wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

5.6 Konfrontasi & Usaha Menangani

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia melalui kempen "Ganyang Malaysia" pada 20 Januari 1963. Apakah tindakan Indonesia melalui kempen tersebut?

a)

Melancarkan serangan gerila di Sarawak

b)

Memusnahkan bandar penting di Malaysia

c)

Mengadakan bantahan jalanan besar-besaran

d)

Menceroboh wilayah-wilayah di utara Malaysia

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Indonesia.

Berlaku peralihan kepeimpinan di Indonesia pada 30 September 1965

Apakah kesan perisitwa tersebut?

a)

Dasar konfrontasi ditamatkan

b)

Pertahanan Indonesia bertambah kuat

c)

Wakil PBB berundig dengan Indonesia

d)

Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia

3.

Apakah pendekatan yang diambil oleh Malaysia untuk menangani konfrontasi?

a)

Melancarkan serangan balas terhadap Indonesia

b)

Mengadakan siri rundingan dengan pihak yang terlibat

c)

Meminta campur tangan PBB untuk menasihati Indonesia

d)

Mengadakan bantahan secara aman di kedutaan Indonesia

4.

Di manakah lokasi terawal yang menjadi tempat pendaratan tentera Indonesia di negara kita semasa berlakunya konfrontasi?

a)

Kalabakan. Sabah

b)

Kuching, Sarawak

c)

Tebedu, Sarawak

d)

Labis, Johor

5.

10 Ogos 1966 - Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia ditandatangani oleh Tun Abdul Razak Hussein di Jakarta

Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa tersebut?

I Berhati-hati dalam tindakan

II Mengamalkan persaudaraan

III Menghormati lambang negara

IV Bersedia menerima perubahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

Pada 20 Januari 1963, X iaitu Menteri Luar Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia. Siapa kah X?

a)

Dr.Mahathir

b)

Dr.Subandrio

c)

Macapagal

d)

U Thant

7.

Kenapa konfrontasi terhadap Malaysia diadakan?

a)

Menjalin hubungan baik dengan Indonesia

b)

Indonesia ingin merdeka dulu

c)

Atas ancaman kedudukan Indonesia

8.

Usaha awal menamatkan konfrontasi dilakukan oleh U Thant, Setiausaha Agung PBB melalui wakilnya C.V Narasimhan untuk berunding dengan pemimpin kerajaan Belanda dan Singapura

a)

Betul

b)

Salah

9.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerima undangan Presiden Soekarno untuk bertemu di (a)   pada 1963.

10.

Apakah hasil keputusan Tunku Abdul Rahman bermesyuarat bersama-sama Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal di Manila?

4 lines
11.

Siapa yang memainkan peranan utama pada rundingan 1964?

(a)  

12.

Apa yang terjadi pada 1965?

a)

Peralihan kepimpinan di Indonesia

b)

Indonesia memulakan serangan gerila di Sarawak

c)

Perang Dunia Kedua telah mula

d)

Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali Moertopo dan Adam Malik untuk berunding menamatkan konfrontasi.

13.

Pilih 2 kenyataan yang betul mengenai peristiwa yang berlaku pada 1966.

a)

Kerajaan Indonesia memulakan konfrontasi pada 4 Ogos 1966

b)

Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1966

c)

Kerajaan Indonesia menamatkan konfrontasi pada 4 Ogos 1966

d)

Perjanjian Normalisasi Hubungan Indonesia - Malaysia

14.

Partai Komunis Indonesia (PKI) menyelar rancangan Malaysia sebagai __________ yang dirancang British.

a)

NEOKOLONIALISME

b)

DEKOLONIALISME

15.

DR. subandrio (Menteri Luar Indonesia) telah mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan SLOGAN

a)

GANYANG MALAYSIA

b)

HAPUSKAN PENAJAJAH

c)

HALAU PENJAJAHAN BENTUK BARU

16.

Pilih negeri-negeri yang telah diserang oleh gerila Indonesia semasa dasar Konfrontasi berlangsung :

a)

Johor

b)

Sarawak

c)

Sabah

d)

Melaka

17.

Bagaimanakah Malaysia bertindak terhadap dasar Konfrontasi Indonesia ?

a)

Membawa isu ke Majlis Keselamatan PBB

b)

Bertindak balas dengan tentera

c)

Menyerah kalah

18.

Siapakah tokoh tersebut yang diberi TANGGUNGJAWAB menyusun strategi menghadapi Dasar Konfrontasi Indonesia?

a)

Muhammad Ghazali Shafie

b)

Tun Abdul Razak

c)

Donald Stephens

19.

Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia yang menamatkan konfrontasi.

Siapakah tokoh tersebut?

a)

Suharto

b)

Soekarno

c)

Adam Malik

20.

Pada 11 Ogos 1966, Tun Abdul Razak menandatangani perjanjian Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di _______

a)

Jakarta

b)

Tokyo

c)

Bangkok

d)

Kuala Lumpur