wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 6: Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau yang bertaburan di Laut Aegen serta Laut Mediterranean

a)

Benar

b)

Salah

2.

Tamadun Yunani terkenal dengan negara -kota atau Acropolis

a)

Benar

b)

Salah

3.

Dalam Acropolis terdapat rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah golongan hamba

a)

Benar

b)

Salah

4.

Terdapat juga kawasan lapang yang dikenali sebagai Agora yang digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam.

a)

Benar

b)

Salah

5.

Ibu kota dan pusat tumpuan masyarakat dalam tamadun Yunani dipanggil...

a)

POLIS

b)

AGORA

6.

Bagi penduduk Yunani, setiap POLIS merupakan tanah suci ...

a)

KURNIAAN DEWa

b)

HAK WARGANEGARA

7.

Apakah peranan agora dalam kehidupan masyarakat Yunani?

a)

Pusat pertemuan

b)

Pusat komunikasi

8.

Apakah faktor yang menyebabkan orang Yunani dikenali sebagai pelayar yang handal?

a)

Galakan daripada pemerintah

b)

Perkembangan teknologi maritim

c)

Kedudukan Yunani berhampiran laut

d)

Hubungan baik dengan tamadun China

9.

Apakah fungsi negara-kota dalam tamadun Yunani?

a)

Ibu kota

b)

Pelabuhan

c)

Bandar diraja

d)

Tempat ibadat

10.

Apakah kegiatan ekonomi bagi penduduk yang tinggal di luar kawasan acropolis?

a)

Menjadi petani

b)

Melombong emas

c)

Menerajui pentadbiran

d)

Menguruskan pelabuhan

11.

Apakah bentuk pentadbiran yang terawal diperkenalkan dalam Tamadun Yunani?

a)

Pentadbiran tirani

b)

Pentadbiran monarki

c)

Pentadbiran demokrasi

12.

Tamadun Yunani terkenal dengan sumbangan dalam bidang?

a)

Pemerintahan dan Pentadbiran

b)

Perluasan Kuasa

c)

Seni Bina

d)

Pendidikan

13.

Tamadun Yunani mempunyai negara kota yang di panggil?

a)

Polis

b)

Acropolis

c)

Agora

d)

Anaconda

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah kawasan dalam Tamadun Yunani.


✅ Pusat komuniti

✅ Dilindungi oleh kubu

✅ Terdapat bangunan kerajaan dan keagamaan


Apakah kawasan tersebut?

a)

Polis

b)

Agora

c)

Istana

d)

Acropolis

15.

Masyarakat Tamadun Yunani menganggap setiap kota merupakan tanah suci yang dikurniakan Dewa.


Apakah kesan daripada anggapan tersebut?

a)

Sistem pentadbiran sering berubah

b)

Penduduk terlibat dalam urusan pentadbiran

c)

Hubungan antara warganegara makin renggang

d)

Rakyat bersatu padu untuk mempertahankan negara kota

16.

Sebelum sistem demokrasi diamalkan, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani.


Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

a)

Mengurangkan kuasa rakyat

b)

Mengelakkan perang saudara

c)

Memantapkan sistem pemerintahan

d)

Menghapuskan pemerintahan tradisional

17.

Maklumat berikut merupakan fungsi badan pentadbiran di Athens.


✅ Membuat perjanjian dengan negara lain

✅ Menerima duta asing

✅ Membuat deklarasi peperangan


Apakah badan pentadbiran tersebut?

a)

Juri

b)

Majlis

c)

Majistret

d)

Dewan Perhimpunan

18.

Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500.


Apakah peranan majlis?

a)

Melantik ahli Dewan Perhimpunan

b)

Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan

c)

Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan

d)

Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

19.

Di Athens, ahli-ahli Majlis dilantik oleh Dewan Perhimpunan.


Apakah tanggungjawab mereka?

a)

Mengendalikan keadilan

b)

Menggubal undang-undang

c)

Melaksanakan dasar kerajaan

d)

Menguruskan jabatan kerajaan

20.

Di Athens, Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang.


Apakah tanggungjawab badan tersebut?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menguruskan pentadbiran

c)

Melaksanakan segala dasar negara

d)

Menguruskan hal berkaitan dengan keadilan

21.

Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan. Kuasa pengadilan terletak dalam tangan .....

a)

Raja

b)

Hakim

c)

Pengerusi

d)

Warganegara

22.

Negara berikut telah mewarisi sistem pemerintahan demokrasi yang diperkenalkan oleh Tamadun Yunani.


✅ Indonesia

✅ Malaysia

✅ Britain


Apakah ciri demokrasi yang diamalkan oleh negara tersebut?

a)

Raja menggubal undang-undang

b)

Rakyat memilih pemimpin

c)

Negara diketuai oleh Perdana Menteri

d)

Anggota Dewan Rakyat dilantik oleh ketua negara

23.

Di Sparta, lima orang pegawai dilantik sebagai ephors.


Apakah peranan ephors?

a)

Mengetuai pentadbiran

b)

Menggubal undang-undang

c)

Memajukan ekonomi negara

d)

Mengawal kuasa mutlak raja

24.

Di Sparta, anak lelaki diberi latihan tentera dari kecil.


Mengapakah kerajaan Sparta mengambil langkah tersebut?

a)

Melatih rakyat mentaati pemerintah

b)

Memastikan kehidupan rakyat sihat dan cergas

c)

Menyediakan rakyat untuk menakluk negara lain

d)

Memastikan rakyat mampu mempertahankan negara

25.

Kaum wanita di Sparta menjalani latihan fizikal dan diajar berlari serta bertinju.


Mengapakah mereka perlu berbuat demikian?

a)

Membina jati diri

b)

Mempertahankan negara

c)

Menjaga maruah keluarga

d)

Mengelakkan ancaman kaum lelaki