wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FIZIK TINGKATAN 5 : TEST 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Leraian daya ialah

a)

satu tindakan menarik atau menolak

b)

gabungan dua atau lebih daya

c)

satu daya yang mewakili jumlah vektor bagi dua daya yang bertindak terhadap suatu ojek

d)

proses meleraikan satu daya kepada dua komponen

2.

Rajah menunjukkan busur dan anak panah yang digunakan dalam suatu kejohanan memanah. Pengubahsuaian yang manakah membolehkan anak panah itu bergerak lebih jauh apabila dilepaskan?

a)

Mengurangkan pemalar spring bagi tali

b)

Meningkatkan pemalar spring bagi tali

c)

Anak panah diperbuat daripada bahan yang lebih kuat

d)

Menggunakan bahan berketumpatan lebih tinggi bagi anak panah

3.

Rajah menunjukkan tiga bekas dengan bentuk yang berbeza berisi cecair pada paras yang sama. Tekanan yang disebabkan oleh cecair itu pada titik X, Y dan Z masing-masing ialah P1, P2, dan P3. Perbandingan yang manakah betul?

a)

P1 > P2 > P3

b)

P1 < P2 < P3

c)

P2 > P3 > P1

d)

P3 = P2 = P1

4.

Rajah menunjukkan sistem sifon. Pernyataan manakah benar?

a)

Air di dalam bikar A mengalir ke dalam bikar B sehingga isipadu air di dalam bikar A sama dengan isipadu air di dalam bikar B

b)

Air di dalam bikar A mengalir ke dalam bikar B sehingga aras air di dalam bikar A sama dengan aras air di dalam bikar B

c)

Air di dalam bikar A mengalir ke dalam bikar B sehingga bikar B penuh

d)

Air di dalam bikar A mengalir ke dalam bikar B sehingga bikar B kosong

5.

Dinding empangan di bahagian bawah jauh lebih tebal daripada di bahagian atas kerana

a)

Tekanan air pada aras atas lebih tinggi daripada tekanan air pada aras bawah

b)

Tekanan air pada aras atas lebih rendah daripada tekanan air pada aras bawah

c)

Tekanan air pada aras atas adalah sama dengan tekanan air pada aras bawah

d)

Untuk menjimatkan kos

6.

Merkuri digunakan dalam barometer kerana ia

a)

mengembang secara seragam

b)

mempunyai ketumpatan yang tinggi

c)

mempunyai takat didih yang tinggi

d)

tidak melekat pada tiub kaca

7.

Ketinggian turus merkuri dalam sebuah barometer akan berkurang jika

a)

tiub kaca diturunkan ke dalam bekas

b)

tiub kaca dinaikkan ke atas

c)

tekanan atmosfera berkurang

d)

tiub kaca dicondongkan

8.

Rajah menunjukkan sebuah brometer merkuri. Apakah yang berlaku pada ketinggian h jika tiub kaca dicondongkan?

a)

Berkurang

b)

Bertambah

c)

Kekal tidak berubah

9.

Antara ya ng berikut, yang manakah bukan aplikasi tekanan atmosfera dalam kehidupan harian?

a)

Picagari

b)

Penyedut minuman

c)

Penyedut getah

d)

Penunu bunsen

10.

Rajah menunjukkan pelocok ditekan pada dinding yang licin. Pelocok itu melekap pada dinding apabila dilepaskan. Pelocok itu melekap pada dinding kerana

a)

tekanan atmosfera sama dengan tekanan di dalam pelocok

b)

tekanan atmosfera lebih rendah daripada tekanan di dalam pelocok

c)

tekanan atmosfera lebih tinggi daripada tekanan di dalam pelocok

d)

tekanan atmosfera dan tekanan di dalam pelocok saling menolak

11.

Kita tidak mengalami tekanan atmosfera di permukaan laut kerana

a)

tekanan atmosfera sangat rendah

b)

ketumpatan atmosfera kurang daripada ketumpatan badan kita

c)

daya yang dikenakan oleh tekanan atmosfera adalah sifar

d)

tekanan badan kita sama dengan tekanan atmosfera

12.

Tekanan gas wujud kerana molekul gas

a)

bergerak secara rawak dan bebas

b)

bergerak pada halaju yang sama

c)

berlanggar antara satu sama lain dalam perlanggaran kenyal dan dengan dinding bekas

d)

berlanggar dengan dinding bekas untuk menghasilkan perubahan momentum

13.

Gas yang terperangkap di dalam suatu silinder dimampatkan oleh omboh pada suhu tetap. Kuantiti fizik yang manakah tidak meningkat?

a)

Jisim

b)

Ketumpatan

c)

Tekanan

d)

Jarak molekul

14.

Rajah menunjukkan sebuah silinder berisi udara. Apabila omboh ditarik ke atas, pernyataan manakah yang benar?

a)

Ketumpatan molekul udara bertambah

b)

Jarak di antara molekul udara bertambah

c)

Bilangan molekul udara per unit isipadu betambah

d)

Kekerapan perlanggaran antara molekul udara dengan dining silinder bertambah

15.

Rajah menunjukkan manometer digunakan untuk menentukan tekanan di dalam tangki gas. Perbandingan manakah yang betul tentang tekanan di dalam tangki gas dengan tekanan atmosfera?

a)

Tekanan di dalam tangki gas sama dengan tekanan atmosfera

b)

Tekanan di dalam tangki gas lebih besar daripada tekanan atmosfera

c)

Tekanan di dalam tangki gas kurang daripada tekanan atomosfera

d)

Tekanan atmosfera berkadar langsung dengan tekanan di dalam tangki gas

16.

Rajah menunjukkan satu sistem hidarulik. Perbandingan manakah yang benar?

a)

Daya F sama dengan berat beban

b)

Daya F lebih besar daripada berat beban

c)

Tekanan pada omboh P sama dengan tekanan pada omboh Q

d)

Tekanan pada omboh P lebih kecil daripada tekanan pada omboh Q

17.

Rajah menunjukkan sistem brek sebuah kereta. Prinsip manakah yang digunakan dalam sistem itu?

a)

Prinsip Pascal

b)

Prinsip Bernoulli

c)

Prinsip Archimedes

d)

Prinsip keabadian momentum

18.

Rajah menunjukkan suatu beban yang digantung pada neraca spring itu dimasukkan ke dalam air secara perlahan-lahan sehingga tenggelam sepenuhnya. Apakah yang akan berlaku pada bacaan spring?

a)

Meningkat

b)

Berkurang sehingga sifar

c)

Kekal tidak berubah

d)

Bekurang sehingga mencapai nilai malar

19.

Rajah menunjukkan dua belon masibg-masing digantungkan pada tali. Apabila udara ditiupdengan kut di antara belon, belon-belon itu akan

a)

kekal pegun

b)

merapat di antara satu sama lain

c)

menjauh di antara satu sama lain

20.

Rajah menunjukkan bentuk aerofoil pada sayap sebuah kapal terbang. Kapal terbang itu sedang terbang dengan pecutan seragam. Pernyataan manakah yang betul?

a)

Daya angkat lebih tinggi daripada berat kapal terbang

b)

Daya paduan dalam arah gerakan kapal terbang adalah sifar

c)

Tekanan di kawasan P lebih tinggi di kawasan Q

d)

Halaju udara di kawasan P lebih rendah daripada di kawasan Q