Worksheetstarannum Al-Quran
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Pada pandangan anda, apakah maksud yang tepat bagi tarannum?
intonasi yang didendangkan melalui bacaan yang baik
kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak, dan irama yang tertentu
kaedah seni suara yang dibunyikan menerusi nada, rentak, dan irama yang lunak pada metod yang tertentu untuk memperelokkan sesuatu bacaan
dendangan atau nyanyian yang diilhamkan daripada alam dan persekitaran sekeliling
Pilih aliran tarannum yang tepat
Hijazi - seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari dari kawasan Mekah dan Madinah
Kurdi - seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari di sekitar Mesir
'Ajami - seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari dari Iraq dan Turki
Misri - seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari dari kawasan Iraq dan sekitarnya
Berikut merupakan gaya bacaan aliran Hijazi kecuali :
ciri geografi yang berpadang pasir, bentuk muka bumi yang berbukit dan suhu kawasan yang tinggi
suasana persekitaran adalah bersifat tempatan
rentak yang lembut, lenggok suara yang sederhana
gaya bacaan dan irama yang lincah, nada suara tinggi kehangatan
Hukum keharusan bertarannum adalah sekiranya
mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah
membantu kesenangan hati
tiada langsung kebaikan agama diperoleh
mendekati al-Quran
Berikut merupakan asas tarannum aliran Misri kecuali :
Jiharkah
Nahwand
Rast
Husaini
Apakah yang dimaksudkan dengan ihtilal al-lahn?
suara mendaki dan menurun mengikut susunan suara
kemahiran mencondongkan suara
gabungan alunan beberapa tarannum dalam satu harakah
bunga-bunga suara yang terjadi sendirinya atau yang digubah
Pilih susunan tarannum yang lazim digunakan oleh qari di Malaysia
Nahwand-Hijaz-Rast-Bayati-Sikah
Bayati-Rast-Soba-Hijaz-Iraqi
Bayati-Nahwand-Rast-Sikah-Jiharkah
Bayati-Soba-Iraqi-Sikah-Nahwand
Berikut merupakan sifat bagi tarannum Hijaz kecuali :
Gerak lambat tapi berkesan
Kelincahan menghidupkan persembahan
Sesuai dengan mana-mana tabaqat
Sesuai dengan ayat memohon, bercerita, dan sebagainya
Peranan tarannum Nahwand adalah
melembutkan bacaan
memberi semangat kepada persembahan
menunjukkan ketegasan kepada mesej al-Quran
memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar
Komponen penting dalam tarannum adalah seperti berikut kecuali :
harakah
qit'ah
banjakah
mahattah
