WorksheetsKuiz Tatabahasa - Penjodoh Bilangan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Abang hanya makan dua___________________ durian selepas makan tengah hari.
ulas
biji
buah
sudu
"Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmahkepada Jamilah.
cubit
senduk
mangkuk
genggam
Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
kelompok
batang
buah
biji
Chun Da membeli se__________ pisang di pasar malam.
biji
buah
gugus
tandan
Se_________ durian itu tidak boleh dimakan kerana berulat.
biji
baris
pangsa
buah
Tok Zaidi menabur se _____________ beras hancur kepada anak-anak ayam kampung yang dipeliharanya itu.
batang
genggam
helai
buah
Apakah penjodoh bilangan bagi gambar di atas?
sebilah
seekor
sebuah
sesikat
Apakah penjodoh bilangan bagi gambar di atas?
sebuah
seutas
seekor
setandan
"Tolong belikan saya ________ pisang dan empat _______ epal di gerai buah-buahan itu", pesan kakak kepada abang.
sebiji ... ketul
setandan... gugus
setandan... buah
sesikat... biji
Syafiq membeli dua _______ getah paip di kedai runcit.
gelung
gulung
biji
keping
Ayah Ravi membeli _______ roti kerana anaknya Siva tidak suka makan nasi kebelakangan ini
sebuku
sebuah
sebilah
sepohon
Kakak Swee Meng membelikan adiknya, Ah Kiat 50______ sate sempena sambutan kelahiran adiknya pada hari ini.
biji
batang
buah
cucuk
Muaz membeli lima ______ nasi lemak di Kafe Kak Siti.
buah
biji
bungkus
pinggan
Rajan makan se__________ bubur kacang hijau yang dibuat oleh ibunya.
botol
senduk
mangkuk
kawan
