Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TING 2 : TAJUK 5-REKA BENTUK LANDSKAP

Total questions: 16

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Reka bentuk Landskap terawal dikesan di Iraq pada tahun 600 SM iaitu terdapat pada___________________

a)

Taman Gantung Al-Hambra

b)

Taman Gantung Babylon

c)

Landskap Arcadia

d)

Taman Al-Hambra

2.

Reka Bentuk Landskap pada abad ke-15 dan 16 banyak berkisar tentang pemandangan di mana?

a)

Perancis

b)

Iraq

c)

Belanda

d)

Itali

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan landskap kejur?

a)

Elemen-elemen keras atau benda bukan hidup seperti batu atau kayu

b)

Elemen-elemen cair seperti cat air

c)

Elemen-elemen hidup dan lembut seperti bunga

d)

Elemen-elemen kering seperti kertas lukisan

4.

Yang manakah Bukan prinsip-prinsip dalam reka bentuk landskap?

a)

kesatuan

b)

irama

c)

imbangan

d)

keluasan

5.

Antara berikut, yang manakah termasuk elemen-elemen landskap lembut?

a)

pokok

b)

bunga

c)

kayu

d)

tumbuhan renek

6.

Selain Jabatan Landskap Negara, Pihak manakah yang turut bertanggungjawab untuk menguruskan hal berkaitan landskap di Malaysia?

a)

Alam Flora

b)

Kementerian Kesejahteraan Bandar, perumahan dan Kerajaan Tempatan

c)

Jabatan Perancangan Bandar

d)

Kementerian Sukan dan Rekreasi

7.

Perkembangan Landskap di Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh kesan peninggalan daripada penjajahan Orang Inggeris pada abad ke 14. Yang manakah merupakah landskap terawal yang wujud di Tanah Melayu?

a)

Taman Botani, Pulau Pinang

b)

Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

c)

Taman Tasik Taiping, Perak

d)

Taman Tasik titiwangsa, Kuala Lumpur

8.

Apakah fungsi landskap dari sudut estetik?

a)

menjadi sumber ilham kepada penghasil karya

b)

melembutkan persekitaran

c)

mengawal hakisan tanah

d)

meningkatkan sektor pelancongan

9.

- Mengawal pencemaran alam

- Menyejukkan iklim

- Imbangan ekologi


ketiga-tiga elemen di atas adalah berkaitan dengan....

a)

Fungsi landskap terhadap ekonomi

b)

Peranan landskap terhadap alam

c)

Peranan landskap terhadap fizikal

d)

Fungsi landskap terhadap nilai estetika

10.

Dalam penghasilan pelan reka bentuk landskap, simbol yang dijuntukkan merujuk kepada....

a)

pokok

b)

palma

c)

pokok renek

d)

rumput

11.

Bagaimanakah prinsip kepelbagaian dapat diwujudkan dalam reka bentuk landskap?

a)

gabungan bentuk jalinan dan kombinasi warna

b)

menggabungkan unsur irama

c)

gabungan pelbagai elemen reka bentuk

d)

tumpuan terhadap sesuatu elemen yang menarik

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan elemen topografi?

a)

Memberi keselamatan kepada pengguna

b)

Keadaan semula jadi permukaan bumi dan buatan manusia

c)

Memberi kesan nyaman dan ketenangan

d)

Memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna

13.

Bagaimanakah prinsip keringkasan boleh diaplikasi dalam reka bentuk landskap?

a)

menggunakan pelbagai bentuk dan jalinan

b)

menggunakan pelbagai media kering dan basah

c)

menggunakan elemen tumbuhan, air dan struktur binaan sahaja

d)

menggunakan elemen landskap secara berulang-ulang

14.

Konsep landskap Jepun lebih menjurus kepada ___________dan_____________

a)

kebersihan, amalan hidup

b)

budaya, kebersihan

c)

amalan hidup , kebersihan

d)

budaya , amalan hidup

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan landskap lembut?

a)

Elemen-elemen hidup termasuk bunga,tumbuhan-tumbuhan renek dan pokok

b)

Elemen-elemen keras seperti batu

c)

Elemen-elemen lembut seperti bunga dan kapas

d)

Elemen-elemen kasar seperti jalan

16.

Pilih prinsip-prinsip reka bentuk landskap.

a)

Kontras, irama

b)

Imbangan, ergonomik

c)

Ergonomik, topogtafi

d)

Kesatuan, imbangan