NEW
Font size
Worksheetse-CAT BSKM-4 (Bab 13:SAKRAMEN PERKAHWINAN)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Seseorang yang sudah berkahwin boleh memiliki kekasih selain dari isterinya.
Betul
Salah
2. Dalam sebuah perkahwinan Tuhan menuntut agar setiap pasangan suami dan isteri bersikap jujur dalam menghidupi sakramen tersebut.
Betul
Salah
3. Sakramen Perkahwinan adalah merupakan salah satu daripada Lapan Sakreman yang gereja Katolik tawarkan kepada umatnya.
Betul
Salah
4. Gereja Katolik menolak perkahwinan sejenis yang ditawarkan oleh dunia. Misalnya perkahwinan di antara pasangan lelaki dengan seorang lelaki yang lain.
Betul
Salah
5. Sakramen Perkahwinan adalah merupakan panggilan Allah kepada umat-Nya agar memperaktikkan hidup dalam kesucian dan kekudusan.
Betul
Salah
6. Seseorang yang setia dan ikhlas dalam sesebuah persahabatan sebenarnya di dorong oleh kuasa Roh Kudus.
Betul
Salah
7. Peranan utama seorang suami/bapa dalam sebuah keluarga bukan semata-mata sebagai Pelindung dan Pemberi nafkah hidup tetapi juga sebagai Pastor atau pembimbing rohani dalam keluarga.
Betul
Salah
8. Sakramen Perkahwinan Kudus dalam gereja Katolik dirayakan dalam......................
a) Perayaan Ibadat Sabda
b) Perayaan Ekaristi
c) Kebaktian gereja
9. Menurut ajaran Gereja Katolik pasangan suami isteri hanya boleh berpisah dan berkahwin semula sekiranya ......
a) salah seorang di antara mereka meninggal dunia
b) salah seorang di antara mereka minta diceraikan
c) salah seorang daripada mereka sakit
10. .........................adalah merupakan simbol sebuah perkahwinan dengan kuasa untuk mencintai seumur hidup dalam kesatuan dan kesetiaan.
a) Kalung
b) Cincin
c) Gelang
11. Keluarga Kudus di Nazaret terdiri daripada ..................
a) Yusuf,Maria dan Yesus
b) Yakub,Maria dan Yesus
c) Yusuf,Marta dan Yesus
12. Keluarga yang berdoa bersama sama ada di rumah atau ke gereja bersama-sama adalah keluarga yang telah memenuhi Perintah Tuhan yang.........................
a) Pertama
b) Kedua
c) Ketiga
13. Ibu bapa Katolik yang baik dan bertanggungjawab akan memastikan anak mereka yang baru lahir menerima Sakramen.............
a) Penguatan
b) Pembaptisan
c) Pertobatan
14. Seorang anak yang baik dan taat terhadap didikan ibu bapa telah memenuhi Perintah Tuhan yang......
a) Ketiga
b) Keempat
c) Kelima
15. Kehidupan suami dan isteri yang taat kepada perintah Tuhan hidup mereka akan............................ oleh Tuhan.
a) dicintai
b) diberkati
c) dibenci
16. Pasangan yang sering bersikap cemburu secara membuta tuli dan menimbulkan masalah dalam sesebuah perhubungan telah mengingkari Perintah Tuhan yang......
a) Keenam
b) Kelapan
c) Kesepuluh
17. Seorang ibu yang sabar dan penuh dengan cinta kasih dapat membawa pertaubatan dan membawa kebahagiaan dalam sebuah keluarga seperti yang telah ditunjukkan oleh Santa Monica. Santa Monica telah berdoa bagi pertaubatan anaknya iaitu....
a) Santo Fransiskus
b) Santo Basilius
c) Santo Agustinus
18. Saul memiliki sikap yang tidak baik kerana dia sering curi tulang semasa berada di tempat kerja. Dengan bersikap demikian dia telah gagal patuh terhadap Peintah Tuhan yang....
a) Kelima
b) Ketujuh
c) Kesembilan
19. Kita harus ................. memberi kesaksian tentang cinta kasih Tuhan agar orang lain akan memahami dan turut mengalami belas kasihan Tuhan.
a) bertangguh
b) berani
c) taat
20. Sebuah Doa Novena yang lengkap harus didoakan selama.........................hari secara berturut-turut tanpa henti.
a) tiga
b) tujuh
c) sembilan
