wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 2: TREND PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Isu serantau adalah isu yang melibatkan

a)

masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara seperti kadar pertumbuhan ekonomi

b)

perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan perniagaan dengan komuniti

c)

hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti Thailand

d)

perdagangan antarabangsa seperti eksport dan import

2.

Pilih pernyataan yang merupakan peranan agensi kerajaan TEKUN Nasional

a)

Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan

b)

Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan

c)

Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia

d)

Menjamin kedudukan kewangan pencarum di usia tua

3.

Manakah merupakan peranan kerajaan pusat dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan?

a)

Pelepasan cukai

b)

Promosi perniagaan

c)

Pembiayaan perniagaan

d)

Penggubalan undang-undang

4.

Pernyataan yang manakah benar tentang peranan Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Menggubal undang-undang perniagaan

b)

Menyediakan latihan dan pembangunan

c)

Melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat

d)

Menggubal Undang-Undang Kecil Pasar

5.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan keadaan pengangguran kitaran?

a)

Pekerja menggangur kerana tamat kontrak kerja

b)

Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana kemelesetan ekonomi

c)

Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana penggunaan teknologi terkini

d)

Perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja

6.

Maklumat dibawah ini berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan.

Trend X dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin meningkat.

Faktor dalaman manakah yang menyebabkan keadaan berkenaan?

a)

Pekerja yang kreatif

b)

Tiada teknologi baharu

c)

Situasi politik yang stabil

d)

Keadaan ekonomi berkembang

7.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan faktor luaran yang menyebabkan trend persekitaran menurun?

I Pengeluaran menurun

II Tiada teknologi baru

III Keadaan ekonomi lembab

IV Perundangan yang tidak stabil

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IIII

d)

III dan IV

8.

Nyatakan tiga trend persekitaran perniagaan.

I Trend meningkat

II Trend menurun

III Trend mendatar

IV Trend statik

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

9.

Bagaimanakah faktor dalaman menyebabkan berlaku trend persekitaran perniagaan menurun?

a)

Kegawatan ekonomi

b)

Keuntungan perniagaan merosot

c)

Kos penyelidikan yang meningkat

d)

Gaya pengurusan sumber manusia yang autokratik

10.

Apakah kesan peningkatan daya pengeluaran terhadap trend persekitaran perniagaan?

a)

Berdaya saing

b)

Hasil perniagaan statik

c)

Kos pengeluaran bertambah

d)

Keuntungan perniagaan meningkat

11.

Gambar 1 menunjukkan keadaan trend persekitaran yang berlaku dalam sebuah perniagaan. Apakah jenis trend persekitaran perniagaan tersebut?

a)

Trend menurun

b)

Trend mendatar

c)

Trend mencapah

d)

Trend meningkat

12.

Pernyataan manakah yang benar tentang pasaran untuk semua?

a)

Pasaran yang berkaitan dengan jual beli saham, sekuriti, pinjaman dan pelaburan

b)

Pasaran produk yang ditawarkan kepada semua pengguna seperti beras, gula dan sebagainya

c)

Pasaran barangan akhir atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, perniagaan dan sektor awam

d)

Pasaran yang tertumpu kepada sesebuah segmen pasaran yang meliputi satu golongan tertentu seperti mereka yang berkongsi minat, hobi atau kemahuan yang sama

13.

Pernyataan manakah yang benar tentang analisis SWOT?

a)

Peluang dan kekuatan ialah komponen faktor luaran

b)

Peluang dan ancaman ialah komponen faktor luaran

c)

Kekuatan dan kelemahan ialah komponen faktor dalaman

d)

Kelemahan dan peluang ialah komponen faktor dalaman

14.

Sesebuah negara dianggap maju apabila mencapai guna tenaga penuh. Apakah ciri guna tenaga penuh?

a)

Ramai pekerja asing

b)

Negara yang masih dalam kemiskinan

c)

Pendudukan yang ramai kaum perempuan

d)

Negara yang ada kadar pengangguran di bawah 4%

15.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan


Afif merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn BHd. Beliau memberi kebebasan kepad pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas.


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Afif?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire