wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda Berimbuhan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pengantin perempuan itu memakai pakaian yang ______ pada bahagian bawah kainnya.

a)

berbelang-belang

b)

berbunga-bunga

c)

beropol-ropol

d)

berlipat-lipat

2.

Rancangan drama yang disiarkan di televisyen itu sungguh membosankan kerana jalan ceritanya_____________.

a)

melimpah-limpah

b)

meloncat-loncat

c)

menjerit-jerit

d)

meleret-leret

3.

Walaupun sudah _______ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.

a)

berkobar-kobar

b)

berkali-kali

c)

berpeluh-peluh

d)

beringat-ingat

4.

Kambing itu ____ apabila hendak ditambat oleh ayah di batang pokok.

a)

meronta-ronta

b)

meraung-raung

c)

menjerit-jerit

d)

menyembur-nyembu

5.

Jason ____ untuk mengambil kunci rumah yang terletak di atas rak yang tinggi itu.

a)

terumbang-ambing

b)

terjengket-jengket

c)

terkekeh-kekeh

d)

terkinja-kinja

6.

Wajah Puan Aiman semakin _______ setelah mendapat seorang cahaya mata perempuan.

a)

berkedut-kedut

b)

bertompok-tompok

c)

berbalam-balam

d)

berseri-seri

7.

Pak Kasim menjual _____ pisang nipah kepada pengusaha kerepek yang berasal dari Johor itu.

a)

berbilah-bilah

b)

berlapis-lapis

c)

bertandan-tandan

d)

berbatang-batang

8.

Bahagian yang _____ pada peta itu menujukkkan kawasan tadahan hujan.

a)

berbukit-bukit

b)

berlapis-lapis

c)

berlorek-lorek

d)

berconteng-conteng

9.

Kita harus menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang _______ menentang penjajah.

a)

berlari-larian

b)

berlanggar-langgar

c)

berkejar-kejaran

d)

bermati-matian

10.

Adila _______ siapakah pemilik kereta mewah yang ada di tempat letak kenderaan itu.

a)

terangguk-angguk

b)

terbatuk-batuk

c)

tertanya-tanya

d)

tertidur-tidur

11.

Puan Ratna tidak pernah ______ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.

a)

mencerai-ceraikan

b)

menggerak-gerakkan

c)

mengharu-birukan

d)

membeza-bezakan

12.

Murid-murid itu ______ semasa menari tarian tradisional di dewan sekolah.

a)

berpasang-pasangan

b)

berpasuk-pasukan

c)

berpecah-pecah

d)

berpanjang-panjangan

13.

Pandangan saya _______ apabila keluar dari gua yang gelap itu.

a)

berpinar-pinar

b)

berpetak-petak

c)

berpecah-pecah

d)

berpusing-pusing

14.

Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal.

a)

mengilai-ilai

b)

mendayu-dayu

c)

membelai-belai

d)

menjerit-jerit

15.

Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.

a)

berganda-ganda

b)

berkilat-kilat

c)

berkaca-kaca

d)

berkelip-kelip

16.

Walaupun sudah 10 tahun berlalu namun Yasmin masih _______ akan saat indah semasa dia menuntut di universiti.

a)

terigau-igau

b)

terngiang-ngiang

c)

terkenang-kenang

d)

terdengar-dengar

17.

3 Puan Lim menerima _______ bunga semasa hari pembukaan kedainya.

a)

berjambak-jambak

b)

berketul-ketul

c)

berkeping-keping

d)

berjuntai-juntai

18.

Kain yang belum sempat dibasuh oleh kakak _______ di dalam bakul.

a)

berbeza-beza

b)

beransur-ansur

c)

bersepah-sepah

d)

bertimbun-timbun

19.

Puan Rozi meletakkan ________ air di atas dulang untuk para tetamunya.

a)

berbintik-bintik

b)

berpinggan-pinggan

c)

bergelas-gelas

d)

berdozen-dozen

20.

Chef Farida ______ tepung untuk dibuat roti pandan.

a)

menguli-uli

b)

menekan-nekan

c)

mencubit-cubit

d)

melenyek-lenyek