wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

komsas

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Soalan 1 hingga soalan 5 adalah berdasarkan pemahaman tentang Sajak Kuingin Berterima Kasih


1. Apakah tema sajak 'Kuingin Berterima Kasih'?

a)

Mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia

b)

Berterima kasih atas kasih sayang yang diberikan

c)

Merasa bahagia

d)

Merasa diri dihargai

2.

2. Baris sajak yang manakah menunjukkan unsur gaya bahasa personifikasi ?

a)

api amarah pun terpadam

b)

Ikan-ikan yang riang

c)

Kekosongan hidup ini

d)

kepada keangkuhan perang

3.

3. Apakah nilai yang terdapat dalam sajak 'Kuingin Berterima Kasih'?

a)

Setia dalam kawan

b)

Menyayangi ibu bapa

c)

Mencintai kekasih hati

d)

Kesyukuran

4.

4. " api amarah pun terpadam"

" kepada keangkuhan perang"

Apakah gaya bahasa bagi baris sajak di atas?

a)

Metafora

b)

Hiperbola

c)

Repitisi

d)

Simile

5.

5. Apakah pengajaran yang terdapat dalam sajak 'Kuingin Berterima Kasih'?

a)

Janganlah berdendan dengan sahabat baik

b)

Kita mestilah meghormati orang yang lebih tua

c)

Kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan

d)

kita perlulah menepati masa

6.

Soalan 6 hingga soalan 10 adalah berdasarkan Cerpen Hadiah


6. Berikut contoh bagi latar masa kecuali......

a)

Hari Guru

Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah padanya.

b)

Tapak Perhimpunan

Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

c)

Waktu pagi

Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.

d)

Waktu petang

Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.

7.

7. Berikut adalah pengajaran yang terdapat dalam cerpen Hadiah ini KECUALI....

a)

Kita haruslah berani menentang perkara yang salah

b)

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

c)

Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja

d)

Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

8.

8. Berapa lamakah Azizah mengambil masa untuk menyiapkan tudung saji untuk pertandingan?

a)

3 hari

b)

Seminggu

c)

8 minggu

d)

3 bulan

9.

9. Apakah tema bagi cerpen Hadiah?

a)

kasih sayang anak kepada ibunya

b)

kasih sayang seorang rakan

c)

kegigihan seorang remaja untuk mencapai cita-cita

d)

Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.

10.

10. berikut adalah contoh bagi gaya bahasa 'Sinkope' kecuali...

a)

Atau mungkin hadaiahnya paling akhir dibuka kerana ringan.....

atau mungkin Cikgu Zaleha tidak....

b)

"kau nak berikan hadiah ini kepada siapa?" tanya Zaihan

c)

"Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

11.

Soalan 11 hingga soalan 15 berdasarkan pemahaman tentang Cerpen Oren.

11. Nyatakan persoalan yang terdapat dalam Cerpen Oren kecuali..

a)

Berkongsi minat yang sama

b)

Hubungan baik antara manusia dan haiwan

c)

Kepentingan menjaga alam sekitar

d)

konflik antara Oren dan Kelabu

12.

12. Apakah tema Cerpen Oren?

a)

Haiwan yang juga mempunyai perasaan cemburu.

b)

Kasih sayang manusia terhadap haiwan.

c)

Kehilangan sesuatu yang disayangi sangat menyakitkan.

d)

Pengorbanan seekor kucing demi seorang ayah.

13.

13. Yang manakah bukan latar masyarakat cerpen Oren?

a)

Masyarakat yang bertanggungjawab

b)

Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing

c)

Masyarakat yang prihatin

d)

Masyarakat yang mudah lupa

14.

14. Apakah perbezaan Kelabu dan Oren

a)

Kelabu seekor kucing yang rajin manakala Oren seekor kucing yang malas

b)

Kelabu seekor kucing yang pemalas manakala Oren seekor kucing yang rajin.

c)

Kelabu membuang najis merata-rata tempat, manakala Oren seekor kucing yang berdisplin

d)

Kelabu seekor kucing yang tidak bijak manakala Oren seekor kucing yang bijak.

15.

15. Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam cerpen "Oren" ini kecuali

a)

Kita hendaklah bersifat belas kasihan terhadap makhluk lain supaya kehidupan kita lebih bahagia

b)

Kita sewajarnya bersikap prihatin dengan perkembangan sekeliling kita supaya kita dapat mengambil tindakan dengan segera

c)

Kita hendaklah gigih dan tidak mudah putus asa dalam melaksanakan sesuatu usaha supaya kita dapat menyelesaikan masalah dengan segera

d)

Kita hendaklah rajin berusaha dan tidak mudah putus asa dalam pelajaran agar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan

16.

Soalan 16 hingga soalan 20 adalah berdasarkan Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin


16. Lim Pooi digambarkan mempunyai perwatakan yang mementingkan diri sendiri. Mengapa?

a)

Kerana dia sering memarahi isterinya tanpa usul periksa

b)

Kerana dia menuduh anaknya Lim Meng membunuh Lim Foong tanpa bukti

c)

Kerana dia menuduh Sudin membakar kedainya.

d)

Kerana dia mengenakan bunga kepada penduduk kampung yang berhutang dengannya

17.

17. Apakah tema cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin?

a)

Kekeluargaan

b)

Keegoan seorang ayah

c)

Peniaga yang tidak jujur

d)

Masyarakat yang dipulaukan

18.

18. Apakah penamat/peleraian kepada cerpen kuih bakul limau mandarin?

a)

Orang yang membakar kedai Lim Pooi dapat ditangkap

b)

Sim Pau dapat menyatakan kebenaran tentang anaknya Lim Meng kepada suaminya

c)

Lim Meng pulang dan Lim Pooi meminta maaf kepada Lim meng

d)

Lim Pooi sekeluarga pergi ke rumah orang kampung untuk meminta maaf

19.

19. "Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur".


Di atas merupakan contoh gaya bahasa....

a)

Metafora

b)

Personifikasi

c)

Simile

d)

Sinkope

20.

20. Apakah pengajaran dari cerpen kuih bakul limau mandarin?

a)

Kita boleh buruk sangka pada orang lain

b)

Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu

c)

Sentiasa berbuat baik

d)

Sentiasa menghargai orang yang disayangi