wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA BM TINGKATAN 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia __________
a)
buta hati
b)
buta huruf
c)
buta kayu
d)
gaji buta
2.
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci para penonton kerana __________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
a)
banyak mulut
b)
berat sebelah
c)
angkat kaki
d)
lepas tangan
3.
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu __________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
a)
bagai bulan jatuh ke riba
b)
bagai kaca jatuh ke batu
c)
bagai duri dalam daging
d)
bagai ayam disambar helang
4.
Perbuatan memberi atau menerima __________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
a)
duit hantaran
b)
duit pecah
c)
duit raya
d)
duit kopi
5.
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin
a)
lain di mulut lain di hati
b)
tepuk dada tanya selera
c)
indah khabar daripada rupa
d)
belakang parang diasah lagikan tajam
6.
Annas seperti _________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya
a)
katak di bawah tempurung
b)
ayam disambar helang
c)
kera mendapat bunga
d)
murai tercabut ekor
7.
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya __________ kerana semua nasihatnya tidak diendahkan.
a)
bagai haruan makan anak
b)
bagai kambing dihalau ke air
c)
bagai mencurah air ke daun keladi
d)
bagai melepaskan batuk di tangga
8.
Semasa menaiki pesawat ke kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual-bual kerana adik
a)
otak cair
b)
otak udang
c)
mulut murai
d)
mulut tempayan
9.
Hartawan itu __________ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
a)
sampai hati
b)
putih mata
c)
pilih kasih
d)
salah urat
10.
Emak selalu menegur sikap abang yang __________ itu
a)
langkah kanan
b)
rabun ayam
c)
berat tulang
d)
berat hati
11.

Peribahasa yang manakah menunjukkan tabiat harus dipupuk sejak kecil lagi?

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya

b)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

d)

biar putih tulang, jangan putih mata

12.

Yang manakah peribahasa yang tidak sesuai untuk gambar tersebut?

a)

Seperti bunga dengan perdunya

b)

Bagai pinang dibelah dua

c)

Serumpun bak serai, sesusun bak sirih

d)

Seperti cincin dengan permata

13.

Pemandangan di Kundasang itu amat sangat terindah nian sekali.


Betulkan bahagian yang bergaris.

a)

amat indah sangat

b)

terindah sungguh

c)

terindah nian

d)

indah sekali

14.

Antara peribahasa yang berikut menunjukkan orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa?

a)

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

b)

Ibarat ikan pulang ke lubuk

c)

Bunga yang harum ada durinya

d)

Seperti embun di hujung rumput

15.

Ahmad yang kelaparan itu makan nasi _________ mendengar muzik.

a)

akan

b)

lemak

c)

sambal

d)

sambil