Font size
WorksheetsPENGAWETAN MAKANAN TAHUN 6
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Makanan yang __________________ boleh diperhatikan dengan menggunakan deria penglihatan, bau, rasa dan sentuhan.
elok
rosak
boleh dimakan
berkhasiat
Makanan menjadi rosak disebabkan oleh_____________________________ yang bertumbuh dalam makanan.
udara
serangga
air
tindakan mikroorganisma
Pengawetan makanan ialah
proses penyediaan makanan yang berkhasiat
proses mengekalkan zat-zat makanan
kaedah pemprosesan makanan yang boleh menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma
Tujuan pengawetan makanan ialah
supaya makanan sentiasa kekal segar.
supaya makanan menjadi lebih berkhasiat
supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
Pelilinan ialah
Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan
Pembungkusan vakum ialah
Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.
Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.
Pempasteuran ialah
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera
mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.
Penyalaian ialah
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya
Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera
Penjerukan ialah
Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.
roses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.
Pengeringan ialah
Menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.
Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.
Apakah faktor-faktor pertumbuhan mikroorganisma yang dikawal supaya makanan tahan lebih lama?
suhu, udara, keasidan
suhu, udara, air, nutrien
suhu , udara, keasidan, air, nutrien
suhu, udara, keasidan, air
Makanan ini sesuai diawet menggunakan kaedah ...
pemasinan dan pendidihan
pempasteuran dan penyejukbekuan
pengeringan dan penyalaian
pengetinan dan pemasinan
Makanan berikut lambat rosak kerana tiada air. Betul atau salah?
Betul
Salah
Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma yang dikawal melalui kaedah ini?
udara
air
suhu
keasidan
Terdapat DUA daripada pilihan jawapan di bawah merupakan kelebihan pengawetan makanan, iaitu ...
Menggalakkan pembaziran
Mengelakkan pembaziran
Makanan tidak akan rosak
Makanan mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana
Mengapakah makanan yang dijeruk lambat rosak?
tiada udara
suhu tidak sesuai
tiada air
keasidan tidak sesuai
Apakah yang boleh dilakukan terhadap longgokan ikan yang tidak habis dijual ini untuk mengelakkan pembaziran?
menyimpan ikan dalam bekas plastik
menyalut ikan dengan lilin
menyapu ikan dengan garam yang banyak
menyimpan ikan di tempat yang kering
Antara makanan berikut, yang manakah telah rosak?
Kek berasa manis apabila dimakan
Susu kotak berasa masam apabila diminum
Air kopi berasa pahit apabila diminum
Buah betik berwarna jingga apabila dipotong
Mengapakah bahan makanan perlu diawet?
Menjadikan bahan makanan lebih sedap
Menghalang atau memperlahankan pembiakan bakteria
Menambahkan zat-zat pada bahan makanan itu
Memudahkan bahan makanan dibawa ke mana sahaja
Berikut adalah ciri-ciri makanan yang rosak, kecuali...
berkulat
berubah warna
rasanya sedap
berubah tekstur
Rajah menunjukkan sejenis makanan. Apakah ciri-ciri yang betul apabila makanan di atas telah rosak?
Layu
Laun dan daun kekuningan
Berbintik hitam
Layu dan daun kemerahan
Maklumat berikut menunjukkan pemerhatian Rina ke atas bubur gandum yang diletakkan di atas meja.
Rina dapati bubur itu berbau busuk dan berlendir selepas dua hari
Apakah inferens bagi pemerhatian Rina?
Bubur itu tidak dimasak dengan betul
Berlaku pencemaran udara
Mikroorganisma bertumbuh dalam bubur itu
Bubur itu kekurangan garam
Kenapakah telur masin terasa sangat masin?
Kerana disaluti tepung.
Kerana disaluti cuka.
Kerana disaluti gula.
Kerana disaluti garam.
Antara kaedah pengawetan makanan berikut, yang manakah mengekalkan tekstur, rasa dan rupa makanan paling baik?
Pengetinan dan pembotolan
Penyejukbekuan
Pemasinan
Penjerukan
Mengapakah tarikh luput perlu di letakkan pada pembungkus makanan?
Menjadikan pembungkus lebih cantik
Maklumat kepada pengguna tentang ketahanan makanan itu
Menunjukkan tarikh makanan dibungkus
Menunjukkan isi kandungan di dalamnya
