wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA KERJA TAHUN 4

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.
 Emak menegur sikap Mimi yang suka __________ percakapan orang tua.
a)
mengekang
b)
menyindir
c)
menahan
d)
menyampuk
2.
Perempuan itu menjinjing begnya sambil __________ anaknya menuju ke perhentian bas.
a)
mendukung
b)
mengelek
c)
membawa
d)
mengepit
3.
Perempuan tua itu __________ bakul berisi beberapa biji betik di atas kepalanya.
a)
menjinjing
b)
menjunjung
c)
mengelek
d)
memikul
4.
Kami ............. bola sepak di padang.
a)
bermain
b)
dimain
c)
memain
5.
Penagih-penagih dadah yang lari dari pusat pemulihan itu masih __________ di sekitar Kampung Sentosa.
a)
berselerak
b)
berkeliaran
c)
bertaburan
d)
bertempiaran
6.
Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.
a)
dijerat
b)
dijerut
c)
diikat
d)
ditambat
7.
Rumah yang rosak akibat dilanda ribut itu ____________ secara gotong-royong.
a)
diruntuhkan
b)
dibaiki
c)
dipulihkan
d)
dikemaskan
8.
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
a)
dilap
b)
disapu
c)
dicalit
d)
digilap
9.
Adik _____lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.

a)
mematikan
b)
menyalakan
c)
memasangkan
d)
menghembuskan
10.
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk
a)
dikupas
b)
dikopek
c)
ditarah
d)
disiang
11.
Amin ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
a)
terjatuh
b)
tercegat
c)
terhenti
d)
terduduk
12.
Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
a)
menggigil 
b)
mengecut
c)
menggoyang
d)
meracau
13.
Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
a)
mencanai
b)
menggentel
c)
menguli
d)
mengisar
14.
Puan Hidayah.... rendang ayam dan ketupat untuk hidangan makan malam.
a)
menggoreng
b)
memasak
c)
menjerang
15.
Dollah sedang ..... lubang untuk menanam bangkai haiwan yang telah mati.
a)
menimbus
b)
menanam
c)
menggali
d)
mencakar