyataan yang betul tentang ayat yang ditebalkan di atas.
Ayat tersebut tergolong dalam ayat perintah jenis ayat silaan.
Ayat tersebut bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.
Ayat tersebut bertujuan melarang sesuatu perbuatan.
Ayat tersebut bertujuan meminta pertolongan.
"Tolong ambilkan kuih itu. Saya tidak sampai kerana almari terlalu tinggi." Kata Hawa sambil menoleh badannya ke arah Salina.
Pilih pernyataan yang benar tentang ayat yang ditebalkan.
Ayat perintah jenis larangan.
Ayat perintah jenis silaan.
Ayat perintah jenis permintaan.
Ayat perintah jenis suruhan.
Tulis perkataan yang perlu ada dalam ayat perintah jenis ayat silaan.
(a)
Pilih jenis-jenis ayat perintah dengan betul. (tips- 4 jenis)
Ayat suruhan
Ayat silaan
Ayat permintaan
Ayat larangan
Ayat tanya
Pilih pernyataan yang benar tentang ayat permintaan.
Mempunyai kata "minta" dan "tolong" dalam ayat.
Bertujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Bertujuan melarang sesuatu tindakan.
mempunyai kata "jangan" dan "usah".
Pilih pernyataan yang betul tentang ayat perintah jenis larangan.
Mempunyai kata "jangan" dan "usah" dalam ayat.
Bertujuan melarang atau menegah tindakan seseorang.
Bertujuan menanyakan sesuatu
Bertujuan meminta pertolongan atau bantuan.
Tulis perkataan yang perlu ada dalam ayat perintah jenis ayat larangan.
(a)
"Jangan buang sampah merata-rata tempat."
Apakah jenis ayat perintah di atas?
Ayat larangan
Ayat permintaan
Ayat silaan
Ayat suruhan
"Jemput masuk ke rumah saya." Kata Aqilah kepada kawan-kawannya.
Apakah jenis ayat perintah untuk ayat yang ditebalkan di atas?
Ayat silaan
Ayat larangan
Ayat suruhan
Ayat permintaan
"Carikan rempah ini di kedai runcit." Kata ibu kepada Aminah.
Pilih jenis ayat perintah untuk ayat yang ditebalkan.
Ayat suruhan
Ayat permintaan
Ayat larangan
Ayat silaan
"Kongsilah rezeki dengan orang lain."
Pilih pernyataan yang betul tentang ayat di atas.
Ayat perintah jenis suruhan.
Mempunyai partikel "lah" pada kata kerja dalam ayat.
bertujuan melarang sesuatu tindakan
mempunyai kata tanya dalam ayat
Mengapakah kita perlu saling tolong-menolong dan berkongsi idea?
Supaya memudahkan kerja yang dilakukan.
Hasil kerja lebih kreatif.
Mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain.
Supaya kita tidak perlu melakukan kerja kerana rakan sudah melakukan untuk kita.
Apakah kebaikan jika kita saling tolong-menolong antara satu sama lain?
Hubungan silaturrahim semakin erat.
Masalah akan lebih mudah diselesaikan.
Boleh bermalas-malasan.
Sukar menyiapkan tugasan.
Tulis perkataan yang perlu ada dalam ayat perintah jenis permintaan.
(a)
Bina satu ayat perintah (tidak mengira jenis ayat perintah).
