Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Amin membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing gila.
a)
jalan buntu
b)
membawa diri
c)
langkah seribu
d)
angkat kaki
2.
Anggota - anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
a)
alas perut
b)
ikat perut
c)
makan hati
d)
makan garam
3.
Orang yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.
a)
masa itu emas
b)
ilmu itu pelita hidup
c)
bertangguh itu pencuri masa
d)
bahasa jiwa bangsa
4.
Walaupun berlainan bangsa, hubungan Wong dan Ramesh sungguh akrab.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti kucing dibawakan lidi
c)
seperti pahat dengan penukul
d)
seperti gergaji dua mata
5.
Akhirnya Wak Seman berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
a)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
c)
ikut hati mati, ikut rasa binasa
d)
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
6.
Mak Munah memarahi anaknya kerana terlalu lambat menyiapkan kerja yang mudah itu.
a)
liat seperti getah
b)
lambat seperti kura-kura
c)
degil seperti keldai
d)
ringan seperti kekabu
7.
Pembinaan projek perumahan itu terbengkalai kerana pihak pengurusannya ___________________.
a)
makan angin
b)
kacang hantu
c)
gulung tikar
d)
perang dingin
8.
Hati Normala _______________ apabila mendengar penghinaan orang kampung terhadap kedaifan keluarganya.
a)
bagai dihiris dengan sembilu
b)
bagai kacang lupakan kulit
c)
bagai murai tercabut ekor
d)
bagai cacing kena air panas
9.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

10.

Orang yang selalu bertengkar

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Air dicincang tidak akan putus

c)

Seperti anjing dengan kucing

d)

Bagai dihiris sembilu

11.

Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.

a)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

Malang tidak berbau

c)

Bagai telur di hujung tanduk

d)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

12.

Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud

a)

Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.

b)

Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

c)

Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.

d)

Seseorang yang mengalami kerisauan.

13.

Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah

a)

Bagai halilintar membelah bumi

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Bagai anjing dengan kucing

d)

Air dicincang tidak akan putus

14.

Peribahasa yang paling tepat untuk gambar tersebut ialah

a)

Bagai isi dengan kuku

b)

Bagai dakwat dengan kertas

c)

Bagai cincin dengan permata

d)

Bagai bulan dipagar bintang

15.

Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah

a)

Bagai pinang di belah dua

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Bagai menatang minyak yang penuh

d)

Bagai bulan jatuh ke riba