WorksheetsPEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN - TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Apakah 3 langkah pemuliharaan yang kamu tahu?
Mewartakan undang-undang penyeludupan haiwan
mewartakan taman laut
pusat rehabilitasi orang utan
menanam semula pokok
pusat pemuliharaan penyu
Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan?
Mewartakan kawasan penyu bertelur
Memperbanyakkan kawasan hutan simpan
Mengeluarkan lebih banyak lesen memburu
Mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemburu haram
Contoh-contoh aktiviti pemeliharaan haiwan dan tumbuhan ialah
Tidak menyebarkan kepada masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan
Membeli produk yang diperbuat daripada spesies haiwan terancam.
Menganjurkan kempen menebang pembalakan dan pemburuan .
Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi.
Antara aktiviti berikut, yang manakah yang boleh mengekalkan keseimbangan alam?
Membuang sampah sarap ke dalam sungai
Menggalakkan pembinaan rumah di kawasan yang tinggi
Memudahkan pemberian lesen untuk memburu
Mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpanan
Antara yang berikut, yang manakah bukan langkah-langkah pemuliharaan spesies hidupan?
Pembiakan penyu
Menanam semula pokok hutan
Mengadakan pusat-pusat penyelidikan
Menggalakkan industri barangan dari kulit haiwan liar
Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan?
Langkah menghentikan pemburuan secara haram
Langkah mengetatkan peraturan dan undang-undang
Langkah atau usaha menternak haiwan
Langkah atau usaha menjaga dan mengekalkan hidupan supaya tidak pupus
Antara yang berikut, yang manakah bukan tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan?
Penanaman semula pokok hutan
Industri kulit haiwan liar
Membalak secara terpilih
Mengawal pemburuan haiwan
Antara yang berikut, yang manakah langkah-langkah pemeliharaan hidupan? ( 2 JAWAPAN)
Penanaman semula hutan
Penubuhan pusat penyelidikan dan pembiakan
Pembinaan lebuhraya yang merentasi negeri
Pembukaan kawasan pertanian
Rajah menunjukkan bilangan empat spesis tumbuhan yang dicatatkan dari tahun 2000 hingga 2012 di satu kawasan hutan khatulistiwa. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada tumbuhan C yang terdapat di dalam hutan tersebut?
Tumbuhan C telah mengalami kepupusan
Tumbuhan C telah diwartakan sebagai spesis yang dilindungi
Penanaman semula tumbuhan C giat dijalankan di hutan tersebut untuk memulihara spesisnya
Tumbuhan C sedang mengalami ancaman kepupusan kesan penerokaan hutan secara tidak terancang
Antara berikut, yang manakah BUKAN langkah mengatasi kepupusan haiwan?
Mewartakan spesis hidupan yang dilindungi
Menjaga haiwan yang diancam kepupusan di dalam rumah
Mengelakkan pembelian produk yang diperbuat daripada badan haiwan yang terancam
Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan pemburuan haram
Maklumat di bawah merujuk kepada satu proses. Apakah nama proses itu?
“pokok-pokok yang telah ditebang ditanam semula”
Pemeliharaan
Pemuliharaan
Guna semula
Kitar semula
Rajah menunjukkan sejenis haiwan. Pilih cara yang paling baik untuk melindungi haiwan dan tumbuhan daripada terus diancam kepupusan
Halau semua kilang yang membalak hutan keluar dari negara
Memelihara semua haiwan itu di dalam zoo untuk menjaga mereka
Mewujudkan lebih banyak hutan simpan dan taman negara
Menangkap dan mengurung haiwan yang terancam itu
Pilih aktiviti yang boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pemeliharaan habitat haiwan yang asal.
Penguatkuasaan undang-undang
Denda
Kempen dan poster
Manakah di antara berikut merupakan aktiviti pemeliharaan di suatu kawasan penebangan kayu balak?
Menanam semula pokok yang telah ditebang.
Memilih pokok tertentu untuk ditebang.
Menebang mana-mana pokok.
Pilih aktiviti pemuliharaan ke atas penyu.
Membuat ceramah tentang spesies penyu yang hampir pupus.
Pewartaan taman laut.
Menetaskan telur penyu di pusat rehabilitasi,kemudian melepaskannya ke laut.
Denda dan penguatkuasaan undang-undang memburu haiwan terancam atau mencuri tumbuhan yang dilindungi ialah sebahagian daripada aktiviti _________ .
pemeliharaan
pemuliharaan
kempen
Pilih aktiviti pemeliharaan. (3 JAWAPAN)
Tapak RAMSAR
Hutan simpanan
Tanam semula pokok balak
Taman laut
Antara berikut, yang manakah BUKAN langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam?
Menganjurkan kempen menentang pembalakan haram
Mewartakan spesies hidupan yang dilindungi
Memelihara dugong di kawasan perumahan
Mewujudkan pusat rehabilitasi
