wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REKA BENTUK LANDSKAP_TING.4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk landskap ?

a)

Hiasan reka letak di luar bangunan secara semula jadi seperti tumbuhan, bukit, gunung dan tasik.

b)

Hiasan di dalam dan luar bangunan yang menggabungkan hiasan dalaman dan hiasan luaran.

c)

Hiasan reka letak di luar bangunan secara buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.

d)

Hiasan reka letak di luar bangunan sama ada secara semula jadi seperti tumbuhan, bukit, tasik ataupun buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.

2.

Siapakah antara berikut bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan kejuruteraan struktur?

a)

Kontraktor landskap

b)

Arkitek landskap

3.

Reka bentuk landskap terbahagi kepada dua jenis iaitu

a)

landskap kejur dan landskap lembut

b)

landskap tanaman dan landskap binaan

4.

Antara berikut, yang manakah institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang reka bentuk landskap?

a)

Universiti Teknologi Mara dan Kolej Universiti Agrosains

b)

Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan nurseri atau tapak semaian?

a)

Taman untuk mendidik masyarakat yang berminat dalam bidang landskap agar menjadi pelapis pereka landskap

b)

Tempat untuk menyemai benih tanaman sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan

6.

Mengapakan Dasar Landskap Negara (DLN) dilancarkan?

a)

Meningkatkan sumber pendapatan pereka landskap

b)

Bukti keprihatinan kerajaan untuk memartabatkan seni landskap negara

7.

Seorang pereka bentuk landskap perlu bijak menggunakan gabungan kepakaran tertentu. Apakah kepakaran tersebut?

a)

Artistik dan Saintifik

b)

Sosial dan Ekonomi

8.

Bertanggungjawab dalam mengekalkan kehijauan dan landskap negara sentiasa dalam keadaan terbaik. Apakah institusi yang menjalankan tanggungjawab tersebut?

a)

Jabatan Landskap Negara

b)

Kementerian Landskap Malaysia

9.

Antara berikut, yang manakah tugas seorang pensyarah dalam bidang landskap?

a)

Menjalankan penyelidikan ilmiah

b)

Menyediakan perkhidmatan landskap

10.

Pilih komponen yang terdapat pada sesebuah pelan landskap.

a)

Nama pokok dan arah mata angin

b)

Nisbah tanaman dan simbol

11.

Pilih elemen utama bagi reka bentuk landskap konsep kontemporari.

a)

Reka bentuk geometri dan struktur binaan konkrit serta logam

b)

Laman rumput yang luas dan binaan melebihi tumbuhan

12.

Seorang arkitek landskap wajib lulus peperiksaan kendalian

a)

Dasar Landskap Negara (DLN)

b)

Institut Arkitek Landskap Malaysia (I.L.A.M)

13.

Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai objek landskap kejur?

a)

Air pancut dan rumput hiasan

b)

Laluan simen dan pergola

14.

Aspek utama yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu dalam proses penghasilan reka bentuk landskap ialah

a)

menentukan tema dan fungsinya

b)

mengukur keluasan kawasan

15.

Gambar rajah di atas menunjukkan salah satu proses menghasilkan pelan reka bentuk landskap. Apakah nama pelan tersebut?

a)

Pelan tapak

b)

Peta buih

16.

Apakah nama alat tersebut?

a)

French curve

b)

Sesiku segi tiga

17.

Mengapakah kerjaya dalam bidang landskap semakin mendapat tempat di Malaysia?

a)

Seiring dengan pembangungan negara

b)

Kos penghasilan yang semakin murah

18.

Khidmat pereka bentuk landskap diperlukan oleh sektor awam serta swasta. Manakah antara sektor berikut memerlukan khidmat pereka bentuk landskap?

a)

Jabatan perangkaan

b)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

19.

Siapakah yang terlibat dalam skop kerja tersebut?

a)

Kontraktor Landskap

b)

Arkitek Landskap

20.

Melibatkan aktiviti merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap. Siapakah yang terlibat dalam skop kerjaya tersebut?

a)

Pereka bentuk landskap

b)

Pelukis pelan landskap

21.

Seorang pereka bentuk landskap perlu bijak menggunakan gabungan kepakaran______________.

I. Sosial

II. Artistik

III. Saintifik

IV. Ekonomi

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan Iv

22.

Khidmat pereka bentuk landskap diperlukan oleh sektor awam dan swasta.Manakah antara sektor berikut yang memerlukan khidmat pereka bentuk landskap?

I. Jabatan Perhutanan

II. Jabatan Perangkaan

III. Jabatan Perhidmatan Awam

IV. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Landskap adalah hasil interaksi antara tiga faktor ,apakah faktor tersebut ?

a)

Abiotik,biotik dan budaya

b)

Praktikal,Estetik dan Hortikultur

c)

Artistik,saintifik dan kemahiran teknikal

24.

Reka bentuk landskap ialah bidang yang berkaitan dengan ________.

a)

Sains dan seni

b)

Sains dan matematik

c)

Geografi dan Sains

25.

Bidang Reka Bentuk Landskap merupakan 1 profesion yang mengambil kira ______ dan ________.

a)

alam binaan , alam semula jadi

b)

alam semula jadi, alam benda

c)

alam nyata, alam benda

26.

Pereka bentuk landskap dikategorikan dalam bidang _____.

a)

profesional

b)

pengurusan

c)

kurang profesional

27.

Berikut merupakan tumpuan pereka bentuk landskap kepada pengindahan persekitaran luaran KECUALI _____.

a)

reka bentuk

b)

pembinaan

c)

penyelenggaran

d)

pembersihan

28.

Prospek pereka bentuk landskap semakin penting di negara kita dan hala tuju mereka semakin jelas.

a)

Betul

b)

Salah

29.

Keperluan pereka bentuk landskap semakin meningkat seiring dengan ________.

a)

kepesatan pembangunan

b)

kemajuan perindustrian

c)

peningkatan penduduk

30.

Terdapat 5 jenis peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang reka bentuk landskap. berdasarkan pilihan jawapan di bawah pilih jenis kerjaya yang sesuai denga bidang reka bentuk landskap.

a)

Pensyarah

b)

Usahawan Landskap / Nurseri

c)

Kontraktor Landskap

d)

Arkitek Landskap

e)

Pereka Fesyen