wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unsur dalam kala 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah berikut menunjukkan susunan elektron atom bagi dua unsur.


Jejari atom Y lebih kecil daripada jejari atom X kerana...

a)

atom Y mempunyai lebih elektron daripada atom X

b)

atom Y mempunyai lebih elektron valens daripada atom X

c)

atom Y mempunyai lebih proton daripada atom X

d)

atom Y adalah lebih elektronegatif daripada atom X

2.

Jadual berikut menunjukkan susunan elektron bagi atom tiga unsur, P, Q dan R.


Antara yang berikut, yang manakah benar tentang undur-undur itu mengikut susunan P, Q dan R?

a)

Jejari atom bertambah

b)

Keelektronegatifan bertambah

c)

Takat lebur bertambah

d)

Sifat kelogaman bertambah

3.

Sifat yang manakah tidak benar tentang unsur-unsur Kala 3 apabila merentasi kala?

a)

Nombor nukleon bertambah

b)

Nombor proton bertambah

c)

Bilangan petala terisi elektron bertambah

d)

Bilangan elektron valens bertambah

4.

Unsur yang manakah membentuk oksida yang melarut dalam kedua-dua asid nitrik dan larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan satu larutan tidak berwarna?

a)

Al

b)

Si

c)

P

d)

S

5.

Jadual berikut menunjukkan nombor proton bagi unsur S, T, U dan V.


Pernyataan yang manakah tidak benar?

a)

Saiz atom bertambah mengikut tertib S, T, U, V

b)

S dan V adalah logam manakala T dan U adalah bukan logam

c)

S, T dan U adalah dalam kala yang sama di Jadual Berkala

d)

Keelektronegatifan bertambah mengikut tertib V, S, T, U

6.

Oksida P larut dalam asid nitrik. Tindakbalas berlaku.

Oksida P tidak larut dalam larutan natrium hidroksida. Tindakbalas tidak berlaku.

Unsur P ialah (a)  

7.

Oksida R bertindakbalas dengan larutan asid nitrik dan larutan natrium hidroksida. Oksida R ialah sejenis

a)

oksida bes

b)

oksida asid

c)

oksida amfoterik

d)

logam alkali

8.

Apabila merentasi kala 3, saiz atom akan berkurang.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Apabila merentasi kala 3, saiz atom akan berkurang kerana

a)

bilangan elekton valens bertambah

b)

tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah.

c)

bilangan proton di dalam nukleus bertambah

d)

atom sedang berpuasa

10.

Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai perubahan sifat unsur merentasi kala dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Jejari atom meningkat

b)

Jisim atom relatif berkurang

c)

Bilangan proton dalam setiap atom meningkat

d)

Bilangan elektron valens dalam setiap atom berkurang

11.

Aluminium oksida mempunyai kedua-dua sifat asid dan bes, oleh itu aluminium oksida ialah

a)

oksida bes

b)

oksida asid

c)

oksida metaloid

d)

oksida amfoterik

12.

Unsur-unsur yang manakah yang boleh membentuk oksida bersifat asid?

a)

Magnesium dan sulfur

b)

Magnesium dan natrium

c)

Sulfur dan fosforus

d)

natrium dan fosforus

13.

Mengapakah saiz atom berkurang daripada natrium kepada argon dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Bilangan elektron valens bertambah

b)

Keelektronegatifan unsur bertambah

c)

Tarikan nukleus terhadap elektron valens dalam petala bertambah

d)

Sifat unsur-unsur berubah dari logam kepada bukan logam

14.

Unsur manakah yang bukan terletak dalam kala 3?

a)

Natrium

b)

Zink

c)

Aluminium

d)

Silikon

15.

Nyatakan sifat oksida bagi natrium oksida.

a)

Oksida bes

b)

Oksida amfoterik

c)

Oksida aid

16.

Mengapakah unsur natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon (Si), fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan argon (Ar) berada dalam kala yang sama?

a)

Mempunyai elektron valens yang sama

b)

Mempunyai bilangan petala yang sama

17.

Magnesium digunakan untuk membuat tin.

a)

Benar

b)

Palsu

18.

Nyatakan keadaan fizik bagi Argon.

a)

Pepejal

b)

Cecair

c)

Gas

19.

Silikon digunakan sebagai semikonduktor dalam penghasilan mikrocip elektronik. Nyatakan sifat fizik bagi silikon.

a)

Unsur logam

b)

Unsur separa logam atau metaloid

c)

Unsur bukan logam.

20.

Apabila merentasi kala 3 dari kiri ke kanan, keelektronegatifan akan bertambah.

a)

Betul

b)

Salah