wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK TING 4 - KEKELUARGAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam masyarakat?

a)

Kepincangan sesebuah keluarga akan menyumbang kepada keretakan sesebuah masyarakat.

b)

Keluaraga yang harmoni akan melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap diri dan insan lain.

c)

Keluarga merupakan penyumbang kepada akhlak yang baik.

d)

Institusi keluarga adalah penyumbang kepada sifat kebertanggungjawaban.

2.

Berikut merupakan kemahiran keibubapaan kecuali?

a)

Kemahiran insaniah

b)

Kemahiran menulis

c)

Kemahiran berbincang

d)

Kemahiran berkomunikasi

3.

Beri peluang kepada anak-anak untuk memberi idea dan pandangan mereka. Perkara ini merujuk kepada kemahiran?

a)

Kemahiran insaniah

b)

Kemahiran berkomunikasi

c)

Kemahiran mendengar

d)

Kemahiran berbincang

4.

Beri peluang kepada anak-anak untuk memberi idea dan pandangan mereka. Perkara ini merujuk kepada kemahiran?

a)

Kemahiran insaniah

b)

Kemahiran berkomunikasi

c)

Kemahiran mendengar

d)

Kemahiran berbincang

5.

Bapa anda cuba untuk berdiam diri dan memahami situasi anda ketika anda menceritakan tentang masalah anda. Apakah kemahiran keibubapaan yang sedang bapa anda lakukan?

a)

Kemahiran berbincang

b)

Kemahiran menulis

c)

Kemahiran mendengar

d)

Kemahiran membimbing

6.

Ibu bapa perlu pandai menggunakan ketegasan dalam situasi yang berbeza, dan mereka juga perlu mengetahui situasi yang memerlukan kelembutan dan kasih sayang. Perkara ini merujuk kepada?

a)

Kemahiran berkomunikasi

b)

Kemahiran insaniah

c)

Suri teladan kepada anak-anak

d)

Kemahiran mendengar

7.

Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah keluarga itu gagal?

a)

Memberikan implikasi negatif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.

b)

Mewujudkan keluarga yang bahagia.

c)

Memberikan implikasi yang positif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.

d)

Mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat.

8.

Berikut merupakan cara ibu bapa berbincang dengan anak-anak dengan baik kecuali...

a)

A. Tidak menggunakan kekerasan semasa berbincang dengan anak.

b)

B. Mendengar pendapat anak sehingga selesai tanpa memotong percakapan anak

c)

C. Berbicang dalam keadaan rasional dan tidak beremosi.

d)

D. Menjerit menggunakan kata-kata kesat ketika anak berbuat salah.

9.

Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak?

a)

A. Kerana ibu bapa lebih berpengalaman dan lebih lama hidup.

b)

B. Anak-anak atau remaja yang sedang meningkat usia cenderung mencontohi kelakuan ibu bapa.

c)

C. Kerana anak-anak harus menghormati ibu bapa

d)

D. Supaya anak-anak menjadi sama seperti ibu bapa

10.

Terdapat beberapa ibu bapa yang sering bersikap tidak adil terhadap anak-anak. Apakah kesan buruk daripada sikap ibu bapa tersebut?

a)

A. Wujud perasaan dengki antara adik-beradik.

b)

B. Ibu bapa dapat mengawal anak dengan baik.

c)

C. Anak-anak tidak akan mementingkan diri sendiri.

d)

D. Anak-anak akan mengikut kata ibu-bapa

11.

Kemahiran keibubapaan merupakan sesuatu yang amat penting bagi institusi kekeluargaan. Tujuannya adalah _____________

a)

mewujudkan sesebuah keluarga bahagia

b)

keluarga bertoleransi dan saling memahami

c)

keharmonian institusi kekeluargaan

d)

kesihatan keluarga baik

e)

perbelanjaan keluarga meningkat

12.

Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik untuk mendengar luahan anak-anak sama ada dalam keadaan sedih atau gembira.


Antara kemahiran mendengar:

a)

memberi maklum balas dengan segera tanpa anak menghabiskan cerita mereka.

b)

Sentiasa memberikan tumpuan, sabar dan meluangkan masa untuk mendengar.

c)

Jadi pendengar yang aktif dengan memberikan maklum balas yang baik.

d)

Fahami pandangan dan perasaan anak-anak.

13.

Berikut merupakan aktiviti bersama-sama ahli keluarga yang dapat mengeratkan hubungan dan komunikasi antara ahli keluarga kecuali:

a)
b)
c)
d)
e)
14.

Berikut merupakan contoh suri teladan kapada anak-anak kecuali:

a)

Bersikap lemah lembut dan sopan santun

b)

Bersikap kasar sepanjang masa

c)

Berkata jujur

d)

Penampilan diri yang kemas

15.

Antara pelbagai masalah remaja akibat lemahnya institusi kekeluargaan iaitu ___________

a)
b)
c)
d)
e)