wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fotosintesis Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Cahaya matahari ialah sumber utama tenaga dalam proses fotosintesis.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Apakah yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah?

a)

Klorin

b)

Klorida

c)

Klorofil

d)

Kloroplas

3.

Rajah menunjukkan rumus bagi proses fotosintesis.

Apakah kepentingan P kepada tumbuhan?

a)

Dapat membekalkan makanan kepada manusia

b)

Dapat membekalkan makanan kepada haiwan

c)

Dapat membekalkan tenaga kepada tumbuhan

d)

Membekalkan gas untuk manusia dan haiwan bernafas

4.

Apakah yang akan berlaku sekiranya tumbuhan tidak menjalankan proses fotosintesis?

a)

Suhu bumi akan menurun.

b)

Bilangan haiwan akan bertambah.

c)

Haiwan akan mati akibat kekurangan oksigen.

d)

Tumbuhan akan bergerak untuk mencari makanan.

5.

Proses fotosintesis tidak berlaku pada waktu malam kerana_______________________________.

a)

Tiada karbon dioksida pada waktu malam.

b)

Suhu lebih sejuk pada waktu malam.

c)

Ketiadaan cahaya matahari.

d)

Oksigen bertambah pada waktu malam.

6.

Pada bahagian tumbuhan yang manakah proses fotosintesis berlaku?

a)

Akar

b)

Daun

c)

Bunga

d)

Batang

7.

Fotosintesis dapat mengekalkan keseimbangan udara di alam ini.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Apakah fotosintesis

a)

Proses Manusia buat makanan

b)

Proses tumbuhan buat makanan sendiri

c)

Proses pembiakan manusia

d)

proses pembiakan haiwan.

9.

Nyatakan dua bahan yang dihasilkan oleh fotosintesis.

a)

Oksigen

b)

Cahaya matahari

c)

Karbon dioksida

d)

Glukosa

10.

Oksigen yang dibebaskan semasa proses fotosintesis di sedut oleh

a)

manusia

b)

haiwan

c)

manusia dan haiwan

11.

Bagaimanakah air meresap masuk ke dalam tumbuhan?

a)

Air diserap melalui liang stoma pada daun

b)

Klorofil pada daun menyerap air

c)

Akar akan menyerap air masuk ke dalam tumbuhan

12.

Apakah gas yang diperlukan semasa fotosintesis?

a)

Nitrogen

b)

Karbon dioksida

c)

Oksigen

d)

Sulfur

13.

Semasa fotosintesis, tumbuhan akan menghasilkan kanji (glukosa) dan membebaskan ___________________.

a)

karbon dioksida

b)

oksigen

14.

Pembakaran terbuka akan menyebabkan jerebu berlaku. Jerebu yang ada di udara akan mengurangkan proses fotosintesis. Berikan inferens.

a)

Jerebu menghalang air daripada diserap masuk ke dalam tumbuhan

b)

Jerebu meningkatkan jumlah karbon dioksida di udara

c)

Jerebu mengurangkan jumlah cahaya matahari daripada diserap oleh tumbuhan

d)

Jerebu menghalang oksigen daripada meresap masuk ke dalam daun

15.

Tumbuhan hijau mempunyai keistimewaan dibandingkan dengan makhluk hidup yang lain, yaitu ....

a)

Mengalami Proses Pernafasan

b)

Membuat Makanan Sendiri

c)

Berkembang Biak

d)

Mengalami Pertumbuhan

16.

Proses fotosintesis memerlukan sejenis gas iaitu

a)

Karbon monoksida

b)

Karbon dioksida

c)

Karbonat

d)

Kloroflurokarbon

17.

Gambar menunjukkan satu proses hidup tumbuhan.

Apakah nama proses ini?

a)

Respirasi

b)

Kondensasi

c)

Fotosintesis

d)

Penyejatan

18.

Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan. Apakah bahan yang berwarna hijau pada tumbuhan tersebut?

a)

Kanji

b)

Glukosa

c)

Klorofil

d)

Gula

19.

Apakah Klorofil ?

a)

Bahan berwarna kuning pada tumbuh-tumbuhan.

b)

Bahan berwarna hijau pada tumbuh-tumbuhan.

20.

Tumbuh tumbuhan menyerap karbon dioksida melalui..........pada daun.

a)

akar

b)

liang halus pada daun