NEW
Font size
Worksheetssistem bahasa tingkatan 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Kakinya terasa ______kerana berjalan terlalu jauh.
lumpuh
lenguh
lembik
letih
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Pembahas itu memberikan pendapat yang __________ bernas untuk mematahkan hujah-hujah pihak lawan.
agak
amat
nian
benar
Semua tayar kereta itu __________ di dalam lumpur selepas terbabas kerana mengelak beberapa ekor kambing yang berkeliaran di jalan.
terjunam
terbenam
tersadung
tergelincir
Dewan orang ramai itu dijadikan kawasan __________ sementara untuk mangsa-mangsa banjir di daerah Kota Bharu.
setempat
tempatan
petempatan
penempatan
Afreena __________ piala yang dimenanginya dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu peringkat negeri.
menatang
mengepit
menjulang
menjunjung
Beberapa __________ atap zink rumah Encik Shahrizal telah tercabut akibat dipukul ribut yang kuat.
buah
keping
kajang
bidang
Pengawal keselamatan itu __________ selaras senapang di hadapan tempat dia bertugas.
memikul
mengepit
menyandar
menyandang
Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.
comot ... terputus
pudar ... tertatal
lusuh ... meretas
kusam ... mengoyak
Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
kelam
gelap
sunyi
senyap
Kebanyakan nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka sibuk ____________ jala yang koyak.
mencuci
menenun
menyirat
menjala
Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.
menyeberang
menongkah
menyusur
meredah
Mak Minah duduk di bawah rumah sambil ___________ lidi untuk dibuat penyapu
meraut
melarik
mengikis
menghiris
Murid-murid digalakkan melawat ke ____________ untuk menyemai semangat cinta akan negara.
Zoo Negara
Taman Negara
Muzium Negara
Planetarium Negara
