Font size
Worksheets5. Ke Arah Pembinaan Peradaban
Total questions: 10
Worksheet time: 3hrs 30mins
Berikut merupakan elemen dalam konsep negara, KECUALI:
Rakyat
Pemimpin
Kedaulatan
Kerajaan
Manakah yang SALAH tentang bentuk-bentuk negara bangsa?
Satu bangsa satu negara.
Bangsa tanpa negara.
Negara tanpa bangsa.
Rakyat yang akan membentuk bangsa bagi sesebuah negara.
Berikut adalah benar tentang kewarganegaraan:
i. Kewarganegaraan adalah perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara.
ii. Kewarganegaraan membawa maksud kerakyatan, rupa bangsa, bangsa seseorang.
iii. Kewarganegaraan ialah rakyat setiap negara diikat dengan tanah air, perlembagaan dan kerakyatannya.
iv. Kewarganegaraan adalah suatu bentuk kerakyatan atau kedudukan sah yang mengikat seseorang individu dengan negaranya.
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, ii dan iv
i, iii dan iv
Berikut merupakan perubahan yang dibawa ketika era kolonial, KECUALI?
Pemisahan politik dari agama
Perubahan sistem ekonomi
Pembangunan diutamakan
Nasionalisme diutamakan
“Era dunia tanpa sempadan” merujuk kepada?
Pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan.
Era globalisasi telah membawa berlakunya kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.
Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.
Memelihara satu cara hidup demokratik.
Berikut merujuk kepada era pra-kolonial, KECUALI?
Mekanisme: Perantauan, perniagaan dan taklukan
Menerima kemajmukan
Perkongsian norma hidup berdasarkan agama, bahasa dan budaya
Integrasi dan asimilasi berlaku melalui globalisasi
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep bangsa?
Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya dan sejarah.
Bangsa merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri.
Bangsa idaman merupakan negara diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti yang menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai.
Bangsa merujuk kepada gabungan daripada kaum-kaum yang terdapat di sesebuah negara.
Proses migrasi daripada masyarakat China telah membawa kepada perkahwinan campur di antara Mail yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu di mana telah berkahwin dengan Meme yang berasal dari China. Proses ini dinamakan sebagai?
Segregasi
Akomodasi
Asimilasi
Amalgamasi
Berikut merupakan penyataan benar berkenaan negara bangsa, KECUALI:
Negara-bangsa merupakan gabungan dua dimensi utama, iaitu negara dan bangsa.
Sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan, satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain.
Negara-bangsa sebagai sebuah institusi politik yang merujuk kepada sebuah negara yang dihuni oleh sekumpulan manusia yang memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah bangsa atas landasan perkongsian budaya, sejarah, bahasa, etnisiti dan faktor-faktor lain.
Pembentukan negara bangsa di Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.
Berikut merupakan kenyataan yang benar mengenai 'Bangsa Tanpa Negara', KECUALI?
Sesuatu bangsa yang menuntut kuasa autonomi dalam sesebuah negara.
Contoh bangsa tanpa negara ialah bangsa Melayu Patani
Bangsa Melayu yang kini dibawah konsep bangsa Malaysia
Arab Palestin yang kini dijajah oleh pendatang haram zionis
