wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL MENITI IMPIAN TINGKATAN 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Novel Meniti Impian mengisahkan tentang ...

a)

percintaan antara dua darjat

b)

kegigihan seorang remaja mencapai cita-cita menjadi usahawan

c)

keazaman seorang remaja untuk memiliki pasangan hidup

2.

Mengapakah Zahar tidak mendapat keputusan SPM yang cemerlang?

a)

Zahar tidak membuat persediaan yang mencukupi

b)

Zahar mengalami demam dan tidak sihat

c)

Zahar mengalami kemurungan kerana ditinggalkan Suhaili

3.

Zahar dan Suhaili berjumpa di Restoran makanan segera di City Point. Suhaili memberitahu Zahar bahawa dia akan ___________

a)

berhenti bekerja

b)

balik ke kampung

c)

menyambung pelajaran

4.

Suhaili menganggap lepasan Institut Kemahiran Mara tidak mempunyai masa depan.Manakala Zahar berpendapat masa depan seseorang bergantung pada ____

a)

usaha untuk maju dan dia ingin ,menjadi pelatih yang berjaya.

b)

nasib yang ditentukan oleh Tuhan

c)

usaha untuk berdikari.

5.

Zahar memberitahu Tauke Lim bahawa dia ingin mengambil kursus ________________.

a)

Pertukangan Tangan

b)

Pertukangan Perabot

c)

Pertukangan Paip

6.

Zahar sedar bahawa perasaan Suhaili kepadanya sudah tiada lagi dan Zahar berasa amat ______________.

a)

lega

b)

gembira

c)

pedih dan kecewa

7.

Ibu Zahar mengambil upah _____________________ untuk menyara kehidupan Zahar dan adik-adiknya.

a)

Menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang

b)

Menjahit baju

c)

Membuat kuih dan kek

8.

Bagi meringankan beban ibunya, Zahar bekerja di __________________.

a)

Kebun Pak Hassan

b)

Bengkel Kereta Zakri

c)

Bengkel Perabot Pak Yusuf

9.

Zahar amat berminat dalam bidang pertukangan perabot dan bercita-cita untuk __________________.

a)

Memasuki IKM

b)

Memiliki bengkel perabot sendiri

c)

Menjadi seorang pekerja kilang perabot

10.

Zahar ingin berkongsi kegembiraannya kerana diterima masuk ke IKM bersama Suhaili namun _____________

a)

Suhaili gembira dan mengucapkan tahniah

b)

Suhaili memandang rendah dan menghina Zahar

c)

Suhaili tidak mahu berjumpa dengan Zahar

11.

Mengapakah Zahar tidak mahu menaiki kenderaan yang sama dengan Suhaili ke Alor Setar?

a)

kerana dia bimbang jika orang kampung melihat kelibatnya dengan Suhaili

b)

kerana Zahar tidak suka akan suhaili

c)

kerana Suhaili takut dimarahi ibunya

12.

Mengapakah Suhaili berubah hati terhadap Zahar?

a)

kerana ibu dan ayah Suhaili tidak merestui hubungan mereka

b)

kerana Zahar mempunyai teman wanita yang baru

c)

kerana Suhaili mempunyai teman lelaki yang baru

13.

___________ berjanji akan membantu adik-adik Zahar supaya Zahar dapat mengikuti latihan dengan tekun.

a)

Mak Temah

b)

Pak Usin

c)

Pak Yusuf

14.

Apa yang Zahar lakukan setelah Suhaili meminta maaf kepada Zahar dan ingin membantu Zahar bekerja di kilang tersebut?

a)

Menolak bantuan Suhaili dengan tegas

b)

Memarahi Suhaili

c)

Menerima bantuan Suhaili

15.

Antara berikut manakah pengakhiran novel meniti impian?

a)

Zahar yang telah lebih setahun bekerja di bengkel perabot pak ciknya,Pak Yusuf tekun bekerja pada pagi itu untuk menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh iman masjid

b)

Zahar meminta Suhaili melupakan kenangan lama antara mereka. Biarlah mereka kekal sebagai sahabat dan jiran sekampung sahaja.

c)

Sejak tersiarnya rencana ” Kejar Kejayaan Lepas Dihina Kekasih” Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai.