wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI ASK TING3

Total questions: 24

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, kesalahan manakah yang akan menyebabkan berlakunya ralat masa larian?

a)

Kesalahan membuat pengiraan

b)

Tertinggal tanda kurung atau tanda petik

c)

Menggunakan pemalar yang tidak wujud

d)

Kesalahan menggunakan operator logik pada pemboleh ubah yang berjenis data string

2.

Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan bagi mengenal pasti komponen masalah ketika menulis kod arahan dalam fasa pengekodan?

a)

Teknik leraian

b)

Teknik peniskalaan

c)

Teknik pengitlakan

d)

Teknik pengecaman corak

3.

Apakah tujuan dokumentasi dalaman disediakan?

a)

Memudahkan penyelenggaraan sesuatu aplikasi

b)

Memberikan maklumat mengenai algoritma atur cara

c)

Memberikan maklumat tentang pemasangan dan cara pelaksanaan atur cara

d)

Membantu pengatur cara baharu untuk memahami atur cara yang telah dibangunkan

4.

Antara berikut, fasa manakah yang melibatkan temu bual, soal selidik atau pemerhatian oleh pengatur cara?

a)

Fasa pengekodan

b)

Fasa dokumentasi

c)

Fasa analisis masalah

d)

Fasa reka bentuk atur cara

5.

Dokumentasi dalaman digunakan sebagai rujukan oleh pengatur cara baharu dalam sebuah organisasi

a)

BETUL

b)

SALAH

6.

Antara berikut, fasa manakah yang melibatkan pengatur cara perlu memilih bahasa dan perisian pengaturcaraan?

a)

Fasa pengekodan

b)

Fasa dokumentasi

c)

Fasa analisis masalah

d)

Fasa reka bentuk atur cara

7.

Antara berikut, fasa manakah yang melibatkan pengatur cara perlu menulis pseudokod dan melukis carta alir?

a)

Fasa pengekodan

b)

Fasa dokumentasi

c)

Fasa analisis masalah

d)

Fasa reka bentuk atur cara

8.

Dokumentasi luaran terbahagi kepada dokumentasi pustaka dan panduan pengguna

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Dalam fasa dokumentasi, teknik pemikiran komputasional yang terlibat hanyalah teknik leraian, teknik peniskalaan dan teknik pengitlakan

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Antara berikut, pernyataan manakah yang betul mengenai integriti?

a)

Pembuktian penghantar dan penerima maklumat

b)

Kesulitan sesuatu maklumat yang perlu dilindungi

c)

Pengenalpastian pihak yang terlibat dalam suatu komunikasi

d)

Mengenal pasti perubahan terhadap maklumat atau data daripada pihak lain

11.

Antara berikut, kaedah sifer manakah yang termasuk di bawah Substituition cipher?

a)

Pigpen cipher

b)

Caesar cipher

c)

Reverse cipher

d)

Rail fence cipher

12.

Apakah ciri-ciri kaedah penyulitan yang menggunakan Columnar Transposition?

a)

Urutan abjad dalam kunci perlu ditentukan

b)

Ditulis dalam susunan mengikut corak pagar

c)

Bilangan abjad dalam kunci menentukan bilangan baris dalam jadual

d)

Bilangan abjad dalam kunci menentukan bilangan lajur dalam jadual

13.

Antara berikut, kaedah sifer manakah yang tidak menggunakan kunci?

a)

Reverse cipher

b)

Caesar cipher

c)

Rail fence cipher

d)

Columnar Transposition

14.

Apakah perkataan yang akan terhasil sekiranya anda menggunakan Reverse cipher jenis songsangan seluruh mesej bagi perkataan berikut:


RETUPMOK NAISIREP

(a)  

15.

Apakah hasil penyulitan mesej yang akan terhasil sekiranya anda menggunakan Reverse cipher jenis songsangan perkataan bagi perkataan di bawah:


POLA PETEMPATAN

(a)  

16.

Kriptografi berasal daripada bahasa...

a)

Yunani

b)

Inggeris

17.

Golongan elit Tamadun Mesir Purba menggunakan tulisan ............................ yang merupakan salah satu contoh kriptografi

a)

Hebrew

b)

Hieroglif

18.

Antara berikut, manakah merupakan persamaan antara linear search dan bubble sort?

a)

Digunakan bagi memudahkan untuk mengesan ralat yang ada

b)

Digunakan untuk senarai yang mempunyai item yang sedikit

c)

Digunakan untuk senarai yang mempunyai item yang banyak

d)

Digunakan untuk mencari kedudukan sesuatu item di dalam senarai

19.

Apakah kelebihan binary search berbanding linear search?

a)

Melibatkan senarai yang sedikit sahaja

b)

Memilih item-item tertentu sahaja untuk diisih

c)

Senarai tidak perlu diisih dalam urutan menaik

d)

Menjimatkan masa kerana tidak perlu menyemak setiap item dalam senarai

20.

Antara berikut, pernyataan manakah yang betul mengenai bucket sort?

a)

Penukaran dua item dalam senarai

b)

Mengasingkan item dalam senarai tertentu

c)

Mengisih item di dalam baldi secara berasingan

d)

Membandingkan dua item pertama dalam senarai

21.

Antara berikut, teknik manakah yang menggunakan pemboleh ubah temp?

a)

Bubble sort

b)

Bucket sort

c)

Binary search

d)

Linear search

22.

Berdasarkan maklumat di bawah, padankan jenis algoritma yang betul:


Boleh digunakan untuk senarai yang belum diisih

a)

Algoritma Sort

b)

Algoritma Search

23.

Berdasarkan maklumat di bawah, padankan jenis algoritma yang betul:


Mengisih item-item dalam senarai mengikut urutan menaik atau menurun

a)

Algoritma Sort

b)

Algoritma Search

24.

Berdasarkan maklumat di bawah, padankan jenis algoritma yang betul:


Isihan tamat apabila semua item berada dalam urutan yang betul

a)

Algoritma Sort

b)

Algoritma Search