WorksheetsUlangkaji Hari Kiamat
Total questions: 11
Worksheet time: 7mins
Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai berita bencana alam yang memusnahkan banyak kehidupan. Sebagai seorang Muslim, kejadian ini seharusnya mengingatkan kita bahawa _____.
alam ini akan berakhir dengan datangnya hari Kiamat
manusia belum menggunakan sepenuhnya teknologi canggih
para saintis masih belum menguasai ilmu alam sepenuhnya
bencana alam hanya akan menimpa orang yang tidak menurut perintah Allah s.w.t.
Umat Rasulullah s.a.w. akan mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Untuk mendapatkan syafaat baginda, kita perlu _______.
melaksanakan amalan sunnah sahaja
berasa tenang dan tidak perlu berharap
bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam beribadah
yakin tentang hari Kiamat dan tidak risau dengan dosa kecil
Hakim mendapati bahawa kawannya Rayyan suka mengejek teman-teman yang lain. Sebagai seorang kawan yang baik, Hakim harus _____.
mengikuti jejak langkah kawannya dalam mengejek teman yang lain
membalas perbuatannya dengan mengejeknya di hadapan teman yang lain
menyuruhnya untuk berhenti mengejek temannya yang lain di hadapan guru sahaja
menasihatinya dan mengingatkan bahawa setiap perkara
yang dilakukan akan dibalas di akhirat nanti
Di akhirat nanti, tiada siapa yang boleh berbohong. Semua perbuatan kita akan diperlihatkan dan tiada yang dapat disembunyikan kerana _______.
terlalu banyak CCTV di dunia yang merakam
anggota-anggota badan kita akan menjadi saksi
ahli keluarga kita melihat semua kesilapan kita dan akan menceritakannya
Allah s.w.t. tidak akan menghapuskan dosa hambanya walaupun dia bertaubat
Syurga adalah destinasi terakhir yang telah disediakan Allah s.w.t pada hari Akhirat bagi semua orang yang _____________________.
berjaya dalam segala urusan dunia
beriman, bertakwa dan beramal dengan ikhlas
melakukan kebaikan dan menjauhi permusuhan
melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga
Semasa membantu ibunya menggoreng ikan, Ainah terkena percikan minyak panas, Ainah teringat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa panas api neraka itu _______.
69 kali ganda panasnya dari api di dunia
sama seperti panasnya lava gunung berapi
27 kali panas berbanding api di alam barzakh
berbeza-beza mengikut dosa seorang yang melakukan dosa
Antara cara untuk kita menerima kitab amalan dari sebelah kanan adalah dengan _______________.
berpuasa mengikut hari yang diingini pada bulan Ramadan
membantu rakan semasa susah dengan niat untuk dibalas jasa
bersedekah agar dikenali rakan-rakan sebagai orang yang kaya
mentaati ibu bapa kita dalam perkara yang tidak melanggar syarak
Antara keistimewaan yang diberikan kepada umat Rasulullah s.a.w. di akhirat adalah meminum air dari telaga Haudh. Barangsiapa yang meminum air dari telaga ini tidak akan ______________.
menjadi lemah dan tua
dihisab segala amalannya
merasa haus selama-lamanya
tidak akan melalui proses timbangan (mizan)
Syafaat Rasulullah s.a.w. adalah syafaat yang terbesar. Tiada nabi lain yang diberikan keistimewaan seperti Rasulullah. Sebagai umat baginda, kita akan diberi syafaat tersebut. Namun itu tidak bermakna kita boleh mengambilnya sambil lewa. Justeru, kita sepatutnya ______________.
menziarahi makam baginda di Madinah
gigih berdoa agar dikurniakan syafaat oleh Rasulullah s.a.w.
berasa bangga kerana umat Rasulullah s.a.w diberi kelebihan tersebut
melakukan dakwah dengan memaksa orang untuk memeluk Islam
Kedahsyatan bencana alam yang berlaku tidak setanding dengan
kedahsyatan yang bakal berlaku pada Hari Kiamat. Orang-orang kafir menafikan ketibaan Hari Kiamat, namun orang-orang mukmin mempercayainya dan mempersiapkan diri dengan ________________.
mencari tempat-tempat bersejarah dalam Islam untuk berlindung
membuat kajian di dalam al-Quran tentang bilakah tibanya
Hari Kiamat
memanfaatkan masa dengan melaksanakan kewajipan
serta melakukan amalan sunnah
memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah walaupun perlu
meninggalkan tanggungjawab pada keluarga
Terdapat beberapa hikmah adanya Hisab dan Mizan pada Hari Akhirat. Antaranya ialah supaya manusia sedar bahawa ________________.
setiap perbuatan dilihat serta dikira untuk diberi balasan
mereka diberi peluang untuk menghapuskan dosa mereka
mereka mempunyai peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing
setiap amalan akan diperlihatkan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain yang melihat
