wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN ATAS TALIAN SEJARAH TINGKATAN 4 TAHUN 2021 (U. ganti)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan berikut muncul di Alam Melayu.

· Funan

· Champa

· Kedah Tua


Apakah kepentingan kemunculan kerajaan berikut di Alam Melayu?

a)

A. Ajaran Agama Islam

b)

B. Asas negara bangsa

c)

C. Amalan pemerintahan demokrasi

d)

D. Agihan kuasa antara pemimpin

2.

Kerajaan Srivijaya telah mewarisi asas negara bangsa di Tanah Melayu.


Apakah kerajaan Tanah Melayu tersebut?

a)

A. Kedah

b)

B. Melaka

c)

C. Pahang

d)

D. Johor Riau

3.

Sultan Melaka telah mengurniakan kawasan kepada Pembesar Berempat.

Apakah gelaran kawasan tersebut?

a)

A. Kawasan pegangan

b)

B. Kawasan anugerah

c)

C. Kawasan kawalan

d)

D. Kawasan jajahan

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan kandungan dalam Hukum Kanun Melaka.


Dalam Fasal 4, hukuman dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan Sultan.

a)

A. Didenda

b)

B. Dibunuh

c)

C. Dipenjara

d)

D. Dibuang daerah

5.

Apakah sumbangan Kesultanan Melayu Melaka kepada kita?

a)

A. Memperkenalkan hukum Islam

b)

B. Menghapuskan amalan Hindu-Buddha

c)

C. Mengasaskan pembinaan negara bangsa

d)

D. Mewujudkan sistem birokrasi awam

6.

Cap mohor merupakan alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah fungsi cap mohor tersebut?

a)

A. Menjadi identiti Sultan

b)

B. Mengakui kedaulatan Sultan

c)

C. Mengesahkan arahan Sultan

d)

D. Mengukuhkan kekuasaan Sultan

7.

Apakah peranan nakhoda yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka?

a)

A. Melantik syahbandar

b)

B. Berkuasa penuh dalam pelayaran

c)

C. Berkuasa mengawal peraturan perlabuhan

d)

D. Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan

8.

Wilayah berikut merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka.


· Inderagiri

· kampar


Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menguasai wilayah tersebut?

a)

A. Hadiah

b)

B. Naungan

c)

C. Penaklukan

d)

D. Perkahwinan

9.

Gambar berikut berkaitan dengan inskripsi Telaga Batu.


Mengapakah inskripsi Telaga Batu tersebut dianggap penting dalam kerajaan Srivijaya?

a)

A. Persetiaan pemerintah dengan golongan yang diperintah

b)

B. Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha

c)

C. Penaklukan seluruh Alam Melayu

d)

D. Pengaruh amalan Hindu-Buddha

10.

Mengapakah rakyat tidak akan menderhaka kepada Raja Melaka?

a)

A. Takut ditimpa tulah

b)

B. Tidak mendapat keistimewaan

c)

C. Melanggar perintah agama

d)

D. Akan dihukum bunuh

11.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di Egland.

Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

A. Mengutip cukai

b)

B. Melantik penasihat

c)

C. Mengawal kerajaan

d)

D. Menolak penjajahan

12.

"Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara"


Pernyataan di atas merujuk kepada nasionalisme di Jepun iaitu semangat ________________

a)

A. Bushido

b)

B. Kamikaze

c)

C. Kimigayo

d)

D. Nippon-Go

13.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

A. Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

B. Sistem raja berkuasa mutlak tamat

c)

C. Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

D. Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

14.

Nasionalisme antiraja yang pernah berlaku di Barat ialah


I. Revolusi Amerika

II. Revolusi Keagungan di England

III. Revolusi Perancis

IV. Revolusi Perindustrian

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

15.

Perkembangan nasionalisme di Asia berbeza daripada perkembangan nasionalisme di Barat.


Bagaimanakah perkembangan nasionalisme di Barat?

a)

A. Penentangan terhadap pemerintahan beraja

b)

B. Penghapuskan golongan hamba

c)

C. Pembentukan negara bangsa

d)

D. Pembentukan parlimen

16.

Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti politik berikut?


