wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Daya Tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Nyatakan dua jenis daya.
a)
Tolakan & Himpitan
b)
Tarikan & Geseran
c)
Tarikan & Tolakan
d)
Tolakan & Geseran
2.
TOLAKAN ialah.....
a)
Perbuatan menggerakkan objek mendekati kita.
b)
Perbuatan menggerakkan objek menjauhi kita.
c)
Perbuatan menolak objek.
3.

Apakah maksud Daya ?

a)

Merupakan tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek .

b)

Daya yang melawan gerakan pada dua permukaan yang bersentuhan

c)

Kepantasan sesuatu objek bergerak dari satu tempat ketempat lain.

d)

tarikan yang boleh mengubah arah

4.
Aktiviti tersebut melibatkan daya...........
a)
Tarikan
b)
Tolakan
c)
Tarikan & tolakan
5.

Berdasarkan pilihan di bawah adalah kesan Daya terhadap objek KECUALI

a)

Daya mengubah bentuk objek

b)

Daya mengubah arah pergerakan objek

c)

Daya mengubah jisim objek

d)

Daya memberhentikan objek yang bergerak

6.

Nyatakan maksud Daya Geseran.

a)

Kecenderungan badan untuk mengekalkan keadaan rehat atau gerakan seragam

b)

tolakan dan tarikan yang dikenakan kepada sesuatu objek

c)

Merupakan daya yang menentang arah pergerakan objek.

7.

Antara aktiviti berikut, yang manakah melibatkan daya tarikan dan tolakan.

a)

Memakai sarung kaki.

b)

Memotong kayu menggunakan gergaji tangan.

c)

Bermain piano

d)

Mengepam tayar menggunakan pam tangan

8.

-meletakkan minyak pelincir pada enjin

-menggunakan alas bebola

-menyapu lilin pada permukaan

Antara yang berikut,yang manakah adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti di atas?

a)

kebaikan daya geseran

b)

kaedah mengurangkan geseran

c)

kaedah menambahkan geseran

d)

kesan daya geseran

9.

Dalam situasi manakah daya geseran adalah berguna?

a)

Penghasilan haba dalam mesin

b)

tayar kereta menjadi haus

c)

penghasilan bunyi apabila pintu dibuka

d)

mengasah pisau pada batu asah

10.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan ini ?

a)

bertambah jisim kotak, berkurang daya geseran

b)

bertambah jisim kotak, bertambah daya geseran

c)

berkurang jisim kotak, bertambah daya geseran

11.

Salim mendapati engsel pintu rumahnya berbunyi apabila pintu itu dibuka.

Antara yang berikut, yang manakah cara terbaik untuk mengurangkan bunyi itu ?

a)

Mengecat engsel dengan cat

b)

Membasahkan engsel dengan air

c)

Menyapu minyak gris pada engsel

d)

Menabur bedak talkum pada engsel

12.

Apakah yang perlu dilakukan oleh ahli angkat berat ini supaya beban itu tidak terlucut daripada tangannya yang berpeluh ?

a)

Menyapu minyak pada tapak tangan.

b)

Menyapu lilin pada pemegang beban itu

c)

Menyapu tapak tangan dengan serbuk kapur magnesium

d)

Membalut pemegang beban itu dengan plastik

13.

Pilih kebaikan Daya Geseran.

a)

Menghasilkan bunyi yang tidak diingini

b)

Membolehkan objek kekal pegun

c)

Menghasilkan haba

d)

Membolehkan kita memanjat tangga tanpa tergelincir

14.

Apakah fungsi x?

a)

menjadikan atlet itu selesa

b)

menjadikan kasut tersebut lebih menarik

c)

mengurangkan daya geseran

d)

menambahkan daya geseran dan cengkaman

15.

Antara berikut yang manakah merupakan keburukan daya geseran?

a)

Menajamkan mata pisau

b)

Tapak kasut dan tayar menjadi haus

c)

Melambatkan pergerakan objek.

d)

Menghasilkan haba dan bunyi bising pada mesin yang digunakan.

16.

Pelapik tetikus dan pelapik anti gelincir merupakan alat yang berfungsi untuk .....

a)

Menambahkan daya geseran

b)

Mengurangkan daya geseran

c)

Menghentikan pergerakan

17.

Apakah fungsi penggunaan tepung asid borik ?

a)

Menambah daya geseran untuk ahli angkat berat mengangkat pemberat besi.

b)

Menambahkan daya geseran supaya objek kekal pegun

c)

Mengurangkan daya geseran dalam permainan karom

d)

Mengurangkan daya geseran supaya objek tidak berhenti bergerak.

18.

Berdasarkan situasi A dalam gambar , apakah kesan daya geseran bagi menyelesaikan masalah tersebut?

a)

Daya geseran menyebabkan susah untuk memotong ayam.

b)

Daya geseran diperlukan untuk memotong ayam.

c)

Daya geseran menyebabkan sukar menajamkan mata pisau.

d)

Daya geseran diperlukan untuk menajamkan mata pisau.

19.

Berdasarkan situasi B dalam gambar, apakah cara untuk mengatasinya.

a)

Menaburkan serbuk kapur magnesium atas lantai untuk menambahkan daya geseran.

b)

Tidak memakai kasut untuk berjalan di atas lantai tersebut,

c)

Menggunakan pelapik anti gelincir

d)

Menggunakan pelapik plastik.

20.

Bagaimanakan budak dalam rajah dapat menggerakkan kotak dengan lebih mudah?

a)

Menggunakan kayu penggolek

b)

Membuat corak pada permukaan kotak

c)

Memastikan permukaan kotak sentiasa bersih

d)

Meletakkan kain di bawah kotak dan menariknya menggunakan kain tersebut.