NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU-KATA KERJA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Firdaus memenangi acara _____________ lembing pada peringkat daerah baru-baru ini.
melontar
melempar
membaling
merejam
Ibu ______________ tangan adik ketika melintas jalan.
menghimpit
memimpin
menuntun
menarik
Sekumpulan penagih dadah itu lari _____________ untuk melepaskan diri apabila pihak polis menyerbu sebuah rumah usang yang dipercayai menjadi sarang penagihan dadah.
bertempiaran
berkejaran
berlumba-lumba
berserakan
Pak Dollah berehat di bawah sebatang pokok untuk ____________ penat setelah seharian dia membanting tulang di sawah itu.
membersihkan
merehatkan
menghilangkan
menghapuskan
Beliau _____________ bintang kebesaran oleh Sultan dalam majlis rasmi itu.
dianugerahkan
dianugerahi
menganugerahkan
menganugerahi
Mak Minah ____________ halus daging lembu itu untuk dijadikan inti karipap.
memotong
menghiris
mencincang
membelah
Ibu sedang _____________ bawang di dapur dengan pisau yang tajam keseorangan kerana kakak sedang seronok tidur di bulan puasa ini.
melapah
mengerat
melibas
menghiris
Kakak _______________ sedulang minuman untuk bakal mertuanya dengan sopan santun sambil tersenyum gembira.
membawa
menatang
mengendong
meletakkan
Saya dan abang menyelamatkan buku-buku teks dengan ______________ di atas kepala supaya tidak basah ketika musim banjir.
memikul
meletakkan
menjunjung
memegang
Siti dan kakak menolong nenek ____________ ketupat sebagai juadah hari raya kerana kek telah habis dimakan oleh ayah.
melipat
membungkus
menganyam
origami
Dua orang petugas sedang ______________ mangsa kemalangan yang pengsan itu untuk dibawa ke hospital.
mengangkat
mendukung
mengendong
mengusung
Aiman tersenyum gembira ____________ beg sekolah baharunya itu.
memikul
memegang
menggalas
menjunjung
Ramasamy terpaksa _______________ Atan kerana kaki kanan Atan cedera akibat terpesorok di dalam lubang di padang sekolah yang belum siap.
memikul
menarik
memimpin
memapah
Abang ___________ basikal dengan perlahan-lahan di tepi jalan kerana rantai basikal itu putus.
menuntun
membawa
mengangkat
memulas
Ayah terpaksa __________ setandan pisang di atas bahu kerana dia lupa membawa kereta sorong.
menjinjing
memegang
memikul
mengusung
Adik ... gambar-gambar itu dalam buku skrapnya menggunakan gam.
meletak
menampal
membubuh
menampung
Mak Kiah sedang ... tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.
menganyam
menenun
menekat
menjahit
Pak Din membawa kami ... sungai itu dengan sampannya untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
menyeberangi
menjalani
menyusuri
menjejaki
Wak Seman _________________dua bakul sayur dari kebunnya dengan sebatang kayu.
memikul
mejinjing
mengandar
megangkat
Anjing itu ... seketul tulang.
menjinjit
menganga
membimbit
mengonggong
