NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa Tingkatan 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia .
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik _____________ .
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Alex tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap _____________.
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Kamal mengambil sekeping roti berkrim sebagai sebelum pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Azizi dan anak-anaknya kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Puan Basrah masih meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan anak-anaknya.
geli hati
makan hati
cekal hati
isi hati
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ____________semasa mengadili perlawanan tersebut.
banyak mulut
berat sebelah
angkat kaki
lepas tangan
Siti Norhana dan Nurul Amirah ___________________kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
melepaskan batuk di tangga
Oii Sik Lee dianggap ______________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Malang tidak berbau
Bagai telur di hujung tanduk
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud
Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
Seseorang yang mengalami kerisauan.
Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud
keadaan yang pilu, sedih atau sakit sekali
Keadaan kesakitan yang tiba-tiba
Muka pucat kerana kesakitan
Mencari arah tujuan
Bagai bulan jatuh ke riba bermaksud
Perkara khayalan
Angan-angan yang tidak akan menjadi kenyataan
Mendapat keuntungan besar dengan tiba-tiba
Mendapat kecelakaan
Yang lama dikelek, yang baharu didukung bermaksud
yang lama ditinggalkan, yang baharu disayangi
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
anak lama dibiarkan berdikari, anak yang kecil diberi perhatian
Berpantang maut sebelum ajal bermaksud
tidak akan menyerah kalah walaupun ajal
berusaha untuk mengelak sesuatu
tidak akan meninggal dunia jika belum tiba waktunya
berjaga-jaga dengan kehidupan mendatang.
Seperti halilintar membelah bumi
bunyi yang sangat kuat
hari penghabisan
seseorang yang terlalu marah
suasana cerah tiba-tiba
Bagai isi dengan kuku bermaksud
Hubungan yang sangat rapat
Persahabatan yang sering merasa kesakitan
Selalu bertengkar
Tidak dapat dipisahkan
Peribahasa yang paling tepat untuk gambar tersebut ialah
Bagai isi dengan kuku
Bagai dakwat dengan kertas
Bagai cincin dengan permata
Bagai bulan dipagar bintang
Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah
Bagai pinang di belah dua
Bagai aur dengan tebing
Bagai menatang minyak yang penuh
Bagai bulan jatuh ke riba