· Katipunan di Filipina

· Parti Komunis di Indonesia

· Viet Nam Quoc Dang Dang


I. Bertindak secara revolusi

II. Pertubuhan bersifat radikal

III. Bekerjasama dengan penjajah

IV. Pemimpinnya berhaluan sederhana

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

17.

Tokoh berikut memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di tanah melayu pada abad ke-20.


Bagaimanakah beliau berjaya menaikkan semangat nasionalisme di negara kita?

a)

A. Menghasilkan penulisan kreatif

b)

B. Menentang golongan penjajah

c)

C. Mengadakan ceramah umum

d)

D. Menubuhkan parti politik

18.

Tokoh Pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?

a)

A. Melalui penulisan buku agama

b)

B. Menggunakan semangat jihad

c)

C. Penentangan secara gerila

d)

D. Penubuhan madrasah

19.

PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.


Apakah matlmat penubuhan persatuan tersebut?

a)

A. Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme

b)

B. Menggalakkan ahlinya bersatu padu

c)

C. Mengumpulkan golongan pemuda

d)

D. Menuntut kemerdekaan

20.

Mengapakah persatuan berikut ditubuhkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu pada tahun 1936?


Central India Association of Malaya (CIAM)

a)

A. Meningkatkan pertukaran idea

b)

B. Meningkatkan perpaduan kaum

c)

C. Menjaga kebajikan masyarakat

d)

D. Menggalakkan Pendidikan tinggi

21.

Siapakah nama tokoh pejuang tempatan yang telah menentang pihak British di Pasir Puteh, Kelantan?

a)

A. Tok Dalang

b)

B. Dol Said

c)

C. Tok Janggut

d)

D. Mat Salleh

22.

Antara berikut, yang manakah paling tepat akan sebab berlakunya Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945)?

a)

A. Berlakunya pakatan ketenteraan

b)

B. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa besar

c)

C. Berlakunya krisis ekonomi

d)

D. Berlakunya masalah politik

23.

Antara berikut, siapakah pihak yang terlibat dalam Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama?


I. Jerman

II. Perancis

III. Britain

IV. Rusia

a)

A. I, II dan III

b)

B. I, II dan IV

c)

C. I, III dan IV

d)

D. II, III dan IV

24.

Apakah tujuan Persidangan Paris dijalankan pada 18 Januari 1919?

a)

A. Untuk membincangkan syarat perdamaian selepas perang

b)

B. Untuk mengemukakan bantahan

c)

C. Untuk membahagikan wilayah di Eropah

d)

D. Untuk membincangkan soal ekonomi

25.

Empayar Uthmaniyah di bawah pimpinan Sultan Mehmed IV telah digulingkan dan digantikan dengan corak pemerintahan republik.


Siapakah nama tokoh yang telah menjadi presiden pertama di Uthmaniyah?

a)

A. Mustafa Kemal Ataturk

b)

B. Mustafa Maarof

c)

C. Abu Talib

d)

A. Ma'at Mirtza

26.

Apakah yang diharapkan oleh Itali dan Jerman daripada pencetusan ideologi tersebut?

a)

A. Menangani krisis kemelesetan ekonomi

b)

B. Mengembalikan maruah bangsa dan negara

c)

C. Menyekat kemaraan Pakatan Bertiga di Eropah

d)

D. Menamatkan perjanjian pasca perang yang berat sebelah

27.

Apakah cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?


I Krisis Manchuria

II Perjanjian Pelucutan Senjata

III Krisis Habsyah

IV Krisis rantau Balkan

a)

A. I, II ,III

b)

B. I, II, IV

c)

C. II, III, IV

d)

D. I,III,IV

28.

Apakah kod operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis pada Jun 1944?

a)

A. Mission Impossible

b)

B. D-Day

c)

C. A-Team

d)

D. This Time

29.

Kemenangan pihak Bersekutu dalam perang dunia kedua telah memberikan iktibar kepada kita sehingga kini. Antara berikut, iktibar yang manakah relevan berkaitan peristiwa tersebut?

a)

A. Bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran

b)

B. Sentiasa berani menempuh dugaan

c)

C. Rasional dalam tindakan

d)

D. Sentiasa bersiap siaga

30.

