WorksheetsQuizizz Bab 8: Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia.
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
1. Apakah negara yang berkaitan dengan landasan kereta api berkelajuan tinggi berikut ?
- Suseo
- Wonju
- Gangneung
India
Rusia
Taiwan
Korea Selatan
2. Apakah lapangan terbang antarabangsa yang menjadi salah satu hab penerbangan terbesar di Rusia?
Lapangan Terbang Antarabangsa Mongolia
Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino
Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi
Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo Moscow
3. Apakah lapangan terbang antarabangsa yang berkaitan dengan maklumat berikut?
- Tapaknya wujud akibat penambakan laut.
- Mengendalikan 70.5 juta penumpang (2016)
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi
Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Lapangan Terbang Antarabangsa Chinggis Khaan
4. Apakah pelabuhan yang paling sibuk di dunia?
Pelabuhan Jawarharlal
Pelabuhan Hong Kong
Pelabuhan Singapura
Pelabuhan Tokyo
5. Apakah pelabuhan yang mampu menampung kira-kira 1000 kapal kontena pada satu-satu masa?
Pelabuhan Singapura
Pelabuhan Hong Kong
Pelabuhan Takyo
Pelabuhan Jawarharlal
6. Landasan kereta api yang menghubungkan bandar Osaka ke Tokyo ialah
Joetsu Shinkansen
Tokaido Shinkansen
Tohoku Shinkansen
Kyushu Shinkansen
7. Apakah keistimewaan kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen di Jepun?
I Menepati masa
II Kemalangan sifar
III Tahap keselesaan penumpang sederhana
IV Perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
8. Apakah jaringan landasan kereta api berkelajuan tinggi di Jepun yang menghubungkan Tokyo dengan Niigata?
Hokuriku Shinkansen
Tohoku Shinkansen
Joetsu Shinkansen
Sanyo Shinkansen
9. Apakah keistimewaan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai?
I Menawarkan perkhidmatan eksport dan import
II Menyediakan perkhidmatan MRT di terminal 2
III Terdapat kawasan membeli-belah dan tarikan pelancongan
IV Terminal tiga dikhaskan untuk syarikat penerbangan Emirates
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
10. Apakah badan yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai?
Dubai Airways
Dubai Airports
Dubai Transport
Dubai International
11. Apakah peranan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kepada ekonomi Dubai?
I Meningkatkan cukai pendapatan
II Membantu menurunkan kadar cukai lapangan terbang
III Menyediakan peluang pekerjaan kepada 90 ribu penduduk
IV Menyumbang 27 peratus pendapatan (KDNK) keseluruhan metropolis Dubai.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
12. Apakah badan yang bertanggungjawab mengawal aktiviti perkapalan kargo dan kontena di Pelabuhan Hong Kong?
Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong
Jabatan Marin Hong Kong
Jabatan Percukaian Hong Kong
Jabatan Perkapalan China
13. Apakah keistimewaan Pelabuhan Hong Kong di China?
I Pintu masuk ke negara China
II Pelabuhan yang tidak mengenakan duti pelabuhan
III Proses pemunggahan kontena dan kargo mengambil masa 30 minit
IV Operasi pemunggahan kargo dilakukan di tengah laut ( at sea loading)
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
14. Apakah sektor ekonomi yang berkembang pesat kesan kemajuan pengangkutan di bandar utama di Asia?
Pertanian
Perikanan
Pelancongan
Perlombongan
15. Apakah kesan pengangkutan terhadap masyarakat di Asia?
I Memendekkan masa perjalanan
II Pertukaran mata wang asing
III Perkembangan perdagangan
IV Mewujudkan banyak peluang pekerjaan
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
16. Apakah kesan positif perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar di Asia?
Penurunan kadar tanah runtuh
Perubahan landskap yang menarik
Penduduk menikmati cara hidup moden
Perpindahan penduduk luar bandar ke bandar utama
17. Antara berikut, manakah bandar di Jepun yang berkembang menjadi hab perdagangan kesan perkembangan pengangkutan?
I Narita
II Kyoto
III Osaka
IV Kansai
I dan IV
II dan III
I dan II
III dan IV
18. Apakah kesan negatif perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar di Asia?
Meningkatkan integrasi
Kejadian banjir kilat meningkat
Memusnahkan kawasan tadahan air
Meningkatkankadar pertukaran wang asing
19. Apakah kesan tumpahan minyak daripada kapal di pelabuhan berikut?
- Pelabuhan Hong Kong
- Pelabuhan Jawarharlal
Hakisan pantai yang hebat
Kepupusan hidupan akuatik
Kemusnahan hutan yang luas
Ketenteraman penduduk terganggu
20. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan pembinaan lapangan terbang antarabangsa kepada ekonomi negara?
I Pertukaran mata wang asing.
II Menampung bilangan penumpang lebih ramai
III Meningkatkan darjah ketersampaian penduduk
IV Meningkatkan sektor pelancongan negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
