wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Anak kucing yang baru lahir itu diberi nama _____________.

a)

Si Jalak

b)

Si Comel

c)

Pak Belang

d)

Sang Kancil

2.

Jamal dan Azman bermain bola sepak di (a)   .

(Tulis jawapan dengan huruf kecil.)

3.

"Hadiah ______________ sungguh bermakna bagi saya," kata Mazna sambil memegang hadiah pemberian rakannya.

a)

sini

b)

ini

c)

situ

d)

itu

4.

Dato Iman seorang usahawan yang berjaya. ______________ suka menolong orang miskin.

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Baginda

d)

Patik

5.

Ayah __________________ tangan anaknya semasa melintas jalan.

a)

mengambil

b)

mengangkat

c)

memeluk

d)

memimpin

6.

Air itu ______________ oleh Ahmad menggunakan cerek.

a)

dinanak

b)

dijerang

c)

direbus

d)

dibakar

7.

Mak Cik Rosmah memotong lobak merah menggunakan se_____________ pisau.

a)

laras

b)

batang

c)

bilah

d)

buah

8.

Tukang masak itu memasukkan se____________ garam ke dalam masakannya.

a)

cubit

b)

genggam

c)

kotak

d)

bekas

9.

Sungguh ___________ suara penyanyi kanak-kanak itu.

a)

enak

b)

bising

c)

sedap

d)

merdu

10.

Daging kambing itu berbau ________________.

a)

hangit

b)

hapak

c)

hamis

d)

hanyir

11.

Mak Jah memarahi cucunya __________________ memanjat pokok manggis.

a)

kecuali

b)

kerana

c)

hingga

d)

tetapi

12.

Encik Saiful membaca surat khabar _______________ minum kopi.

a)

sambil

b)

atau

c)

supaya

d)

lalu

13.

Pak Majid mengunjungi rumah Encik Tan ________________ Tahun Baru Cina.

a)

ke

b)

pada

c)

di

d)

kepada

14.

Abang memasang langsir itu _______________ persiapan menyambut hari raya.

a)

oleh

b)

dengan

c)

untuk

d)

dari

15.

Gantikan perkataan bergaris dengan kata sendi nama yang betul.


Encik Haris memandu kereta untuk pergi di pejabat.

(a)  

16.

"________________kah kamu letakkan telefon bimbit ibu?," tanya Puan Umi kepada anaknya.

a)

Bagaimana

b)

Di mana

c)

Mengapa

d)

Apa

17.

______________ berbual ketika berada di dalam perpustakaan.

a)

Sila

b)

Tolong

c)

Jangan

d)

Jemput

18.

_____________kah nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

a)

Berapa

b)

Apa

c)

Siapa

d)

Bila

19.

_____________, merahnya warna tudung kamu!

a)

Eh

b)

Amboi

c)

Wah

d)

Aduh

20.

"______________, besarnya rumah di hujung kampung itu!" kata Fara kepada Yani.

a)

Syabas

b)

Wah

c)

Nah

d)

Cis