Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 (BERTERIMA KASIH)

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan amalan berterima kasih?

a)

Kita akan sentiasa mendapat pujian bila mengamalkannya

b)

Tanda penghargaan terhadap bantuan atau sokongan yang diberikan

c)

Supaya kita menjadi murid kesayangan guru

d)

Kita akan dihormati oleh semua orang

2.

Amalan berterima kasih dapat _______________________________ sesama warga sekolah.

a)

meregangkan hubungan

b)

menambahkan masalah

c)

meningkatkan rasa bangga

d)

mengeratkan hubungan

3.

"Pak Hamid merupakan pekerja pembersihan di SK Taman Gemilang"

Sebagai murid yang berhemah, apakah cara kamu menghargai pekerja seperti Pak Hamid?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Tidak membuang sampah di merata tempat

b)

Membiarkan rakan mengotorkan kelas

c)

Mengucapkan terima kasih atas usaha Pak Hamid terhadap sekolah

d)

Tidak melakukan apa-apa penghargaan kepada dia

4.

Apakah kepentingan sikap yang ditunjukkan oleh Adi?

a)

Menyembunyikan rasa cemburu terhadap kejayaan rakannya

b)

Mempamerkan sokongan terhadap rakannya

c)

Mengharapkan rakan akan membalas sokongan yang diberikan

d)

Menyebabkan hubungan persahabatan mereka renggang

5.

"Pengawal keselamatan sekolah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan murid terjamin dan juga persekitaran sekolah selamat"

Bagaimanakah cara untuk menghargai tugas pengawal keselamatan sekolah?

a)

Memberikan hadiah

b)

Mendengar arahan mereka semasa waktu pulang

c)

Merosakkan harta sekolah semasa menunggu untuk pulang

d)

Mengabaikan arahan keselamatan

6.

Faisal menerima hadiah dari pihak sekolah sebagai _______________________ atas kejayaannya mengharumkan nama sekolah.

a)

upah

b)

balasan budi

c)

tanda penghargaan

d)

bayaran

7.

Cikgu Tracy menerima hadiah sejambak bunga dari muridnya sebagai penghargaan atas usahanya ____________________ murid-murid.

a)

memarahi

b)

membimbing

c)

mengabaikan

d)

membebankan

8.

Mengapakah ucapan terima kasih juga perlu ditujukan kepada warga sekolah selain daripada guru?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kerana memang tugas warga sekolah untuk membantu murid dan murid wajib hargai mereka

b)

Warga sekolah telah memberikan sokongan dan dorongan kepada murid

c)

Warga sekolah turut menghulurkan bantuan dalam memastikan keselesaan murid dan kelancaran sesi persekolahan

d)

Murid bertanggungjawab untuk menghargai setiap usaha warga sekolah

9.

"Ying Ling bersyukur kerana mempunyai seorang kawan yang sentiasa menolongnya"

Apakah kesan daripada perbuatan tersebut?

a)

Disenangi oleh rakan

b)

Dijauhi oleh rakan

c)

Rakan akan mengambil kesempatan atas kebaikannya

d)

Mengharapkan rakan untuk membalas balik perbuatannya

10.

Apakah kepentingan amalan berterima kasih berdasarkan situasi di atas?

a)

Menjadi bangga diri

b)

Mengharapkan pujian

c)

Menambahkan bebanan kerja

d)

Mengeratkan hubungan dengan warga sekolah

11.

Antara yang berikut, manakah cara yang sesuai untuk menunjukkan penghargaan kepada warga sekolah?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Memberikan hadiah pada setiap masa

b)

Mematuhi arahan dan peraturan sekolah

c)

Tidak menegur perbuatan rakan yang merosakkan harta benda sekolah

d)

Mengucapkan terima kasih

12.

Mengapakah kita perlu berterima kasih kepada warga sekolah?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Menghargai jasa dan sumbangan warga sekolah

b)

Membentuk hubungan erat dengan warga sekolah

c)

Supaya kita akan selalu dipuji

d)

Menjadi murid kesayangan warga sekolah

13.

Apakah perasaan kamu apabila dapat berterima kasih kepada warga sekolah?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Gembira

b)

Bangga

c)

Kecewa

d)

Kesal

14.

Apakah yang akan berlaku jika kamu tidak mengamalkan sikap berterima kasih?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Rasa tidak dihargai

b)

Mengeratkan hubungan

c)

Menjadikan suasana harmoni

d)

Nilai menghormati akan pudar

15.

Amalan berterima kasih harus diamalkan pada _________________________.

a)

Hari Guru sahaja

b)

setiap masa

c)

warga sekolah yang disukai sahaja

d)

Hari Anugerah Kecemerlangan