wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SENI BATIK

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan negeri perintis seni batik di Malaysia?

a)

Sarawak

b)

Kelantan

c)

Terengganu

d)

Johor

2.

Apakah fungsi lilin dalam proses membatik?

a)

Menghasilkan lakaran motif pada kain

b)

Menambah kesan jalinan pada motif

c)

Menjadi penghalang antara warna

d)

Menambah kualiti kain batik

3.

Tandakan prinsip-prinsip asas dalam Seni Batik?

a)

Harmoni

b)

Kepelbagaian

c)

Kontra

d)

Irama dan Pergerakan

4.

Prinsip penegasan jelas dilihat pada bahagian ____________

a)

Pengapit kepala kain

b)

Kaki kain

c)

Badan kain

d)

Kepala kain

5.

Berikut merupakan motif-motif dalam seni batik kecuali....

a)

Motif Flora

b)

Motif Geometri

c)

Motif Burung

d)

Motif Isen

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Isen' dalam seni batik?

a)

Gambaran kepelbagaian motif pada kain

b)

Motif pengisian pada ruang kosong kain batik

c)

Merupakan sejenis corak dalam motif abstrak

d)

Motif utama pada kain batik

7.

Manakah antara pilihan di bawah yang menggambarkan penggunaan motif "isen" dalam hasil rekaannya?

a)
b)
c)
d)
8.

Mega mendung, Abor dan Awan merupakan motif jenis?

a)

Geometri

b)

Abstrak

c)

Flora

d)

Fauna

9.

Padankan jenis batik dengan gambar proses penghasilan yang diberikan.

a)

Batik Pelangi

b)

Batik Canting

c)

Batik Blok

d)

Batik Skrin

10.

Padankan jenis batik dengan gambar proses penghasilan yang diberikan.

a)

Batik Pelangi

b)

Batik Blok

c)

Batik Skrin

d)

Batik Canting

11.

Padankan jenis batik dengan gambar proses penghasilan yang tepat.

a)

Batik Blok

b)

Batik Skrin

c)

Batik Canting

d)

Batik Pelangi

12.

Padankan gambar proses penghasilan batik dengan jenis batik yang dihasilkan.

a)

Batik Blok

b)

Batik Skrin

c)

Batik Canting

d)

Batik Lukis

13.

Mengapakah batik perlu dicelup ke dalam sodiun silikat selepas diwarnakan?

a)

Untuk menanggalkan warna

b)

Untuk meningkatkan daya tahan kain

c)

Untuk mematikan warna batik

d)

Untuk menanggalkan kotoran lilin pada kain

14.

Apakah fungsi "Soda Ash" dalam proses penghasilan batik canting?

a)

untuk menambah kepekatan warna

b)

untuk menanggalkan kesan lilin

c)

untuk meningkatkan daya tahan kain

d)

untuk mematikan warna

15.

Berikut merupakan motif pucuk rebung yang sering digunakan pada bahagian ______________kain.

a)

Kaki

b)

Badan

c)

Kepala

d)

Pengapit kepala

16.

Manakah antara berikut merupakan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan batik skrin?

a)

Lilin dan canting

b)

Guli dan pewarna

c)

Pemidang dan emulsi foto

d)

Soda Ash dan blok cetakan

17.

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang Batik Pelangi dengan tepat?

a)

Blok ialah alat yang penting

b)

Pewarna disapu menggunakan sekuji

c)

Corak dilukis menggunakan canting dan lilin

d)

Kemahiran mengikat untuk menghasilkan corak yang menarik

18.

'Damar' perlu dimasukkan ke dalam campuran lilin semasa proses menghasilkan Batik Canting. Mengapakah proses di atas dilakukan?

a)

Supaya lilin cepat panas

b)

Agar cantuman lilin lebih tepat

c)

Untuk menghasilkan bau yang harum

d)

Untuk memudahkan proses mencanting

19.

Mengapakah kain putih yang baru dibeli perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan untuk membatik?

a)

Menghilangkan bau kain

b)

Menghilangkan kotoran

c)

Melembapkan kain

d)

Membuang kanji

20.

"Merupakan batik tertua di Malaysia". Penyataan ini merujuk kepada batik jenis _________

a)

Skrin

b)

Pelangi

c)

Blok

d)

Canting/Lukis