Jepun mewujudkan orde baharu Asia di Asia Timur. Apakah matlamat utama pelaksanaan orde tersebut?

a)

A. Membebaskan Asia daripada sekatan ekonomi

b)

B. Membawa pembaharuan ke wilayah yang dikuasai

c)

C. Membantu negara Asia mendapatkan kemerdekaan

d)

D. Menguasai wilayah yang kaya dengan bahan mentah

31.

Apakah misi pihak Jepun menenggelamkan kedua-dua kapal milik British?

a)

A. Melabuhkan kapal laut milik Jepun

b)

B. Membina pangkalan tentera laut Jepun

c)

C. Melumpuhkan pertahanan tentera Amerika Syarikat

d)

D. Memberi peluang kepada kapal-kapal asing untuk berlabuh

32.

Kempen "Tambah Lebih Banyak Makanan" telah diperkenalkan oleh Jepun semasa menduduki negara kita.

Bagimanakah Jepun melaksanakan kempen ini?

a)

A. Mengawal penjualan barangan makanan asas

b)

B. Mengadakan catuan makanan secara berperingkat

c)

C. Mengurangkan pengimportan barangan keperluan

d)

D. Menggalakkan penduduk menanam bahan makanan sendiri

33.

Keperitaan hidup semasa pemerintahan Jepun telah berjaya menyemai sifat rajin dan kreatif dalam kalangan masyarakat tempatan. Bagaimanakah situasi ini dapat membantu penduduk tempatan?

a)

A. Menghasilkan ciptaan baharu berasaskan bahan tempatan

b)

B. Membangunkan sistem perdagangan yang tidak dikawal oleh Jepun

c)

C, Mewujudkan kerjasama ekonomi yang menyatupadukan semua kaum

d)

D. Mencipta peralatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada Jepun

34.

MPAJA adalah gerakan anti-Jepun yang paling agresif menentang pendudukan Jepun. Jepun menubuhkan pasukan tentera yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA. Apakah kesan tindakan Jepun tersebut?

a)

A. MPAJA melancarkan serangan besar-besaran

b)

B. Gerakan MPAJA berjaya dikawal

c)

C. MPAJA mendapatkan bantuan British

d)

D. Berlaku ketegangan kaum

35.

Kejayaan Jepun menewaskan kuasa barat dalam Perang Dunia Kedua memberi keyakinan kepada masyarakat Asia. Apakah keyakinan yang dimaksudkan?

a)

A. Masyarakat Asia mahir menggunakan taktik perang gerila

b)

B. Kemampuan sebenar bukan terletak pada kekuatan tentera

c)

C. Masyarakat Asia mampu membebaskan negara daripada penjajahan

d)

D. Masyarakat Asia boleh bergantung kepada Jepun untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah

36.

Pertapakan Jepun di Borneo bermula dengan pendaratan tentera Jepun di

a)

A. Miri

b)

B. Brunei

c)

C. Labuan

d)

D. Beufort

37.

Semasa pemerintahan Jepun, Singapura dikenali sebagai

a)

A. Syonan-to

b)

B. Malai Baru

c)

C. Kita Boruneo

d)

D. Koa Kunrenjo

38.

Mengapakah tentera Jepun memberikan layanan yang teruk kepada orang Cina?.

a)

A. Dendam daripada Perang China-Jepun

b)

B. Orang Cina paling kuat menentang Jepun

c)

C. Orang Cina tidak mahu tunduk kepada Jepun

d)

D. Orang Cina membantu negara China menentang Jepun

39.

Pendudukan Jepun telah membawa kepada kemelesetan ekonomi dengan kadar inflasi yang tinggi serta harga barangan yang melambung tinggi. Bagaimanakah tentera Jepun menangani keadaan ini?

a)

A. Mengimport makanan dan barangan pengguna dari Jepun

b)

B. Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan

c)

C. Mencetak wang kertas sendiri

d)

D. Memperkenalkan kad catuan makanan

40.

Siapakah nama individu yang menggunakan nama samaran "Lion of Malaya" dalam menggerakkan penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun?

a)

A. Sybil Kathigasu

b)

B. Albert Kwok

c)

C. Datu Mustapha Datu Harun

d)

D. Gurchan Singh